Monday, 7 July 2025

Lain Padang, Lain Belalang

Benar kata pepatah lama, "Lain Padang, Lain Belalang, Lain Lubuk, Lain Ikannya". Bila difikirkan, bait pepatah ini seakan mudah bahasanya, Namun punya gaya pintar menggunakan unsur anafora yang mudah di baca akan maksud tersurat dan tersiratnya.

Padang dan Lubuk dianalogikan sebagai tempat, lokasi dan lokaliti. Manakala Belalang dan Ikan pula adalah jenis atau karakteristik yang membawa makna perbedaan budaya, adat dan cara hidup.

Termangu sejenak sambil berfikir, mengapa Padang ini menjadi destinasi Si Belalang? Mengapa Si Patin memilih Lubuk Sungai Pahang untuk membina impian?. Pasti Belalang dan Patin punya justifikasi sendiri mengapa Itu mengapa ini, mengapa tidak begitu, mengapa tidak begini.

Soal nya, adakah Padang dan Lubuk ini sesuai dengan Si Belalang dan Si Patin?. Bersediakah Masyarakat Belalang yang asal di Padang ini menerima migrasi Belalang baru. Bolehkah Patin-Patin yang lain membuka ruang untuk Patin baru bermastautin di Lubuk ini!!!

Mengapa harus berfikir begitu. Buat Si Belalang dan Si Patin, belajarlah hidup dengan tertib di Padang dan Lubuk baru. Usah terlalu bermemori terkenang Padang dan Lubuk lama. Tidak ada salahnya jika tunduk hormat rendah diri pada Belalang dan Patin asal di Padang dan Lubuk sekarang. Belajarlah untuk beradaptasi cara baru Namun terus pegang pada prinsip dan etika sebagai Belalang dan Patin sebenar.

Buat Si Belalang, gunakan Mata Besarmu untuk melihat jauh, manfaatkan sesungutmu untuk terus sensitif dengan persekitaran dan aturkan 2 pasang sayapmu untuk terus tenang terbang dan hinggap di pepohon Padang yang subur ini.

Buat Si Patin, gunakan ciri istimewamu punya kepala seakan jerung bermuncung tajam dan runcing, walau mata dan mulutmu kecil namun renungmu jauh vokal suaramu gegar dan gunakan kekuatan ekormu untuk pacu renangan yang kental bersama Masyarakat Patin2 lain di Lubuk yang subur ini.

Padang ini Padang kita bersama. Lubuk ini Lubuk kita bersama. Ayuh wahai Si Belalang dan Si Patin, atur langkah dan tingkah untuk mengorak langkah jaya mengejar cita menabur bakti di Padang dan Lubuk Subur ini.

Salam dari Padang dan Lubuk Subur!!!!

Tuesday, 1 July 2025

Separuh Masa Ke Dua

Hari ini 1hb Julai 2025, Ini bermakna kita telah memasuki Separuh Masa Kedua di Tahun 2025. Pasti kita telah menanam azam dan iltizam pada 1hb Januari yang lalu, adakakah kita telah menilai tahap pencapaiannya ? Berapa peratus kejayaannya ? Adakah seiring dengan sasaran? Jika Ya, Alhamdulillah, teruskan langkah seperti yang direncana, namun harus menilai semula jika ada keperluan menambahbaik Strategi, Perancangan & Gerak Kerja. 

Walaubagaimanapun, jika jawapannya TIDAK seperti yang disasar, ayuh segera kenalpasti root causes, menyusun kembali Perancangan, Target, Strategi & Gerak Kerja. Mulakan semula.....

Dalam keadaan semasa yang semakin mencabar dari aspek ekonomi mikro dan makro, sosial dan persekitaran, saya lebih berminat bicara soal dunia pekerjaan. Sebagai insan yang berstatus "Pekerja", kita punya Amanah dan Tanggungjawab yang perlu dilaksana dan di sempurnakan. 

Pusingan Pertama 2025 telah berlalu, Fasa Pusingan Ke Dua kini dibuka. Kekadang kita terlalu terbuai dengan nostalgia manis pencapaian lampau. Kekadang kita terlalu pendam rasa kemandulan prestasi buruk atau sederhana yang telah berlaku sebelumnya. Kekadang kita terlalu berjenin angan melampau bagai memetik bintang angkasa untuk meraih jaya masa depan, sedang kaki masih berlumpur tanpa usaha membersihkan lumpuran. Kekadang kita terlalu berperasan pasif bersandar sejarah lampau yang kelam yang terus berotorik dalam dunia gagal hingga tiada hujung dan menyerah pada takdir selesa sebagai Penumpang yang membonceng tanpa ambil tahu mana arah tuju. Yang lebih parah, kekadang kita bagai Malaikat tidak punya kurang dan khilaf, semua salah dan kurang milik orang lain. Muhasabah diri, mula laksanakan tindakan korektif. 

Kita di mana!!!!! Ayuh kita atur langkah jaya dengan bergaya. Journey ini masih panjang, Namun kita atur langkah pencak dengan bunga awal hingga akhir sekudrat ada, pantang mundur jua kendur!!!!. 

Kita Pastikan Separuh Masa Ke Dua Milik Kita Bersama!!! 


-Khairizal Ab Karim 1 Julai 2025-