Hari ini 2hb January, 14 tahun dahulu iaitu pada 2hb January 2004 adalah hari pertama aku melapor diri sebagai KERAni Audit @ Audit Clerk di THP. Masih segar dalam memori aku pagi itu aku dari cheras ( tumpang rumah adik ) bawak motor cub honda ex5 menuju TH Selborn untuk lapor diri hari pertama. Sampai sahaja aku terus ke Level 27 HR Department. Rupanya 5 orang termasuk aku melapor diri sebagai Audit Clerk iaitu aku, Hj Azhar, Hj Kamarul, Rasydi & Suhaimi. Kami diminta mengadap GM HR Tn Tengku Mamat untuk short briefing. Mukanya tak senyum langsung hehehhe sempat dia sergah kami, aku masih ingat kata2 beliau, " haaa, ada apa2 nak tanya, kamu boleh tanya apa sahaja kecuali GAJI " dengan lontaran suara yg tinggi... terperanjat jugak... lupa makan ubat agaknya orang tua nie terdetik dalam hati nakalku... seakan berjanji kami serentak menggeleng tanda tiada soalan untuk beliau hehehehe.
Kami di bawa oleh anggota HR iaitu Pak Deris ke Audit Department di Level 28. Hari itu majority anggota audit bercuti. Bos Audit masa itu Hj Baharuddin @ Hj Baha, Assistant beliau Hj Jamal. Senior kami En Hadzormi, Hj Azmi, Hj.Zaman n Pn Salwa. Hari pertama Pn Salwa bagi tahu sebelum kami berlima, ada 4 orang resign.... adooii teruk ke keje sini, resign serentak 4 orang sebelum nie... cuak pulak aku.
Esoknya Hj Baha panggil kami, beliau tak bnayak cakap, dia serahkan kami kepada Hj Jamal dan Hj Jamal bagi briefing berkaitan tugasan. Minggu berikutnya Hj Baha n Hj Jamal bagi tau, kami akan di hantar utk training dalam eatate di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Pahang. Kami diberikan kereta (AD Resort) untuk lapor diri ke Estate Manager. Azhar & Suhaimi ke Kota Bahagia Estate, Kamarul & Rasydi ke Sg Merchong Estate dan aku sorang2 ke Sg Mengah Estate. Walaupun estate berbeza, kami tempat penginapan masih sama.
Apa yg lucunya, sebelum pergi senior2 cerita Rumah Tamu agak "keras", aduhhhh kecut jugak. Sampai di Rumah Tamu, rasa tercacak jugak bulu roma hehehhe, rumah nya Bungalow 2 tingkat yang ada 5 bilik, ala2 colonial. Malam pertama kami angkat tilam dan tidor di ruang tamu, esoknya mengucap panjang makcik cooker tengok 5 mamat terbongkang kat ruang tamu hahahahaha.
Masuk hari ke empat di estate, Hj Jamal called, bagi tahu, aku, azhar dan suhimi perlu terus ke Kemaman pada hari Sabtu dan perlu buat audit ke Ulu Chukai & Sg Ibok Estate. Pn Salwa akan datang bagi bantu kami, sementara Kamarul dan Rashdi diminta balik KL naik bas.
1st assignment di Ulu Chukai Estate, manager nya juga bernama Baharuddin sama nama dengan Boss aku hehehhee. Bila start buat audit di ulu chukai, aku hilang punca tak tau nak check apa hahahha, berani2 tanya Kak Salwa apa patut buat, jawapan Kak Salwa memang win, " ala, check jer, tengok audit comments yang lepas" . Aku masih ingat, aku tiada audit findings untuk 1st assignment aku HAHAHA.
Balik dari Terengganu, Hj Baha panggil, beliau bagi tau," get ready, next week u ada interview untuk post audit executive". Aku angguk jer, dalam hati tertanya jugak, aku tak apply pun executive. Aku jumpa Hj Jamal, beliau suruh aku study SOP company. Bagai nak rak aku hafal SOP hahaha.
Hari interview, aku sorang jer internal candidate, yang lain semua calon2 luar. Masuk bilik interview, aku tengok ada COO @ Hj Hassan, GM HR @ Tengku Mamat, HR Manager @ Hj Fadzil. Haji Hassan dengan serious tanya apa yang aku tau pasal SOP company, aku dengan confidence nye mula menggoreng. Aku tengok Hj Hassan angguk jer. Bila giliran Tengku Mamat tanya, aku cuak sikit, dia tanya soalan mudah jer " kenapa u nak post executive nir". Aku pun terlajak jujur bagi jawapan yg buat dia mengamuk, aku jawab " gaji audit clerk kecik, tak cukup " percaya atau tidak gaji pokok di bawah RM1k. Jawapan itu tidak dirancang, ianya keluar dari hati... Tengku Mamat dengan terbuntang biji mata berkata " dah tau gaji kecik, kenapa terima jugak"..... aduhhh dalam kepala aku fikir habisla peluang aku. Giliran Haji Baha, soalannya berkisarkan accounting transactions, Alhamdulillah aku jawab jer. Keluar bilik interview, aku bagi percentage 40:60, habisla aku hehehhee.
Bulan depan, aku diminta jadi Team Leader untuk assignment di Bukit Lawiang n Gunung Sumalayang Estate, Kluang, Johor. Team members aku yang 4 orang junior tadi la hehehehe. Balik dari Johor, baru dapat offer letter sebagai Audit Executive effective 1st April 2004, Alhamdulillah.
Bulan April juga, Hj Jamal dipindahkan ke Batam, Indonesia. Tinggal En Hadzormi dan aku jer yang jadi Team Leader. Dalam bulan yang sama juga, pertama kali aku kena jadi leader kpd senior iaitu Hj Azmi, zaman n salwa ke Ladang Jatimas dan Bukit Belian, Sandakan, Sabah. Ini juga pengalaman pertama naik kapal terbang sepanjang hidup hehehhe.
Itulah antara sedikit memori 14 tahun lampau. Kini hanya aku dan Azhar sahaja yang setia bersama Audit Department THP, Kamarul dah ke Marketing Department, Suhami resign masuk PDRM ( ASP dah rasanya sekarang), Rasydi @ Tok Dee juga dah resign joint FAMA sebagai auditor juga).
Banyak kenangan manis kami berlima, dan banyak juga kenangan kelat, tawar, masin sebagai rencah. Aku dulu antara yang vokal berbicara berkaitan gaji, benefit, promotion dan job rotation. Pernah di "ceramah" dan "disekolah" kan oleh GM HR @ Pak Mahmoud dan Hj Fadzil pada satu ketika, sampai menitis air mata kerana aku hanya mampu mendengar tanpa punya kekuatan hujahan. Namun, itu semua sedikit sebanyak memberi pengalaman berharga. Cuma, aku sekadar luah rasa sebagai anggota kecil @ subordinate ketika itu, luah rasa yang lahir dari hati tampa ada provokasi.
Samoa Pengalaman ini, bila dikenang, terukir senyum dibibir, basah kelopak mata, nafas ku hembus lega. Moga 14 tahun ke hadapan, menjanjikan lebih kejayaan, kesejahteraan. Saya sayang company ini. Moga THP terus memayungi kami, Inn Shaa Allah. Amen.