Thursday, 30 November 2017

Mana Benar

Agak lama aku tidak nukilkan luah rasa dalam blog kerana agak sibuk kebelakangan ini.
Aku cukup tertarik bila melihat berita, membaca di media cetak maupun tulisan di web media masa termasuk di FB. Apa yang menariknya, kerja keras jentera semua parti politik "turun padang" untuk "bekerja" hingga ceruk desa bertemu "pemangkah undi". Ini tandanya bahang PRU makin terasa "habanya".
Semua media sama ada arus perdana atau arus yang "bertentangan" memberi gambaran yang berpihak kepada "kem tertentu". Maksudnya ulasan media kem A hanya menonjolkan kebaikan kem A, begitu juga sebaliknya paparan media kem yang lain.
Alangkah bagusnya media menjadi independent @ bebas membuat liputan, ulasan, paparan, gambaran dan kesimpulan untuk menjadikan marhaein "pemangkah undi" membuat analisa dan "pilihan" yang bijak dan tepat.
Namun ianya tidak berlaku atau separa independent. Ada "pemangkah undi" yang terlalu fanatik dan totok kepada media tertentu sahaja hingga tidak memperoleh info yang lebih tepat dan benar hingga membawa kepada "undian" yang tidak sepatutnya masa PRU.
Namun, yang menjadi konflik nya, adakah berita dan maklumat yang disampaikan benar dan bukan "fitnah" serta "propaganda omongan kosong" ?
Sukar untuk kebanyakan rakyat biasa membuat tafsiran mana berita benar mana sebaliknya.
Jika disingkap sejarah lampau, kesedaran mahu melepaskan diri dari penjajahan bagi memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu antara nya adalah melalui tulisan pemikir melayu di akhbar hingga meniup menaik semangat anak watan utuk berani menuntut hak kemerdekaan. Inilah jasa pemikir melayu dan wartawan melayu di zaman itu. Tulisan mereka dalam nada benar yang memberi sentuhan dan sindiran jujur. Akhirnya semua rakyat bangkit menuntut hak untuk merdeka.
Apa yang aku maksudkan, jika berita yang di paparkan mempunyai elements "berkata benar walau pahit sekalipun" ianya akan melahirkan masyarakat yang mampu berfikir, menganalisa, mentaakul yang akhirnya bijak dan matang dalam proses pembuatan keputusan "memberi undi" untuk "melantik" khalifah negara yang terbaik, berkebolehan dan berkelayakan.
Akhirnya apa yang aku harapkan di saat semua jentera bekerja keras:-
1. Pengamal media harus membuat laporan yang benar serta ulasan yang bijak dan bebas.
2. Elakkan berita dan liputan fitnah dan bohong.
3. Usah terlalu terikat membuat program untuk golongan sasar tertentu sahaja, contoh program YB Umno turun padang untuk umno sahaja, YB parti lain juga begitu. Golongan sasar harus menyeluruh untuk menarik minat dan sasaran pengundi baru.
4. Menilai kualiti pimpinan kecil di kampung n desa, ada pimpinan yang sudah tidak relevan, ada juga pimpinan muda yang tidak competence. Saluran maklumat dari pimpinan kecil ini ada ketika nya kurang tepat kepada pucuk pimpinan di atas.
5. Moga2, proses "turun padang" ini dibuktikan dengan KPI dan janji2 manifestos yang lepas untuk rakyat menilai mana intan, mana kaca.

Saya bukan ahli politik, sekadar pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan. Ampun Maaf atas ulasan yang banyak cacat cela ini.

No comments:

Post a Comment