Puasa Dulu2.
Pagi ini entah mengapa terimbau kenangan Puasa dulu-dulu. Sebagai anak Felda yang dibesar di Felda Kemasul, Triang, Pahang, kenangan berpuasa dan sambutan hari raya tahun 80an dan 90an pasti menjadi antara memori zaman kanak-kanak dan remaja yang menjentik hati. Ada berbagai rasa jika dikenang, buat tersenyum sendiri.
Kehidupan masyarakat Felda tahun 80an dan 90an tidaklah sesempurna materialnya ketimbang suasana materialnya hari ini. Kenangan cara gembira dan raikan Ramadan cara dahulu mungkin tidak lagi ketemu suasana yang sama. Dalam suasana malam Ramadan yang gelita tanpa lampu elektrik sempurna dan neon lip-lap pelbagai warna seperti Kini, Namun cahaya panjut, pelita, gasoline, lampu butterfly serta sinar cahaya indah bulan dan bintang membikin sirna malam menjadi gembira. Pasti lampu torchlight menjadi peneman di malam hari nya.
Susana malam Ramadan tidak sunyi dari dentuman bunyi meriam buluh hasil kreativiti anak2 Felda. Untuk hasil kan meriam yang baik, formula campuran karbait (calcium carbide Cac2) dan air (H2O) serta size buluh (panjang dan diameter) juga diambilkira. Walaupun, majoriti anak2 Felda tidak berlatar ilmu kimia, kaedah trial and error digunakan untuk mencari resepi formula yang terbaik hehehehe.
Saya bukan orang yang berani atau barisan hadapan menjadi hero, namun antara penonton yang meninjau dari belakang teman-teman lain yang membuat experiment hehehe. Namun, kenangan hidu bau hasil campuran carbide dan air yang sedikit menusuk serta bunyi seakan gelegak bila campuran bahan itu berlaku, masih segar dalam kenangan.
Kemudian kedudukan Meriam akan diletakkan pada sudut sedikit mendongak ke atas, saya anggar sekitar 45 darjah. Selepas Itu, muncung meriam perlu di sumbat dengan surat khabar atau kain atau kelapa. Kerana gas di dalam buluh adalah terhad, proses ini akan menyebabkab meriam akan meletup dengan bunyi yang power hehehe. Tapi kalu terlalu ketat takut ianya sangat bahaya kerana meriam boleh pecah. Langkah akhir, guna kayu panjang untuk cucuh api pada meriam. Biasanya Watak Hero akan jadi Tukang Cucuh untuk bakar dan hasil kan letupan pada meriam. Selalunya saya tengok Yeop Pie, Nyah Bidi dan Jan yang buat (teman sejiran saya).
Masa ini akan berlawan la gang2 meriam ikut Kawasan. Berdentum Dentum la Bumi Kemasul melayan dentuman bunyi meriam hehehhe. Kalu ada gang lain bunyi lebih Kuat, rasa tercabar la gang yang bunyi kurang power, mula la experiment baru dibuat, tambahan carbide atau padatkan hujung meriam atau darjah kedudukan buluh diubah atau cari buluh lain yang size lebih besar. Hebat anak Felda berexperiment hehehhe. Alhamdulillah, seingat saya tiada kes kecederaan pada Masa Itu hehehehe.
Selain meriam, kalu ada duit lebih, baru la ada mercun dan bunga api, dulu ada bunga api pemegang dari balutan kertas dan besi dawai. Sekarang rasanya dah tiada lagi jenis besi dawai.
Dalam gelap dan samar-samar cahaya, Kadang2 terpijak juga sarang 'konkiak' (sarang anai-anai), atau terlaggar sarang kerengga pedih ooo kalu kena gigit hehehehe. Tapi, anak Felda kan, mana tau takut atau serik.
Semua ini, masih segar dalam ingatan. Suasana kini tidak lagi sama atau kita makin berusia yang terlalu bernostalgia terkenang memori lama. Buat teman2 sama2 bermain dahulu, Terima Kasih menjadi pelengkap kehidupan lampau, moga kalian semua terus Success dalam kehidupan walau apa jua bidang yang diharungi. Memori ini tidak boleh berbayar dan pasti melekat di hati.