Wednesday, 9 August 2023

Debat

Debat Malam

Sudah lama Kita tidak dapat lihat "kejantanan" & "keberanian" debat secara langsung antara 2 tokoh dari kelompok blok berseteru. Malam ini satu negara dijamu dengan menu debat Oleh 2 figura yang ditonjolkan sebagai individu "Bijak" di dalam kelompok masing-masing.

Saya secara peribadi, menaruh Harapan yang tinggi untuk menanti " hujahan bijaksana" dari kedua-dua tokoh muda ini melempiaskan idea untuk dihadam oleh penonton.

Namun, sesi ini Saya rasakan kurang ummppp kerana kupasan yang belum tertonjol secara konkrit dengan ulasan yang benar2 jelas. Mungkin format debat yang memberikan limitasi tertentu yang menyekat fokus perdebatan.

Adat biasa dalam debat, sedikit nakal dengan kedua-dua pendebat menguis hujahan modal politik 
untuk menaik sorakan penyokong mereka. Namun, sorakan bukan memberi gambaran "kebijaksanaan" dalam hujahan. Sorakan itu bukan "modal" untuk penentu tahap kepintaran antara kedua-duanya.

Secara peribadi, seakan nampak "jurang" ketokohan, keyakinan, hujahan, kematangan, pengalaman, dan mungkin kompetensi antara kedua-duanya. Namun, Saya amat hargai keberanian mereka berhujah secara terbuka perlu dipuji dan Saya berharap platform debat terbuka terus dilebarluaskan serta menjadi budaya yang sihat, telus dan berani dikalangan pemerintah, pentadbir dan politician agar Rakyat dapat menaakul dan mengembangkan keupayaan menilai pimpinan negara dan organisasi. 

Saya bukan orang yang pintar dalam berdebat, namun Saya cenderung dan berminat menonton sesi debat sejak Zaman persekolah lagi. Moga debat sihat seperti ini terus berkembang dan menjadi budaya baru yang akhirnya menjadikan Kita lebih terbuka dan matang. Bukan pemenang debat yang Kita cari, tapi konklusi hasil dan idea Dari debat yang Kita impi. Yang lebih penting, bagaimana implimentasi tindakan yang perlu digarap untuk mencari solusi bagi menyelesaikan apa jua isu dari perdebatan itu perlu diperinci dengan tindakan yang berani, benar dan tepat.

Langkah ini baru bermula, ayuh teruskan menapak dengan Jaya dan bergaya. 

Ayuh Kita berdebat. Ada berani hehehehehe.