Thursday, 24 April 2025

28 Tahun Dahulu

Setiap kali berita keputusan SPM diumumkan, memori lampau Tahun 1996/97 pasti secara spontan akan terimbau. Teringat kawan-kawan 5 Firdaus Batch SPM 1996 Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi (SMKC). Slogannya dahulu Sentiasa Menuju Ke arah Cemerlang (SMKC).

Mungkin aku tidak dapat Ingat semua kawan2 5F, tapi sebahagian besarnya masih kekal melekat dalam memori aku. Pelajar lelaki tak ramai aku, Usu, Rizal, Suhaili, Jet, Shahidan, Azlan, Akhbar, Amad, Arwah Kizam (Al Fatihah). Pelajar gegirl Yati, Azlina, Roslina, Zaida, Norezah, Norizan, Aida, Junaidah & ramai lagi yg aku dah tak berapa nak Ingat (banyak makan semut agaknya).

Antara Cikgu n Cikgi 5F yang masih aku Ingat, Cikgu Rosdin, Cikgu Mah Hussain, Ustazah Habibah, Teacher Azza, Cikgu Norizan, Cikgu Maziah, Cikgu Normala, Cikgu Zuraidah, Cikgu Samsuddin, Cikgu Wan Salmah dan ramai lagi.

SMKC masa Itu tak ada subject Sains Tulen ditawarkan kepada pelajar masa Form 4. Subject elective yang kami ambil adalah Ekonomi, Perdagangan, Sastera Melayu n Seni. Dalam bnayak2 subject, yang favourite aku adalah Ekonomi, kebetulan cara Cikgu Rosdin mengajar dengan peta mindanya memang menarik. 

Subject yang cukup "menyeksa Jiwa dan raga" adalah seni. Memang aku nie tak ada bakat seni lukis, Cikgu Normala sampai naik angin tengok hasil lukiskan aku, kalu exam ambil Masa 2 jam 30 minit, aku mampu siap dalam 30 minit je, cukup efficient hahahaha. 

Masa trial SPM, aku ada lukis gambar sawah padi ada gambar Kerbau, aku lukis tak jadi bentuk badan Kerbau, tapi kepala Kerbau ada la iras2, jadi aku buat keputusan lukis kepala Kerbau di bucu kertas lukisan yang hnaya ada kepala tapi tak ada badan Kerbau hahahaha. 

Dalam SPM sebenar pun, rasanya akulah yang paling siap lukisan paling cepat. Hahahaha. Aku pada Masa Itu minat baca novel dan suka mengarang. Sampai, aku pernah menang penulisan Hari Merdeka No 1 Peringkat Daerah Bentong. Dasat Juga aku hehehhe. Sekarang pun ada lagi agaknya sisa2 baki bakat menulis, tapi dah tumpul untuk diasah. Alhamdulillah, untuk subject2 lain, aku boleh la menguasainya sikit2 hehehhe.

Hari peperiksaan bermula, antara yang aku amalkan pada Masa Itu, aku akan pastikan aku akan dalam berwuduk untuk masuk Dewan periksa. Alhamdulillah, Sekurang2nya boleh bagi semangat dan kelancarannya. 

Malam sebelum keputusan keluar, aku yakin semua orang akan lalui pengalaman yang sama, tak boleh nyenyak tidur. Tidur ayam jer la. Hari yang ditunggu2 telah tiba, aku merancang tidak mahu pergi ambil keputusan terlalu awal, aku plan untuk pergi Sekitar tengah hari, bukan apa, rasa debar n takut kuat sangat.

Namun, sebelum aku siap2 nak pergi ambil, Shhaidan, Lan, Lee datang rumah aku dan bagi tau keputusan aku, mereka dah ambil awal dan dah tengok result aku, cehhh hehehehe. 

Alhamdulillah, boleh tahan jugak la keputusan nya, untuk budak kampung yang kurang bijak, keputusan ini cukup untuk membanggakan buat diri aku sendiri. Jauh la klau nak banding dengan kawan2 lain Fadzli MRSM, Sharon SBP, Fauzi MRSM, Yus Teknik, Yati, Azlina, Jet dan ramai lagi. 

Namun, aku syukur berbekalkan SPM dari SMKC ini membolehkan aku menjejak kaki Ke UTM Skudai. 

Terima Kasih SMKC, Cikgu dan teman2 semua. Aku Doakan kawan2 semua terus Success dalam kerjaya dan kehidupan sekarang. Mana korang semua sekarang........... Sekali bersahabat, Moga Terus bersahabat hingga ke Syurga. Terima kasih menjadi sebahagian dari kehidupan lalu buat aku terus bernostalgia kenangan dulu2. 

Hari ini anak sulong aku ambil keputusan SPM, Alhamdulillah. Moga Along Terus Success dalam apa juga bidang selepas ini. Perjalanan masih jauh, mulakan langkah ini dengan yakin untuk menggapai Impian dan Cita-Cita. Moga Success Menjelma. Selamat Maju Jaya.