Tuesday, 30 April 2024

1 Mei

Setiap 1 Mei, seluruh warga Pekerja "diiktiraf" sebagai asset yang cukup berharga di dalam Semua organisasi. Tema Tahun ini adalah "Pekerja Kesuma Bangsa". Sempat Saya telusuri info Kementerian Sumber Manusia yang beriltizam 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran & Keberhasilan. Sudah tentu untuk mencapainya 2 element terbesar iaitu Pekerja & Majikan perlu berperanan dengan semaksimanya dengan roh kebersamaan menuju Sasaran Organisasi.

Saya tidak berhasrat memberi ulasan berkaitan Tema ini. Namun, Saya terkenang memori lampau sejak mula berstatus "pekerja".

Seingat Saya, sejak usia Saya sekita 8 tahun, Saya sudah terdedah dengan kerja walaupun tidak secara formal. Arwah Abah n Emak pernah usahakan Kedai Runcit di Felda Kemasul sekitar tahun 80an dan 90an. Bila masa terluang, Sabtu, Ahad dan cuti sekolah, kerja Saya kemas kedai, susun barang dan jadi cashier. Adakalanya, ikut abah ke Triang sekitar jam 4.30 pagi ( kadang2 Naik motor atau tompang van yang Arwah kongsi dengan perniaga lain) untuk beli ikan dan sayur untuk dijual semula di kedai kami. Untung ke ? Ini susah Nak cerita, sebab akhirnya sekitar 10 tahun sahaja Abah dan Mak berniaga, akhirnya kedai kami tutup operasi kalau tak silap masa Saya Form 3. Sebelum kedai ditutup, Saya senyap2 ambil "Buku Hutang" orang yang berhutang dengan Abah. Senyap2 Saya berhadapan dengan PakCik2 Peneroka Felda untuk kutip hutang. Abah dan Mak tak tau. Saya pun tak Tahu dari mana Saya Ada sedikit keberanian ini. Apakah hasilnya ? 1 sen pun Saya tak dapat. Jawapan yang Saya terima, " Bila aku hutang? ", " aku hutang dengan Pak Hang, pasai pa hang mintak aku", "aku tak akan bayaq", "betoi ka hang tulis nie". Rasa mcm Nak nangis rasanya. Arwah Abah nie dia Baik sngat, bila Saya Tanya kenapa Abah tak kutip hutang, Abah jawab "kalu Depa Nak bayaq, Depa datang jumpa, kalu Depa X Mau bayaq, apa Kita boleh buat". Masa itu, terdetik dalam hati Saya, Saya tak Akan halalkan sebab kerana nilai hutang semua2 nya cukup Besar dan Tak mampu untuk Abah buat pusing modal semula kerana margin kedai Runcit nie tidak Besar. Saya kenal Arwah Abah, Saya beranggapan "mungkin" Arwah telah halalkan. Tapi buat PakCik2 n Makcik2 Penghutang Tegar dahulu, doakan lah Arwah Abah pernah halalkan hutang kalian.

Saya juga pernah bekerja secara tidak formal bantu Abah kerja di Kebun Sawit n Getah. Kerja membaja, susun pelepah, angkut buah, kutip biji sawit, kutip sekerap Saya sudah biasa buat. Hanya kerja harvest Buah sawit, toreh getah dan meracun sahaja yang Arwah Abah tak bagi Saya buat. Dapat la upah sikit. Namun, Jika suruh Saya buat semula sekarang, Saya yakin Saya tidak lagi berkedarat untuk membuat Semua kerja2 ini. Pernah juga Abah buat part-time kerja menoreh di Estate di kawasan antara Simpang Pelangai dan Simpang Durian dan di Kampung Lembah Jaya, Pelangai. Kena keluar awal pagi sekitar jam 5 untuk "menyuluh". Lampu atas dahi diikat n bekas buat nyamuk dipinggang. Solat subuh alas sejadah bawah pokok getah. Mana mungkin Saya Akan lupa kenangan sebagai "Pekerja" bawah umur. Masa ini mana ada ILO !

Selepas SPM, secara rasmi, Saya pernah bekerja sebagai Cashier di Keramat Supermarket, Batu Road KL. Hampir 2 Bulan dan tompang rumah sepupu Saya Kak Yam & Abang Nasir di Jalan Padang Tembak. Pergi kerja hanya 2 cara, Naik Bas Mini warna pink atau Jalan kaki. Kebanyakkannya, Saya jalan kaki Nak jimat duit. Inilah Kali pertama daftar KWSP n Socso umur 18 tahun.

Masa Zaman university, cuti semester Saya pernah bekerja sebagai Cleaner n "Budak Suruhan" di Showroom Perodua Selayang. Kerja Saya cuci toilet, mop Lantai, cuci kereta, vacuum kereta n buatkan nombor pendaftaran kereta sebelum owner datang ambil kereta baru mereka. Basuh belakang kedai Tempat open, Panas jangan cerita hehehehe. Tapi Abang2 salesman sangat baik, mereka akan belanja makan selepas mereka dapat commission hasil jualan kereta. Pernah Saya kena marah dengan buyer kereta "kancil lampu buat" kerana lambat siapkan kereta dia. Mungkin masa itu, pemilik kereta kancil lampu bulat tergolong dalam T20 berbandig Budak Cleaner ini huhuhuhu. Saya tompang rumah Mak Saudara, Mak De di Kampung Bendahara, Batu Caves.

Saya juga pernah bekerja sebagai Buruh di Kilang Perabot semasa cuti semester di Baru Caves. Kerja saya gamkan span/kusyen kepada kayu perabot. Tempatnya padat, sempit, berkuap dan panas. Allahuakbar. Tapi Nak cari duit cuti semester, tahan jer la hehehehe.

Saya pernah praktikal di Firma Audit Asri & Co di Temerloh, Pahang selama 6 bulan. Inilah Pengalaman pertama bekerja dalam Pejabat yang selesa, ada aircon, pakai kemeja lengan panjang kancing butang dihujung hehehehe. Walaupun elaunnya kecil, tetap happy kerana banyak belajar berkaitan Kewangan, perakaunan dan pentadbiran.

Selepas habis belajar Saya pernah menjadi Guru GSTT di Sekolah Menengah Selayang Baru, Guru KDC di Sekolah Rendah Sg Kemahal, Triang, Pahang. Ingatkan nak meneruskan kerjaya sebagai Guru, namun saya Buat keputusan untuk tidak meneruskan kerja ini atas factor tertentu.

Saya pernah bekerja sebagai Pembanci di bawah Jabatan Perangkaan Selangor. Habis boleh kata hampir 60% daerah di Selangor saya pernah jelajah. Pengalaman dimarah, dimaki, tidak dilayan dan paling ganas dikejar anjing hahahaha. 

Pernah bekerja di Kesas Hiway sebagai Account Clerk. Pernah bersama Bumihiway sebagai Finance Executive selama 6 bulan sahaja. 

Sejak Januari 2004 Hingga kini saya bersama TH Plantations Berhad. Dari 2004 Hingga 2020 di Internal Audit Department, 2020 - 2022 Di Human Capital Department dan 2022 - kini Di Procurement Department. Terlalu banyak pengalaman saya bersama THP dan adatla ada manisnya, masamnya, tawarnya, pahitnya. Namun, semuanya itu adalah lumrah bagai "Pekerja".

Sebagai Pekerja, apa yang penting kita mencari Rezeki yang halal untuk Kita guna bagi keperluan diri dan keluarga. Namun, menjadi tanggjawab Kita untuk laksanakan Amanah Tugasan dengan baik selari dengan fungsi skop pekerjaan kita. Zaman semakin mencabar yang membuatkan Kita sebagai pekerja tidak lagi boleh selesa, penguasaan ilmu n kemahiran tertentu perlu seiring dengan keperluan pekerjaan sekarang agar Kita masih relevent dan competent. Akhirnya, niatkan laksanakan kerja sebagai Ibadah, Moga Kita Semua Terus Success Dalam Kerjaya dan Menjadi Pekerja Yang Cemerlang untuk bekalan Dunia n Akhirat.

Selamat Hari Pekerja.

-Khairizal ab Karim 1/5/2024-