Salam Idulfitri, Maaf Zahir Dan Batin.
Demam raya masih terasa walaupun sudah berada pada minggu ke 2 Syawal. Aku tidak berminat nak ulas berkaitan sambutan raya, cuma aku tertarik dengan isu panaz dalam negara sepanjang Syawal ini.
1. Tun M mau tubuh parti baru.
Lepas anakda Tun M diusir keahlian nya daripada parti cap keris bersilang tanpa sarung, Tun M makin agrasif merencana politik Malaysia. Yg terbaru merancang penubuhan parti baru yg menggabungkan majority parti pembagkang iaitu cap mata, cap roket n cap oren. Tapi cap bulan masih berdiam diri, masih pening nasik dagang, lemang n kerupat gamaknya. Parti pimpinan Tun M ini khabarnya memberi fokus untuk menumbangkan parti biru putih cap dacing ( walaupun zaman skrg orang dah pakai alat digital measurements).
Rakyat terpinga2, tercangang2, terbangang2 memikirkan semua ini. Malaysia berpolitik sepanjang masa. Bukak tv, baca surat kabo, bukak blog, cerita politik. Naik muak, loya.
Aku tak mau ulas lebih2 aku sokong yg mana. Cumanya orang politik, Yb, senator,menteri n pimpinan ngo berbau politik nie keje ke tidak, isu pokok spt tekanan ekonomi, inflasi, kenaikan harga, pengangguran, isu graduan x keje, isu penberhentian kerja, isu gst, isu ketirisan aset negara, isu integrity, jenayah, moral n bnayak lagi. Isu nie bnayak lagi yg tak selesai. Yg berpihak kpd kerajaan akan ckp semua ok, yg menentang akan ckp ko.
Akhirnya rakyat menjadi dungu, bangku n tak tau nk buat apa. Cuma nasihat aku pd semua pimpinan n ahli politik, apa pun keputusan n tindakan kalian, ingat Allah n ingat Mati.
2. David Teo n P.Ramlee
Uncle apek nie 'usik' sikit jer, amboihhh bukan main aksi melompat, melenting, melalak. Siap ada yg suruh mintak maaf kat kubur Arwah. Mazhab mana niee...
Apek nie dah mintak maaf secara terbuka, kita pulak lebih2 umpama hulubalang pendekar membuka langkah tapi kaki kengkang mengatur bunga silat. Aku tidak berpihak kpd apek nie, mungkin dia tersalah ckp, atau dia sengaja mencuri publisiti utk movie terbarunya, org berniaga langkah nye mcm org politik bnyak tersirat dan muslihat.
Sejujurnya aku mengkagumi karya seni P.Ramlee. Al Fatihah buat beliau.
3. Jenayah.
Kejadian tembakan n letupan makin kerap. AllahhuAkbar. Kita jadi takut. Tak selamat dah ke, apa dah jadi ngan negara kita, mana rasa kemanusiaan, keharmonian.
Aku yakin pihak berkuasa mampu mengawal dan keadaan masih under control. Ya Allah selamatkan Kami dan Negara Kami.
4. Drama n Movie Melayu.
Aku sebenarnya pencinta drama n movie melayu. Cuma kebelakangan ini plot ceritanya makin ke laut. Kisah cinta ala2 cinderella, business juta2, ceo muda2, cinta terhalang oleh kekuarga, ada watak jahat penghalang cinta cinderella, keluarga kaya koprat.
Bukan 1 atau 2 plot cerita mcm itu, tapi majority. Adoiii layan boboiboy lagi syok hehehehe.
Cukup dulu sekadar ini komentar semasa. Selamat Hari Raya, Maaf Atas Segalanya.