Keputusan ini biar pahit untuk Ayah & Umi telan, namun ini hakikat yang perlu diterima dengan berlapang dada. Ayah pun tau, pasti Along lebih lagi kecewa. we have to accepted. Ayah & Umi Redha dengan apa jua keputusan kerana kami tahu Along sudah usaha sedaya mungkin. Kadang-Kadang kami pun "letih" lihat along study lepas balik sekolah. Kadang sampai tengah malam.
Along kena tahu, bukan mudah untuk berjaya. Walaupun kita sudah usaha, namun masih belum benar2 berjaya, pasti ada "kelompongan" yang perlu kita kenalpasti melalui proses postmortem @ muhasabah @ analisa penilaian semula. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan tertentu, kecuaian @ leka, faktor keyakinan diri dan ambil mudah. Segala kelemahan perlu kita perbaiki dan tidak lagi diulang.
Semua tokoh yang berjaya hari ini bukan terus success dari awal. Nabi Muhammad sendiri perlu menempuhi liku yang sukar sebelum menjadi Gemilang. Malahan ujian Baginda jauh lebih getir. Bukan mudah untuk berjaya kan. Negarawan seperti Tun M, DS Anwar dan ramai lagi pernah gagal dan jatuh. Tapi mereka "kuat" untuk bangkit. Tokoh sukan seperti Lee Chong Wei, Ronaldo & Tiger Woods juga pernah berada pada era yang suram, tapi mereka boleh terus usaha untuk berjaya. Tokoh corporate seperti Syed Mokhtar, Robert Kuok, Jack Ma juga bukan terus berlari, mereka mula merangkak, bertatih, pernah jatuh, tapi akhirnya mereka menjadi billionaire.
Ayah nak bagi tau rahsia, result upsr ayah dulu langsung tiada A hehehehe. Result Along jauh lebih bagus dari result Ayah. Tapi ayah tak mengalah, malahan Ayah "bangkit" di Sekolah Menengah walaupun hanya di sekolah kampung.
Kalau Along nak tahu, adat dunia sekarang, ada kelompok Emas, Perak, Gangsa & Scrap Iron. Biarpun kadang2 kita bukan kelompok emas hari semalam, berusaha la untuk menjadi emas, malahan menjadi permata dan berlian di hari esok dan hari mendatang.
Sejujurnya Ayah nak bagi tahu, Kami bangga dengan Along. Ayah & Umi sentiasa doakan Along & adik2 success di dunia & akhirat. Pokok pangkalnya, Along perlu buktikan talent, kelebihan, kekuatan, dan keistimewaan Along.
Ayuh Along, gerbang sekolah menengah ada di hadapan. Tirai sekolah rendah akan dilabuhkan. Naikkan sauh itu, Perjalanan masih jauh, mulakan langkah dengan azam, iltizam, semangat & cita yang baru.
Along, jasa guru usah dilupa, darjat mereka seperti Ayah dan Umi. Ingat segala ilmu, nasihat & tunjuk ajar mereka. Doakan kesejahteraan Kami di dunia & akhirat.
Selamat Maju Jaya Along, Ayuhhh Chayok2......