Hari ini ramai yang demam, ada yang demam Biru Tua, ada jugak yang demam Biru Muda, ada juga yang demam Hijau. Walaupun demam, mereka nampak bersemangat mengiring "wakil" untuk mengadap Pihak Berkuasa Pemilih yang khabarnya cukup bebas, telus, adil, saksama, bijaksanasini dan berintegriti.
Demam ini bukan hanya pada bendera, sepaduk, baju.. tapi ianya bawak ke hati, maknanya hati menjadi Biru Tua atau Biru Muda atau Hijau. Parah demam nye ini... mau suhu badan lebih 40°C. Lambat makan ubat, mau putus urat kat kepala jadi bengong sepanjang hayat.
Kebiasaannya bila demam, kita jumpa doctor, namun, demam yang ini mereka sendiri yang jadi doctor pakar, sendiri rawat, cari ubat. Itu yang tersalah makan ubat gegat, sekali lagi boleh bengong sepanjang hayat.
Walaupun demam, tapi mampu berarak, menyanyi, melolong, berdoa. Bukan demam fizikal tapi ini demam emosi, demam dalaman.
Demam ini demam bermusim, 5 tahun sekali demamnya. Ada yang semangat mencari penawar, mencari pelincir, mencari kuasa, mencari sara, mencari kroni. Namun, kekadang seperti itik pulang petang, mengekor tanpa tahu mana arah tuju.
Demam ini bukan hanya semasa berarak, ia terbawa sampai ke keyboard menaip meroyan, sembang jalanan, kedai mamak, masjid, pejabat dan segenap penjuru Malaya. Demam ini, mulut menjadi laser, masing2 buka hujah, kitab, buku rujukan, dan lebih parah, sembang kencang tapi tak tau apa yang dihujahkan.
Musim demam ini juga, ramai persis rasa diri Maksum, menghukum dengan mulut dan hati dengan nista caci, seolah Pahala dan Dosa di tangan mereka.
Musim demam ini, musim tabur janji, gunung pun boleh ditukar berlian, janji seperti ahli silap mata, awas janji demam janji ini selalunya kencing berlari sambil menari.
Demam ini, demam menonjol diri, demam meloby, mana tau, calon menang jadi YB, ada yg boleh jadi kroni.
Demam ini juga, YB sanggup mati demi pengundi, langkah seperti laksamana gagah menghunus senjata, pantang jumpa, terus bersalam, bibir manis ukir senyum melirik dibuat2, naik moto kapcai keliling kampung, tunjuk humbled sopan pijak semut pun semut ketawa. Bila menang nanti, selisih pun belum tentu nampak muka, bertingkat2 tapisan S/u & bodyguard keliling.
Musim ini, semua pimpinan setempat..... bukan main mengekor calon. Kalu boleh calon nak berak pun nak cebokkan, bodek punya pasal hehehhe. Waktu nie baru nampak buat kerja.... tapi ada makna.... untung2 ada habuan.
Musim demam ini, kita harus matured, kita raikan perbezaan, kita hormati setiap pendirian, dalam amalan demokrasi, semua punya hak sama rata, setiap pengundi berdaftar punya kuasa memangkah, jangan salah pangkah, nant dapat tahi ( movie p.ramlee). Usah kelahi, berbalah, mencaci, memaki, berkempenlah secara hikmah, bijaksanasini, seolah sengaja kumpul.dosa free.
Masa musim demam ini juga, janganlah lagak seperti Mufti, fatwa di bibir n celah gigi, melabel musuh politik n penentang seolah neraka dialah pemegang kunci. Berhujahlah dengan mata hati, huraikan dengan berkesan dan contoh agamawan sejati.
Musim ini juga, lidah perlu dijaga, tak takut dosa pahala ke ? Tak takut neraka ke ?. Gunakan ruang ini memberi offer pada manifesto yang dijanji. Ingat lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Cuba malu sikit kat lembu kalu rasa nak khianati manifesto sendiri.
Buat pihak yang Berkuasa, jalankan amanah dengan sebaiknya dengan adil, saksama dan telus. Ingat2 ada Pencatat amalan di sebelah kanan dan kiri. Kalu buruk tingkahmu, sebelah kirimu memberat, jika baik tugasanmu, amalan sebelah kanan tercatit. Tepuk dada, tanya hati .
Buat pemangkah yang telah berdaftar, ayuhhh turun pada hari pengundian, kalu boleh peratus undi 100%. Buatlah pilihan yang terbaik, buat analisa baik buruk, Ingat!!!!! 1 undi anda penentu kepimpinan dan masa depan negara.
Buat Calon2, bukan tittle YB @ Yang Berhormat @ MP @ Adun yang harus dikejar. Tapi amanah sebagai hamba untuk menjadi Yang Bekerja @ Yang Berkhidmat @ Yang Bijaksana @ Yang Beriman. Jangan pulak lupa diri nanti jadi Yang Berdosa @ Yang Bermuka2 @ Yang Bohong.
Maaf ini sekadar luahrasa marhaien desa. Yang kita harapkan semua hormati sistem demokrasi, semua yang bertanding berkempen secara aman, yang mengundi bijak membuat pilihan, yang bertugas melaksanakan tanggungjawab secara amanah. Akhirnya kita hormati keputusan majoriti dan kita angkat pimpinan negara yang punya kompetentsi, berdidikasi & berintegriti.
Moga Allah melindungi Malaysia yang kita sayangi.
No comments:
Post a Comment