Tuesday, 14 October 2014

Salam Dari Mekah

Assalamualaikum, Sejak tiba di bumi Saudi, saya tak punya kesempatan untuk update blog. Tapi hari nie agak free sikit, Alhamdulillah punya sedikit kesempatan untuk menggarap sedikit catatan.
Tanggal 27 September 2014, semua family hantar saya ke Kompleks Haji Kelana Jaya, laungan Azan yg dilaungkan oleh Bapa Mertua di hadapan rumahku Lepas Subuh, cukup menggetarkan hatiku untuk melangkah meninggalkan family untuk menyahut Panggilan Allah disamping punya amanah untuk Santuni Dhuyufurrahman sebagai Petugas Haji.

Setiba di K.Jaya, semua berkumpul, Isteri, Ketiga2 anakku, Mak, Abah, Mak n Ayah Mertua, Adik Beradik n Ipar Duai, Makde, Mak Long, Pak Long. Tq atas support semua.

Dalam hati bercampur-campur baur, ada Sedih meninggalkan family terutamamya anak2 yg Mungkin kurang mengerti, rasa gerun n gusar untuk ke Tanah Suci, maklumlah kita hanya Hamba yg jahil mau menghadap n menyahut Panggilan Seruan Allah, Rasa Kerdil kerana kita terlalu banyak dosa, Rasa Cuak kerana mahu bertugas pada skop kerja yg saya tidak pernah buat, Rasa Bersemangat untuk menyantuni Dhuyufurrahman Para Tetamu Allah.

Namun, saya cukup bersyukur kerana terpilih untuk Menyahut Panggilan Seruan Allah untuk mengerjakan Ibadah Haji dan Umrah bagi tahun 1435 Hijrah, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment