Hari ini aku mendapat 2 perkhabaran yg menyentuh rasa. Pertama kisah kemalangan seorang sahabat n kisah kedua berkaitan berita seorang sahabat yg ditamatkan perkhidmatan kerja.
Kisah 1 : Kemalangan sahabat lama.
Aku mendapat khabar, sahabat sekampung, sebaya, sama sekolah, pernah sekelas, yg aku dipanggil 'pejal' mengalami kemalangan di kuala lipis. Keadaannya kritikal dan masih belum sedarkan diri di icu hospital temerloh.
Berdasarkan gambar yg dikirim teman2 lain, MasyaAllah, agak teruk kemalangannya dan ada kecerderaan pada paru2.
Sahabatku 'pejal', berat sungguh ujianmu, aku hanya mampu doakan moga kau cepat sedar, sembuh n dapat jalani kehidupan seperti biasa. Rasanya lebih 10 tahun kita tak pernah berjumpa n berborak. Tak banyak kenangan bersama kau yg aku ingat, cuma bila sebut nama kau, secara automatic aku terbayang moto vespa kau.
Buat sahabatku pejal n seluruh ahli keluargamu, bersabar, kuatkan semangat n mohon pada Allah utk keselamatan, kesihatan.
Kuatkan Semangatmu Sahabat.
Kisah 2 : Penamatan Kerja Sahabat.
Aku mendapat khabar, seorang sahabat yg boleh dipanggil 'R' telah menerima surat penamatan@ pemberhentian kerja.
Ya Allah, beratnya ujianmu sahabat. Walaupun aku tak tau 'siapa majikanmu', khabarnya sebuah syarikat yg agak "gah", pastinya ujian penamatan kerja cukup memeritkan, memeranjatkan, namun inilah hakikatnya. Dalam suasana ekonomi tidak menentu, penamatan kerja adalah satu 'malapetaka dunia' yg amat digeruni oleh mana2 org yg berstatus 'makan gaji'.
Tak pula aku tahu asbab sahabatku diberikan 'notice' tersebut, sama ada ada ada masalah integrity, moral, performance, competency, conspiracy atau seumpamanya. Jika asbab kerana kesilapanmu sahabat, muhasabah kan diri, berusaha perbaiki.
Namun, jika asbabnya unsur yg kau tidak ngerti, diluar kawalan diri, atau dirimu 'dibenci', mengadulah pada Yang Maha Kuasa, kerana Allah mengetahui atas segalanya.
Berat mata memandang, pasti lebih berat bahumu menanggung nya. Cukup getir ujianmu sahabat. Walau kita bukanlah begitu akrab, namun aku cukup rasa simpati.
Rejeki ini milik Allah. Semua Allah yg punya. Usah terlalu mikirin akan perihal 'periuk' dan 'pasir'. Hidup mesti diteruskan utk keluarga n waris. Doaku agar kau tabah dgn ujian ini, mungkin ujian ini medan utk Allah mau 'meningkatkan darjatmu' sahabat.
Selamat Maju Jaya Sahabat.
semoga sahabat2mu itu tabah & terus bersabar dgn ujian allah.. doa terus berdoa insha allah dipermudahkan urusan mereka.
ReplyDeletesemoga sahabat2mu itu tabah & terus bersabar dgn ujian allah.. doa terus berdoa insha allah dipermudahkan urusan mereka.
ReplyDelete