Friday, 29 December 2017

Hujung 2017

Pantas sungguh masa berlalu, benarlah kata Agamawan, di akhir zaman, manusia berasa masa terlalu pantas berlalu. Sedar2 sudah masuk penghujung tahun 2017.

Awal bulan Disember @ 5hb, 2 orang anak terunaku berkhatan/bersunat. Asyraff Syazwan @ 10 tahun & Darwish Iman @ 8 tahun berkhatan di Klinik Dahlia, BB Selayang ditemani aku, isteri, anak bongsu kami Alya n mertua.

Lepas daftar, tunggu dalam 15 minit, nama anak kedua ku, Darwish dipanggil, dengan muka slumber Darwish yang dah sedia berkain pelekat hitam masuk bilik doctor. Doctor nye doc lelaki berkepala botak dan 2 pembantu perempuan. Darwish disuruh bukak kain dan baring atas katil, aku bertindak mcm pakar motivasi kat sebelah bagi semangat la kononnya, sebenarnya aku pun cuak jugak hehehehhe.

Doctor mula pegang2 n belek2 bebird Darwish sambil berbual. Bila doc mula cucuk bius, bagai tindakan reflect Darwish menjerit Hahahha, aku pun berperanan sbg penenang persis pakar motivasi hahahha. Doctor gunakan teknik 'laser' untuk potong 'kulit hujung' , aku jeling2 tengok jer. Habis dikerjakan hujung kulit, dijahit nya pula.... mengalir air mata Darwish, pedih agaknya. Habis selesai ada sesi photo dengan doctor hehehehe.

Selesai angah Darwish, nama along Asyraff pula dipanggil, dengan berkain pelekat oren, along masuk bilik dengan muka cemek dan cuak hehehhe. Aku pun bertindak sebagai pakar penenang lagi sekali. Proses "potong" sama mcm angah Darwish, cuma yang best, jeritan along lebih kuat dari angah hahahaha. Sesi photo ngan doctor pun buat muka seposen hehehhe.

Selesai amik ubat sapu n tahan sakit, kami pun balik. Menuju ke kereta, seorang lelaki tua yang aku tak kenal menyapa anak2 aku, dia boleh kata " jap lagi ubat bius habis, baru korang tau sakitnya" .... adoiiii orang tua nie, patutnya bagi la semangat n tahniah kat budak2, umur jer banyak tapi pendek akal. Dalam keter, dua2 dah mengaduh sakit hehehhee.

Sampai rumah, aku n wife siapkan tempat tidur kat tingkat bawah jer, depan tv. Ikat kain kat bucu kerusi hehehhee. Menu depa berdua, sup ikan haruan, aku n wife bagi service 5* , makan pun suap. Seminggu kami paksa bg makan sup haruan hahaha, sampai depa kata tak lalu dah.

Hari ke 5 lepas berkhatan, aku kena outstation kat Muadzam Shah, seminggu. Umi dia orang la jaga n layan 2 orang yang tengah berpantang. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. Dah besar anak2 ayah.

Bulan December juga adalah bulan mak ayah sibuk dengan persediaaan kelengkapan sekolah, beli pakaian sekolah n buku2. Demam poket jugak dibuatnye, inikan tanggungjawab mak ayah dan pelaburan untuk anak2. Moga anak2 ayah belajar dengan baik dan menjadi bijak berjaya dunia akhirat.

Bulan December nie, kami bercuti ke selatan @ melaka dan negeri 9 jer. Balik ke rumah kami di Paya Rumput. Activity kemas rumah, cangkul n tebas semak. Sakit2 badan jugak hehehhe. Sempat bawak anak2 tido semalam kat PD, boleh la mandi pantai n swimming pool, bagi bebudak happy masa cuti.

Bulan December nie juga ada seorang Boss Besar yang bersara @ Dato' Radin Rosli, Plantation Director. 16 tahun beliau menabur jasa bakti kepada company. Seorang Boss yang professional, berilmu, berpengalaman, stylo. Walaupun kerja aku sebagai auditor, ada masa dan ketikanya, audit findings yang kami jadikan ML "kurang disenangi" oleh beliau, tapi sebagai subordinate @ kasta bawahan spt aku tetap hormat dengan justifikasi pengurusan. Jujurnya aku memang hormati beliau yang cukup well-known dalam dunia plantation @ OP. Aku doakan moga segala jasa bakti beliau diterima sebagai amal Ibadah dan memperoleh ganjaran Pahala oleh Allah. Moga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan tenang sepanjang kehidupan. Selamat Bersara Dato'.

Tinggal hanya berbaki beberapa hari sahaja tahun 2017, biasanya orang akan cerita azam tahun baru, azam aku tak perlu la aku nak kongsi dengan semua orang hehehhe. Moga2 tahun masihi 2018 menjanjikan lebih kebaikan, kesejahteraan buat aku sekeluarga, Inn Shaa Allah. Yang pasti umur makin meningkat, adakah amal kita seiring dengan bertambahnya usia. Ya Allah rahmatilah kehidupan kami sekeluarga dengan KeredoanMu, Ameen.

Sunday, 3 December 2017

Balik Kampung

Memang menjadi kebiasaan, setiap bulan aku, wife dan anak2 akan balik kampung di Felda Kemasul.

Hujung minggu nie kami balik kampung lagi, selepas 2 minggu Mak Abah balik dari Umrah. Mak Abah semangat cerita pengalaman Umrah mereka, ada cerita serious, cerita pengajaran dan tak kurang juga cerita kelakar. Antara pengajaran yang aku dapat simpulkan:-
1. Umrah/Haji memerlukan kekuatan fizikal.
2. Doa mohon bantuan Allah, Inn Shaa Allah dipermudahkan.
3. Berbuat baik pada semua orang, termasuk org yang tidak suka kita.
4. Amalan sedekah.

Pada usia mak abah, mereka mampu panjat bukit untuk mendaki dan sampai ke Gua Hira'. Kagum. Namun, pasti ada juga ujian n dugaan, Alhamdulilah, selepas Mak Abah menunaikan Haji 5 tahun lepas, Allah jemput sekali lagi untuk mereka menjejak kaki dan beribadah di Tanah Suci.

Setiap kali balik kampung, aku akan jadi "labour" kat kebun sawit kami. Kali nie aku n Abah buat kerja manuring @ membaja kat kebun kat kampung chemomoi n kemasul. Kami angkut baja guna motor jer, aku naik moto warisan kami Honda C70 dan abah bawak Kriss hehehe. Habis membaja aku menebas, melecet jugak tapak tangan hahahah, adat anak kampung mcm aku.

Yang best, ada jugak gang n member2 kata sombong sebab balik kampung tak keluar2 rumah, aku senyum jer la, itu hak masing2 yang ada mulut. Asalkan aku n family tau dan faham.

Bila malam, kebiasaannya aku akan jemaah kat Masjid Felda Kemasul. Zaman skrg tak macam dulu, zaman dulu Maghrib n Isya' anak2 muda akan ramai berjemaah di Masjid. kini majority jemaah adalah seusia Abah jer, itupun muka2 yang biasa. Mana Pemuda n Belia ???? aku cuba bersangka baik, mereka ada kelas mengaji kot, sorry bro2 , aku gurau jer, jangan amik haty yer hehehe.

Antara maghrib n Isya', ada tazkirah oleh Ustaz Hamid, habis tazkirah aku baru perasan ada sahabat lama, satu kelas masa Form 4 & 5. Aku pergi ke arahnye untuk bersalam, lama x jumpa. Segan pun ada khabarnya sudah menjadi "Bos Besar" di Bandar Metropolitan, aku sekadar biasa2 jer. Kami agak rapat masa zaman Sekolah, tapi bila berjumpa kami tidak "semesra" dulu, agaknya sebab Ustazah pernah pesan jangan borak kosong dalam masjid, kami sampai tak borak HAHAHA. Apa2 pun, aku doakan Sahabat ku terus success selalu. Sebelum blah, kami sempat bersalam, dia melangkah ke kereta jenama jepun, aku ke moto juga jenama jepun cuma moto Honda C70 hehehe, jangan amik haty Bos,  saya gurau, lama tak gurau dengan ko.

Apa2 pun, biar siapa pun kita, sesibuk mana pun kita, family kat kampung jangan lupa, ziarah2 selalu.