Hari semalam semua "tertongok" depan tv sejak jam 3.30 pm nak tonton n dengar pembentangan Bajet 2018 oleh PM "Tercinta". Dapatlah kita tgk live dari Parlimen Malaysia.
PM dgn segak berbaju melayu biru pun mulakan ucapan pembentangan. Sambil membentang, tangan memegang kain kecil mengesat bibir beberapa kali, meneguk air juga beberapa kali, panjang juga pembentangan sambil berdiri, mau lenguh juga kaki.
Sambil berucap membentang bajet, PM "kesayangan" kita juga sesekali "bergurau", "seloroh", perli pihak lawan.... hehehhe, pandai juga mencari "punchline" bahan sindiran.
Yang memeriah suasana nya, bila PM umumkan sesuatu, kelompok yg menyokong akan menjerit "yeeeaaaa" sambil tangan menepuk meja. Manakala kelompok "bertentangan" akan memberi reaksi sebaliknya, maka spontan berlaku "acara" suara sahut-menyahut antara kedua2 kelompok....Hehehe. macam budak2 pun ada.
Terkenang zaman aku sekolah menengah dulu, aku ada ambil subject Ekonomi kat SMKC. Cikgu Rosdin memang pesan suruh dengar pembentangan bajet. Masa itu ianya dibentang oleh Menteri Kewangan DSAI. Persisnya sama bergaya dengan lengkap berbaju melayu. Apa yang aku tak boleh lupa, Menteri Kewangan DSAI pada masa itu turut akan menggunakan "perkataan dan ayat" yang "canggih" dan aku pasti akan cari maksudnya dalam kamus DBP. Aku cuba gunakan perkataan itu dalam karangan BM. Lagi satu, beliau akan membentang bajet menggunakan bahasa "baku" dengan nada vokal seakan pidato. Aku sangat tertarik dengan cara itu dan aku cuba meniru nya.
Dua hari sebelum PM Tercinta bentangkan Bajet 2018, Barisan PH juga mewarwarkan Bajet mereka. Aku tidak berminat untuk ulas n bandingkan kedua2 Bajet ini buat masa sekarang.
Yang menarik minat aku adalah bila melihat tiba2 muncul ramai Pakar Ekonomi dan professor's di alam Maya yg memberi ulasan kpd Bajet 2018. Ada yg kata ini Bajet Pilihanraya, Bajet Panadol, Bajet Ketom n banyk lagi. Namun ada juga yang menyokong, memuji n membodek hehehe. Biar apapun pandangan mereka, ianya harus realistic, boleh dicapaì.
Semua harus bertanggungjawab dlm memberi ulasan di media sosial disamping juga perlu punya ilmu sebelum membuat ulasan menyokong atau mengkritik. Bukan secara semberono tanpa analisa konkrit dan realistic.
PM Tercinta menyatakan Bajet 2018 adalah "Ibu" segala Bajet. Lain mcm jer bunyinye hehehe. Apa maknanya...
Cuma nk tanya, ada tak proses pemantauan dan review Bajet tahun sebelumnya. Perlu juga proses penetapan KPI melalui analisa prestasi sebenar berbanding Bajet tahun2 sebelumnya sebagai tanda aras prestasi berbanding Bajet yg telah diluluskan. Bahasa mudahnya, bajet yg dibentang harus diterjemahkan dgn tindakan dan bukan hanya sekadar kata2 dan perlu dinilai kembali.
Akhirnya, ayuh kita memberi kepercayaan kpd pemerintah untuk mengotakan Bajet mereka. Buat Kelompok Pembentang, jalankan amanah ini dgn telus n berintegriti serta mengotakan janji sepertimana intipati yg dibentangkan.
Bajet dibentang adalah tanggungjawab bekerja untuk "Ditepati".... bukan sekadar penyedap hati.
No comments:
Post a Comment