Thursday, 27 September 2018

Pak Ngah

Tanggal 18 September 2018 sekitar jam 8.30 am, Bapa Saudaraku @ Pak Ngah telah menghembus nafas terakhirnya yang memisahkan kehidupannya di dunia ini. Pak Ngah atau nama sebenarnya adalah Md Noh Bin Ahmad, anak no. 2 kepada Arwah Tok Wan & Tok dan merupakan abang kepada Abahku Hj Ab Karim Bin Ahmad.

Pagi itu pada 18hb, jam 8 am, Paksu maklumkan dalam WhatApp Group ACCTD, Pak Ngah tidak sedarkan diri di Hospital Sungai Bakap. Aku membaca mesej tersebut setelah sampai di office sekitar jam 8.05 am lantas menelefon Abah di kampung. Selang beberapa minit, mesej dari Paksu maklumkan Pak Ngah telah meninggal dunia, aku terdiam seketika. Lantas sekali lagi menelefon Abah di kampung, Mak bagi tau Abah menangis, pasti sedih kerana satu2 nye Abangnya kini sudah tiada.

Aku dan adik2 buntu seketika memikirkan bagaimana nak ke Pahang untuk ambil Abah dan terus ke Kedah untuk ziarah terakhir Arwah Pak Ngah. Tak lama kemudian, aku dapat panggilan phone dari sepupuku Kak Yati yang maklumkan Abah akan ke Kedah bersamanya. Aku terus called adik Abah @ PakCik di Penang yang bagi tau proses Solat Jenazah dan pengkebumian akan dibuat selepas Solat Asar.

Aku maklumkan kepada Bos, aku ambil Emergency Leave untuk ke kedah. Ambil wife di office nye dan anak bongsu di Sekolah Pasti terus ke Kedah. Along dan Angah tak ikut kerana sekolah & mintak tolong Mertua uruskan kedua2 anak balik dari sekolah pada petangnya.

Kami bertiga terus ke Kedah & singgah di RNR Sg Perak untuk Solat Jamak Zohor & Asar. Perjalanan diteruskan dan sampai ke Kampung balai Lama @ 300 Kaki, Sg Kechil Ilir sekitar jam 3.30 pm, Alhamdulillah.

Lantas kami terus ziarah jenazah Arwah Pak Ngah di rumah pusaka keluarga. Terkujur badan kaku di atas katil, aku tatap wajahnya, sebak berbaur hiba lantas mengambil tempat dan capai Buku Yaasin untuk membacanya. Moga2 keberkatan surah Yaasin & doa yang kami semat, menjadi hadiah buat Arwah, Inn Shaa Allah.

Masa untuk urusan mandi jenazah, Alhamdulillah, aku berkesempatan membantu urusan membersih & memandikan bersama Paksu, Pakcik, Sepupuku An, 2 menantu Mak Teh dan diketuai oleh 2 Jawatankuasa Khairat Kematian di kampung.

Abah sampai agak lewat, namun Allah mengizinkan Abah menatap wajah Arwah Abang nya buat kali terakhir, menitis air mata Abah, walaupun Abah pun kurang sihat, dia gagahkan juga untuk menziarahi Arwah Pak Ngah.

Arwah di bawa ke Masjid untuk di solatkan n seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan di tepi masjid. Alhamdulillah semuanya selesai sekitar jam 6.30 pm.

Selepas Solat Jamak Maghrib & Isya, kami & Abah bergerak untuk pulang & sampai di Selayang sekitar jam 1.30 am.

Kali terakhir aku berjumpa Pak Ngah adalah pada 4 Syawal yang lepas, kami singgah rumah Arwah Tokwan. Sebelum balik, aku ajak Pak Ngah temankan kami untuk ke kubur ziarah kubur Arwah Tokwan & Tok. Kebiasaanya sebelum balik, aku akan bagi "sedikit hadiah" buat Pak Ngah. Hari itu di hadapan masjid aku salam Pak Ngah, Arwah menggenggam kemas tanganku, tangan tak dilepaskan. Masih terngiang kata2 Arwah, " Hang kalau pi utara ka, pi penang ka, pi aloq staq ka, pi langkawi ka, jangan lupa datang singgah tengok Pak Ngah". Aku angguk sambil senyum kepadanya. Sambil Arwah sempat bagi tau, dia tak berapa sihat pada waktu itu.

Baru aku sedar, ada "maksud tersirat" dalam perbualan terakhir kami. Kini Pak Ngah sudah tiada, Pak Ngah tidak punya waris daripada zuriatnya kerana Arwah tidak pernah berkahwin, ini sudah ketentuan perjalanan hidup beliau, pasti ada hikmahnya. Namun, Pak Ngah masih punya adik2, puluhan anak sedara dan cucu sedara. Moga2 doa dari semua menjadi hadiah untuk kebahgiaan dan kerahmatan "di sana".

Tiada lagi wajah sepimu, tiada lagi tingkah kalutmu, tiada lagi penyusun selipar di pintu utama, tiada lagi kelibat merantai pintu utama di malam hari. Semua itu tinggal dalam lipatan memori.

Buat Pak Ngah, kami doakan Allah menerima segala Amalanmu, Perbuatan  Baikmu, Kebajikanmu & Diampuni Segala Salah Silap Sepanjang Hayatmu. Moga2 Arwah & Semua Keturunan Tokwan Ahmad & Tok Che Doyah Ditempatkan Bersama Golongan Beriman & Syurga, Inn Shaa Allah.

Buat Pak Ngah, kami semua juga adalah waris susur galur keturunanmu. Doa kami buat Pak Ngah. AL FATIHAH.

Tuesday, 11 September 2018

TA Pertama

Apa yang kita kejar di dunia ini ? Mungkin ada yang mengidamkan HARTA, TAKHTA, WANITA, kebetulan ianya berhujungkan "TA". Harta apa yang kita kejar ? Bukankah Qarun itu cukup berharta !!!! akhirnya lemas bersama harta setelah terlalu "bertuhankan harta". Adakah salah kita berharta ? Pastinya tidak salah, sistem Islam melalui Zakat adalah mekanisma penyucian harta buat mereka-mereka yang cukup berharta dengan syarat2 tertentu. Tersiratnya ada bahagian hak orang lain dalam "harta" kita yang perlu dizakatkan. Namun, kekadang ada orang berharta terlalu culas dan berkira2 menunaikan kewajipan berzakat. Agaknya inilah waris qarun moden. Zaman makin canggih sekarang, kerana yang berharta bukan sahaja individu malahan Syarikat juga cukup kaya dan berharta.
Di negara kita ada mekanisma yang jelas berkaitan Zakat Perniagaan untuk Syarikat2 yang kaya. Adakah semua syarikat muslim menunaikan tanggungjawab ini ? Ini pusat zakat kena buat study dan statistic. Aku pernah ditanya, kalu individu tak berzakat pasti ianya berdosa, jika syarikat tidak berzakat, siapa yang berdosa ? Management ke ? Shareholder ke ? Hmmmmmm ..... jawab dalam hati yer....
Soalan yg sering ditanya juga, kenapa kutipan cukup besar, tapi masih ramai yang susah. Soalan itu pun kena tanya pusat n majlis zakat. Pasti ada kaedah tertentu yang telus disamping kawalan internal control & auditing.
Disamping itu, zaman kini, ukuran "kejayaan" seseorang juga dinilai melalui "Harta" mereka. Pastinya juga, banyak harta, lamalah juga auditing process di Mahsyar nanti untuk membuat hitungan kemana diguna & dimanfaatkan setiap sen hartanya semasa di dunia.... tiada bantuan kroni masa itu, tiada khidmat bantuan peguam bela yang hebat, hanya amalan yang kita bawa. 
HARTA bisa menaikkan darjat di dunia & akhirat, namun harta juga bisa menjadi racun durjana jika nafsu menguasai diri.
Ini baru "TA" pertama hehehhee, TA berikutnya menyusul kemudian. Sekadar ulasan dan renungan peribadi...