Thursday, 7 March 2019

Lidah Cerminan Hati

Kita sering mendengar ungkapan " Lidah Tidak Bertulang", " Kerana Mulut/Lidah Badan Binasa ", "Lidah Perasa Hati".

Lidah itu adalah pencetus apa rasa di dalam hati. Jika kita mahu tahu apa yang ada di dalam hati manusia, perhatikan perkataan & lisan yang keluar daripada lidahnya.

Hati itu tidak nampak, ianya berada di dalam jiwa dan pemikiran seseorang. Bila kita melafaskan kata2 daripada lidah, sebenarnya ianya adalah hasil rasa yang berada di dalam hati dan pemikiran kita.

Lidah juga adalah utusan hati. Hati tidak boleh berkata, namun lidah berperanan menzahirkan lisan yang terhasil daripada cetusan di dalam hati.

Size lidah cukup kecil, namun risikonya cukup besar. Lidah juga adalah anggota yg banyak melakukan dosa. Namun, lidah juga boleh membawa kita ke Syurga jika digunakan ke arah kebaikan.

Sedarkah kita, di Akhirat nanti, lidah akan terkunci, anggota lain pula yang punya suara. Moga2 lidah kita terpelihara dari maksiat dan dosa, lidah terpelihara terhasil dari hati yang bersih. Biarpun lidah nampak merah warnanya, namun belum tentu hati juga warna yang sama, mungkin hati legam gelita berjelaga.

Jangan kita menjadi Mufis di akhirat dek kerana bahana lidah dan hati tidak terpelihara. Tapi ada juga antara kita selalu bilang, " saya lidah sahaja jahat, tapi hati baik".... mungkin ini si munafik yang pandai bermuka2, hati jelaga, lidah dusta.

Moga Allah melindungi dan merahmati kita serta kita mampu mengawal lidah dan hati serta peroleh Jannah di Sana.

Monday, 4 March 2019

Yang Benar Itu Pahit

Surah Al Asr.

Surah ini sering dibicara oleh para Agamawan. Apa yang menariknya, maksud bagi terjemahan   " Berpesan2 Dengan Kebenaran, Berpesan2 Dengan Kesabaran".

Kita juga sering mendengar kata2 pujangga yang berbunyi " Berkata Benarlah, Walau Pahit Sekalipun".

Yang benar kebiasaannya memang "pahit untuk ditelan, pedih mata memandang, bingit telinga mendengar". Namun, dalam pahit, ada nikmat tersendiri yang sukar dinyatakan. Ibarat penggemar kopi pahit, biarpun pahit, namun penggemarnya tetap syahdu puas menghirup nikmat pahitnya. Namun, adakah yang manis itu kemuncak nikmat ? Belum pasti manis itu membahagiakan. Manis di bibir bisa menggoncang nafsu, manis di makanan/minuman bisa membawa bencana penyakit.

Berbalik kepada pahit, resam orang melayu, walau pahit, dikata dalam berkias, menafikan rasa pahit, berkata "Ok sahaja" biar hati meronta "Pahit sungguh". Ayuhhh, kita berkata benar, jika pahit, katakanlah pahit, ceritakan perkara benar, realistik, tidak berpura2, walaupun ianya "pahit" di hati pihak tertentu.

Begitu juga pihak berkepentingan, jika ada respond yang "pahit didengar", berlapang dadalah, moga2 maklumbalas yang pahit itu berguna untuk kita muhasabah kembali, mencari punca, merangka strategy & solusi dalam proses penambahbaikan bagi mengawal pahit menjadi manis yang bermakna. Pokok pangkalnya back to basic, semua harus berkata benar, mencari benar, bertindak benar, dan akhirnya mencapai keputusan yang benar.

Untuk mencari benar, kembarnya adalah sabar. Jika gelojoh, tergesa, tidak bersistematik, kemungkinan hasilnya tidak seberapa.

Moga2 kita semua sentiasa manuju kebenaran, berikhiar mencari benar, bertindak dengan benar, Inn Shaa Allah sirna kebenaran menjelma. Ameen.