Tanggal 12 February 2016 genap Setahun Arwahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia. Beliau antara tokoh yg aku sanjungi selain dsai.
Nama Tok Guru cukup Harum malahan dihormati n disegani oleh majority rakyat Malaysia baik Muslim dan non Muslim, teman politik atau lawan.
22 tahun memegang amanah sebagai MB Kelantan, aku bukan Org Kelantan, tapi aku bangga punya Pemimpin spt beliau.
Jika sebut namanya, apa yg terbayang dlm fikiran kita? Pasti nya raut wajah bersih, tersenyum, simple, Zuhud, Berilmu, Tegas dalam keputusan kepimpinan n Berkarisma.
Walaupun pelbagai cabaran, tekanan, tohmahan, cercaan, sindiran yg beliau terima semasa mengetuai Kerajaan Pas Kelantan, beliau tetap konsisten dlm urusradbirannya.
Aduhai Tok Guru, kami rindu akan susuk Tubuh mu, kami rindu akan bait tutur kata ilmu mu, kami
Rindu dgn lontaran kritikan n pandangan mu, kami rindu akan suara vocal serak basah mu.
Menjadi MB pasti menjanjikan Kedudukan n kemewahan, tapi Tok Guru Kekal Zuhud Org nya. Rasanya ketua jkkk kat Felda Kemasul lagi 'berada' dr Tok Guru, apatah lagi adun n Ahli Parlimen lain.
Moga akan Lahir lagi ketua persis Tok Guru, tapi sayang aku tidak nampak lagi pengganti nya.
Moga Tok Guru n kami Semua bersama Golongan Beriman di Akhirat kelak, Ameen.
Al Fatihah.
No comments:
Post a Comment