Hari ini terdapat 2 data statistik yang membuat kita kaget iaitu:-
1. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 : Malaysia Jatuh Ke Tangga 57.
Malaysia jatuh enam anak tangga ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020.
Mengapa indeks ini merudum ? Rating yang buat kita menung, pening, geram, malu, dan lain2 rasa.
2. Jumlah kes covid-19 harian tertinggi iaitu 5,725 kes.
Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.
Data statistik yang menggerunkan, menggusarkan & menakutkan. Dalam tempoh PKP dan PKPB di sebahagian besar negeri dalam negara, jumlah kes menunjukkan trend peningkatan yang mendadak. Apa makna significant nya dengan keputusan data statistic ini ?
Ayuh kita berdoa moga Allah membantu menyelamatkan Malaysia dan warganya secara khusus dan seluruh dunia secara amnya.