Memang menjadi kebiasaan, setiap bulan aku, wife dan anak2 akan balik kampung di Felda Kemasul.
Hujung minggu nie kami balik kampung lagi, selepas 2 minggu Mak Abah balik dari Umrah. Mak Abah semangat cerita pengalaman Umrah mereka, ada cerita serious, cerita pengajaran dan tak kurang juga cerita kelakar. Antara pengajaran yang aku dapat simpulkan:-
1. Umrah/Haji memerlukan kekuatan fizikal.
2. Doa mohon bantuan Allah, Inn Shaa Allah dipermudahkan.
3. Berbuat baik pada semua orang, termasuk org yang tidak suka kita.
4. Amalan sedekah.
Pada usia mak abah, mereka mampu panjat bukit untuk mendaki dan sampai ke Gua Hira'. Kagum. Namun, pasti ada juga ujian n dugaan, Alhamdulilah, selepas Mak Abah menunaikan Haji 5 tahun lepas, Allah jemput sekali lagi untuk mereka menjejak kaki dan beribadah di Tanah Suci.
Setiap kali balik kampung, aku akan jadi "labour" kat kebun sawit kami. Kali nie aku n Abah buat kerja manuring @ membaja kat kebun kat kampung chemomoi n kemasul. Kami angkut baja guna motor jer, aku naik moto warisan kami Honda C70 dan abah bawak Kriss hehehe. Habis membaja aku menebas, melecet jugak tapak tangan hahahah, adat anak kampung mcm aku.
Yang best, ada jugak gang n member2 kata sombong sebab balik kampung tak keluar2 rumah, aku senyum jer la, itu hak masing2 yang ada mulut. Asalkan aku n family tau dan faham.
Bila malam, kebiasaannya aku akan jemaah kat Masjid Felda Kemasul. Zaman skrg tak macam dulu, zaman dulu Maghrib n Isya' anak2 muda akan ramai berjemaah di Masjid. kini majority jemaah adalah seusia Abah jer, itupun muka2 yang biasa. Mana Pemuda n Belia ???? aku cuba bersangka baik, mereka ada kelas mengaji kot, sorry bro2 , aku gurau jer, jangan amik haty yer hehehe.
Antara maghrib n Isya', ada tazkirah oleh Ustaz Hamid, habis tazkirah aku baru perasan ada sahabat lama, satu kelas masa Form 4 & 5. Aku pergi ke arahnye untuk bersalam, lama x jumpa. Segan pun ada khabarnya sudah menjadi "Bos Besar" di Bandar Metropolitan, aku sekadar biasa2 jer. Kami agak rapat masa zaman Sekolah, tapi bila berjumpa kami tidak "semesra" dulu, agaknya sebab Ustazah pernah pesan jangan borak kosong dalam masjid, kami sampai tak borak HAHAHA. Apa2 pun, aku doakan Sahabat ku terus success selalu. Sebelum blah, kami sempat bersalam, dia melangkah ke kereta jenama jepun, aku ke moto juga jenama jepun cuma moto Honda C70 hehehe, jangan amik haty Bos, saya gurau, lama tak gurau dengan ko.
Apa2 pun, biar siapa pun kita, sesibuk mana pun kita, family kat kampung jangan lupa, ziarah2 selalu.
No comments:
Post a Comment