PRK DUN Pelangai dijadualkan pada 7hb Oktober 2023 berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam pada 17hb Ogos 2023 lalu. Allahyarham Datuk Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.
Pada PRN15, Allahyarham Datuk Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan undi 7,308 undi dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Cikgu Kasim Samat dengan 3.260 undi, calon PH Ahmed Wafiuddin dengan undi 2,031 Dan calon Pejuang hanya 65 undi. Jumlah peratus keluar undi adalah 78.50%.
Jumlah pengundi berdaftar di Dun Pelangai adalah seramai 16,456 orang di kawasan yang mempunyai 10 kampung tradisi, 3 buah tanah rancangan Felda, 3 estet dan 4 Kampung Baru Cina itu. Saya pecahkan kumpulan pengundi kepada 3 kelompok utama iaitu:-
1. Kumpulan Pengundi Di Bawah Umur 40 Tahun.
2. Kumpulan Pengundi 40 Hingga 59 Tahun.
3. Kumpulan 60 Tahun Ke Atas.
Jika kita perhalusi, peratus pengundi Kumpulan 1 bagi Dun Pelangai adalah sebanyak 47%. Kumpulan 2 pula adalah 33% dan Kumpulan 3 pula antara 20%. Ini jelas memberi gambaran bahawa penentu kemenangan adalah undi dari Kumpulan 1 iaitu pengundi yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Kemungkinan juga sebahagiannya adalah pengundi buat kali pertama Dan ke2 !!!. Maknanya mereka adalah king maker.
Sentimen calon anak tempatan pastinya menjadi topik hangat dikalangan pengundi Dun Pelangai. Sejak dari PRN lepas, terdapat desakan dan suara permintaan Yang mahukan calon anak tempatan dengan Suara "Pelangai 4 Pelangai". Pada PRN lepas, BN meletakkan calon import bukan anak tempatan. Berbeza dengan PH dan PN yang meletakkan calon dari anak tempatan. Namun, akhirnya pengundi memberi kemenangan majoriti kepada calon BN iaitu Allahyarham Datuk Johari.
Scenario Dan sentiment "Pelangai 4 Pelangai" Kembali disuarakan pada PRK Kali ini. Lebih menarik, Gabungan Kerajaan Perpaduan pastinya akan meletakkan calon dari BN yang akan ditentang hebat Calon dari PN. Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua Pihak. Antara Nama yang digemburkan adalah Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Hazraf Ali Hassan dan empat lagi AJK UMNO iaitu Datuk Amirza Abu Adam, Datuk Jamaludin Buyong, Idris Karim yang merupakan bekas pegawai khas Allahyarham dan Fazlin Norhana Ahmad yang juga bekas Puteri UMNO Bahagian. Namun, terdapat desakan mahukan calon tempatan yang cukup dikenali iaitu Datuk Amirza Abu Adam dan Fazlin Norhana Ahmad.
Namun, jangan pandang sepi trend peningkatan sokongan kepada Calon PN. Jika calon yang Sama iaitu Cikgu Kasim dikekalkan, dengan reputasi, populariti dan kredit calon anak tempatan, tidak mustahil sejarah baru tercipta jika BN abaikan permintaan pengundi Dun Pelangai Yang mahukan bakal YB Anak Tempatan !!!!.
Apa akan jadi jika peratus keluar undi bawah atau sekitar 50% sahaja. Jika itu peratusannya, kedua-dua blok iaitu PH-BN Dan PN mempunyai peluang Sama rata !!!. Ayuh semua pengundi berdaftar laksanakan tanggungjawab anda untuk memilih. Kuasa penentu ditangan anda!!
Hakikatnya Dun Pelangai masih "dahagakan" pembangungan infra, ekonomi Dan peluang pekerjaan kerana Dun Pelangai kelihatan agak 'terkebelakang' dari beberapa aspek yang perlu diberi lebih perhatian, tumpuan dan perancangan jangka pendek/ Sederhana/ Panjang.
Selamat Mengundi Buat Semua Pengundi. Selamat Laksanakan Amanah Tanggungjawab Kepada Bakal YB.
-Khairizal Ab Karim-