Bila sebut "HERO", pasti kita terbayangkan seseorang yang kita kagumi dengan ciri-ciri "Ketokohan", "Kepimpinan", "Keperwiraan". Siapa Hero anda ?
Hero pertama aku pastinya Abah dan Emak. Pemimpin Keluarga yang bertanggungjawab dan menjadi wira kami. Hero kami dunia akhirat. Begitu juga guru2 yang mendidik dan mengasuh aku dari awal hingga kini.
Bangsa Melayu juga tidak kurang hebatnya melahirkan HERO. Nama seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Hang Nadim, dan ramai lagi. Ramai juga Hero dikalangan Tokoh Politik seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahadhir, Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar, dan ramai lagi.
Ada juga yang membayangkan Hero dalam sukan seperti Lee Chong Wei, Nicol, Azizul, Pandalela, Moktar Dahari, Minarwan, dan ramai lagi. Tak kurang juga yang menggambarkan Hero dalam filem seperti TS P. Ramlee, Eman Manan, Rosyam Nor, Azmil Mustafa, Faizal Hussien dan ramai lagi.
Ada beberapa Hero yang menarik minat aku pertamanya Hang Jebat. Herokah Hang Jebat ? Personally aku anggap dia Hero. Berani melangkaui dan mendahului zamannya. Namun, adakah menjadi Hero perlu bertindak melulu menghalalkan semua tingkahlaku ? Ternyata sikap Berani, Gagah dan Yakin Diri adalah kreteria penting untuk menjadi Hero. Cuma alangkah baiknya ditambah dengan ciri Bijak Mengawal Amarah, Rasional, Berhemah Dalam Bertindak. Jika ini ada, pasti inilah Hero Sejati.
Hang Tuah juga ikon Hero Melayu. Berani, Gagah, Berilmu, Yakin Diri, Bijak, Taat, Berhemah. Adakah sikap Taat Setia yang cukup Totok itu akhirnya menjadi titik mulanya sejarah ini berlaku ? Ada percanggahan pemikiran antara 2 Hero ini dalam mentafsir bait kata "Pimpinan Adil, Pemimpin DiSembah, Pimpinan Zalim, Pemimpin Disanggah". Jika anda diberi pilhan untuk memilih hanya 1, siapa Hero pilihan anda !!! Entah mengapa hatiku lebih cenderong kepada Jebat !!!! Ya, di zamannya Jebat di gelar Penderhaka, namun ada pemikiran selepas zamannya Jebat dianggap Wira @ Hero. Mungkin ada yang tidak setuju, namun ini tafsiran aku. Tuah juga tetap Hero dihatiku.
Ada juga kata2 yang sering kita dengar, "Hero Mati Dulu" ...."Usahla Menjadi Hero".... "Nak Selamat, Jangan Menjadi Hero, Patuh Sahaja"..... seolah2 ianya memberi gambaran, menjadi Hero tidak membawa apa erti.
Usah terlalu berangan seakan hero komik jadian superhero yang punya kuasa seperti superman, spiderman, ultraman, batman, ironman, captain america, hulk, wonder woman, thor, cicakman, badang, suparman, hehehhe dan lain-lain.
Pada aku biarla kita menjadi Hero di hati family terdekat sahaja. Hero yang sentiasa berusaha memberikan perlindungan, kebahgiaan, kasih sayang, keselesaan kepada family. Namun jika kalian punya bakat yang besar, jadilah hero yang terbaik untuk keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
Buat hero tokoh negarawan, taburlah jasa baktimu untuk kesejahteraan negara. Buat hero pimpinan organisasi, lipatgadakan ikhtiar untuk kelestarian dan kejayaan mendatang biar ranjau berliku. Buat hero jaguan sukan negara, teruskan menempa jaya untuk negara. Buat hero filem, usah terus menjadi kaku dan kayu.
Akhirnya, siapa Hero Malaysia ????