Sunday, 18 December 2016

Beku

Aku terus beku,
Kerna aku 'terkurung' di dalam peti 'beku'.

Aku 'terpaksa' membeku,
Kerna tidak punya 'anak kunci' membuka belenggu peti 'beku'.

Aku dungu memikir akan 'beku',
Kerana hanya mampu melihat 'aliran cair',
Namun aku terus membeku.

Mengapa harus biar diri dibeku,
Jika tiada 'tangan' cairkan beku,
Harus 'cairkan sendiri' bekuan itu.

Yang cair mengalir,
Usah bangga aliran mu laju,
Usah mendabik dada kau mampu segala,
Sedang aku terus beku.

Aku tidak tahan lagi melihat diri dibeku,
Aku mahu mengalir ke hilir n hulu.

Beku buat diri jadi dungu,
Beku buat akal 'tertipu',
Beku bisa mengalir bila ada 'haba',
Aku ku daki 'haba' itu,
Aku ku cari cahaya 'haba',
Untuk ku usir 'kebekuan' yg terlalu lama.