Monday, 21 October 2019

Cerita Jubah & Mortar Board

Minggu lepas aku berkesempatan untuk hadir ke majlis Apresiasi SK Sg Tua Bharu untuk meraikan semua pelajar Tahun 6 termasuk anak aku Muhammad Asyraff Syazwan. Majlis ini dibuat awal sebagai tanda semua pelajar tersebut akan menamatkan alam Sekolah Rendah dan akan melangkah ke peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2020.

Semua pelajar lelaki segak berbaju melayu dan berbaju kurung pelbagai warna lengkap dengan persalinan Jubah dan Mortar Board. Tahniah buat pihak sekolah, guru2, pibg & sarana ibubapa yang bekerja keras menjayan program tersebut. Pastinya ia menjadi memori indah buat anak2 yang bakal melangkah meninggalkan SKSTB.

Senyum terukir di wajah anak2, ibubapa dan guru2. Sesi bergambar di sana sini, hilai ketawa n gurauan bersama.

Pasti ada 2 persoalan besar yang bermain di dalam hati anak2 ini. Pertama,  rasa debar menanti hari keputusan sebenar UPSR yang bakal diumumkan pada hujung November 2019. Kedua, sekolah mana yang menjadi pilihan dan sesuai untuk sesi Sekolah Menengah pada tahun hadapan ?. Sebagai ibubapa, pastinya kami mengharapkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang dan peluang ke sekolah menengah yang terbaik.

Namun, kita harus realistik, anak2 ini bersama guru2 telah sedaya mungkin memberikan yang terbaik. Akhirnya kita perlu berdoa, redha dan berlapang dada.

Terkenang zaman persekolah sekolah rendahku di SK LKTP Kemasul dan sekolah menengahku di SM Kebangsan Chemomoi. Sekolah kampung di dalam Tanah Rancangan Felda hingga tamat Spm tahun 1996. Tiada majlis semeriah hari Apresiasi seperti ini, jauh sekali menyarung Jubah dan Mortar Board.

Masa itu, aku pun tidak tahu apa pentingnya upsr, akhirnya keputusan yang diperolehi sekadar "cukup rasa". Melangkah ke Tingkatan 1, masuk ke kelas yang "sesuai" dengan keputusan upsr hehehehe. Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1, aku dapat nombor keseluruhan tingkatan 109.

Rupanya inilah starting point, rasa tersentak, malu dan mahu berubah. Alhamdulillah, semangat berbeza melangkah ke Form 2, walaupun terpaksa turun ke kelas bawah. Masalahnya, bila kita bersama "kelompok" yang "sederhana", tenaga pengajar juga menggunakan "gear sederhana" sesuai dengan "keupayaan" majority kelompok tersebut. Aku "terperangkap" di dalam kelompok ini hingga habis Tingkatan 3. Akhirnya pencapaian PMR sekadar "Sederhana". Namun, satu peningkatan yang jauh lebih baik dari UPSR.

Melangkah ke Tingkatan 4, aku masih "setia" di SMKC. Kawan2 yang luar biasa pencapaian PMR mula melangkah jauh ke Asrama Penuh, MRSM, Teknik dan lain2. Kali ini, langkah "kanan" ke Tingkatan 4 dengan memasuki kelas "Firdaus" kelompok pertama, sebenarnya agak "kurang layak" untuk berada di kelas ini. Namun, mungkin ini namanya "rezeki".

Rasa janggal berada di kelas ini, maklumlah dari "kasta bawahan" semasa Tingkatan 3. Namun, aku nekad, peristiwa semasa Darjah 6 dan Tingkatan 1 tidak mahu aku ulang, aku harus kerja lebih keras. Orang cakap, kalu kita rasa kita jenis "slow", kalu orang yang "bijak" baca sekali, kita yang "slow" kena baca 3 kali. Begitu juga seterusnya.

Teringat cikgu matematik Tingkatan 3, cikgu bagi tahu, saya ajar kamu bukan untuk dapat A, tapi hanya untuk lulus, sesuai dengan "tahap" kelas aku, akhirnya, memang kami "berjaya" mencapai "target" cikgu. Terima kasih cikgu atas pengajaran hidup tersebut.

Alhamdulillah, aku teruskan "momentum" sambil membawa "baton" hingga tamat Tingkatan 5. Walaupun tidak secemerlang teman2 lain samada di.SMKC, MRSM, Teknik dan lain2, aku juga mendapat "rezeki" menjadi mahasiswa.

Melangkah ke "menara gading" pada tahun 1997 merupakan "bonus" terbesar dalam hidup, jika diteliti track record Sekolah Rendah dan Menengah, peningkatan trend berlaku seperti tidak percaya. Rasa rendah diri, janggal, dan kurang keyakinan masih ada, namun perlu dilawan. Akhirnya aku berjaya "melangkapkan" pengajian. Alhamdulillah.

Hari konvokesyen pada tahun 2001. Masa itu aku hanya bekerja sebagai Guru GSTT di SM Selayang Bharu. Ketika itu, guru GSTT tidak dapat gaji untuk 3 bulan pertama, kira poket memang kosong hehehhe. Hinggakan masa hari konvokesyen aku tiada cash. Duit yang ada aku hanya mampu beli baju melayu hitam. Transport van sewa abah yang bayar.

Percaya atau tidak, aku tiada gambar simpanan atas pentas semasa pengambilan Ijazah, tiada gambar studio yang disediakan semasa hari konvo. Sebabnya aku tiada cash nak bayar, sedih betul. Yang ada, sekeping gambar yang adik aku ambil guna "Kodak" di luar dewan, gambar yang agak "kabur" namun, cukup "sempurna" dalam kenangan. Walaupun tiada gambar detik manis, "kenangan" itu masih segar dalam hati dan ingatan seolah masih di depan mata.

Bila tengok anak aku berjubah dan ber mortar board, bergambar bersama kelurga dan kawan2, aku pun happy. Zaman kami berbeza, namun, persamaannya, dulu abah dan emak aku senyum bangga, aku juga mahu senyum bangga seperti mereka. Memori bergambar biarkan melekat di sanubari, tidak akan lenyap selagi nyawa masih ada.

Sekadar perkongsian cerita, bukan apa2, moga tulisan ini aku, anak2 dan keturunanku boleh ulang baca mungkin 10 tahun, 20 tahun atau 100 tahun akan datang... hehehhe.