Saturday, 9 September 2017

Selamat Tinggal Sahabat

PSekitar jam 12 tengahari tadi, sahabat lama yang pernah tugas bersama di Mekah/Madinah pada tahun 2014 iaitu Haji Jamil maklumkan sahabat kami yg turut sama bertugas dulu Haji Jeffri @ Jep telah meninggal dunia hari ini kerana kemalangan jalan raya, Innalillahiwaninnahirojiun.

Lantas aku terkenang memori bersama Petugas Haji 2014 Team Penerbangan iaitu Hj Azreen, Hj Hidam, Hj Lokman, Hj Azhar, Hj Azleen, Hj Jamil, Hj Jep, Hj Azmi, Hj Rahim & Hj Habib.

Hampir 1 bulan setengah kami bertugas bersama, kami seperti family semasa di Tanah Suci. Aku, Hj Rahim, Hj Jamil & Arwah Hj Jep seperti adik beradik di sana. Kami ke Masjid bersama, selesaikan Ibadah Umrah & Haji bersama, shopping bersama, ziarah bersama & lepak bersama.

Boleh dikatakan kami selalu ke Masjidil Haram seawal jam 2 pagi, berjalan bersama, tawaf sunat bersama, ibadah bersama, lepas solat subuh kami bergegas breakfast di canteen sebelum bersiap ke office.

Antara kenangan yg kelakar, lepas habis operasi masyair, kami perlu segera ke hq Abraj Janadriah, kenderaan sangat terhad, jalan raya mmg teruk jem, kami tak ada pilihan, kami tompang lori kambing tok arab, berdiri belakang lori bersama jemaah Pakistan, hehehhe.

Kami ber 4 juga selalu merayau shopping bersama, kami selalu menyakat Hj Rahim.. dgn cakap " Hamsa Riyal... Hamsa Riyal..."

Bila jemu mkn kat canteen, kami g lepak tepi abraj mkn nasik arab, beli 2 bungkus tapi kongsi makan 4 orang haahaha, hampar plastic, mkn jemaah hehehhe.

Lepas balik Malaysia, aku hanya berkesempatan jumpa Hj Rahim kalu buat audit kat Kluang, Hi Azreen kadang2 terserempak kat TH Selborn, Hj Lokman pun ada sekali terempak kat Kg Baru, Hj Hidam terjumpa sekali kat klia, Hj Habib pernah berurusan kat office Mas Kl Sentral, Hj Azmi terjumpa masa AGM Thp last year. Tapi Hj Jamil n Arwah Hj Jep mmg tak pernah jumpa lepas balik Malaysia.

Buat Sahabatku Arwah Hj Jep, Aku doakan agar Allah menerima segala Amalanmu, Diampuni segala kesilapan, ditempatkan bersama Golongan Beriman, Ameen.

Sahabatku, kita kekal sahabat & saudara dunia akhirat.

Selamat Tinggal Sahabat.

Tuesday, 5 September 2017

3 Penjuru

Jika ditelusuri "tema" & "mood" media masa, seakan memberi gambaran "perang" pilihanraya makin hampir.

Kompang media sudah dipalu, perang saraf & psikologi telah dimula, ahli politik mula membuka peta lama kawasan yang kali terakhir dilawati 5 tahun lepas, YB turun padang dengan muka "manis" lirik wajah ceria menagih undi.

Desas desus, pru kali ini agak "istimewa" dgn taktikal perang habis habisan, peluru modal manifestos bukan kepalang.

Sebagai pengundi marhaien, gembar gembur pertembungan 3 penjuru menjadi taruhan. Pengundi jadi tidak keruan mikirin mana pilihan samaada menerus legasi sediaada atau mencuba "resepi" baru atau berani membuat experiment "campuran".

3 penjuru memberi lebih pilihan, namun boleh juga memberi lebih taruhan risiko masa depan. Namun, rakyat pastinya bijak menentu siapa pilihan, moga Allah membantu memberi jalan kebenaran.

Biar 2 atau 3 atau banyak penjuru sekalipun, pilihan terletak di "tangan".......