Detik 31 Ogos, pasti semua warga Malaysia tahu akan tarikh keramat tersebut, hari memperingati hari Kemerdekaan Malaysia @ Malaya @ Tanah Melayu.
Sudah 61 tahun berlalunya detik 31 Ogos 1957, Kita selalu dihidangkan dengan laungan vokal "MARDEKA" oleh Bapa Kemerdekaan pada tarikh tersebut, disusuli jatuhnya kibaran union jack di bumi bertuah ini.
Berkibar megahlah bendera berjalur 14 merah putih, berbintang kuning14 bilah dan bulan sabit kuning berlatar warna biru, itulah bendera kita MALAYSIA.
Banggakah kita dengan bendera ini? Kebanyakannya hanya berkibar di pejabat kerajaan dan sekolah. Premis perniagaan dan pejabat sektor swasta mungkin malu menggantung bendera pusaka ini, kenapa ?
Bila kali terakhir kita nyanyikan Lagu NEGARAKU ? Atau kita sudah lupa bait lirik dan irama lagunya!!! Kebiasaan hanya di pejabat Kerajaan dan sekolah yang bersemangat lontarkan suara nyanyikan lagu ini, sector swasta, mungkin lagu ini tidak beri makna agaknya!!!!
Kita punya RUKUN NEGARA, berapa ramai yang masih ambil tahu dan menghayatinya!!! Aduhhh, benarkah warga ini sayangkan negara mereka.....
Adakah kita kenal siapa Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap, dan ramai lagi tokoh berjiwa pejuang bangsa & negara. Mungkin pernah belajar silibus Sejarah masa sekolah, tapi akhirnya ditinggalkan sekadar tinggalan nama. Mereka bukan mahu kita melolong panggil namanya, cukup kita mengingati, menghormati & mendoakan kebaikan mereka "di alam sana".
Ini negara kita, kita Melayu ka, Cina ka, India ka, Orang Asal ka, Iban ka, Kadazan ka, Dusun ka, atau apa jua etnik keturunan, kita semua warga negara MALAYSIA, kita bersaudara, hidup di negara sama, mencari rezeki di sini, uri ditanan di negara ini, kita mahu aman, harmoni, bertoleransi, hormat-menghormati tanpa curiga dalam hati.
Ayuhhh, kita bersama untuk Malaysia, kerana Malaysia, demi Malaysia.
Moga Allah memberikan Keharmonian, Kemakmuran, Keberkatan, Keimanan, Kesuburan, Kerahmatan & Kejayaan buat MALAYSIA dan warganya.
Salam Hari Kebangsaan & Kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment