Tuesday, 1 January 2019

Aset Atau Liabiliti

Buat mereka yang punya background dalam ilmu accounting pasti sudah masak dengan 2 istilah ini. Aku tidak mahu ulas berkaitan accounting, tapi sekadar mahu bicara secara general.

Maksud mudah untuk faham, aset adalah harta manakala liabiliti adalah tanggungan. Kebanyakan orang akan terus memberi tafsiran itu, mudah dan jelas.

Cumanya aku mau tanya, berikan aku 1 aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. Mungkin akan ada yang senaraikan tanah, emas, tunai, properties, harta tetap, dan macam2 lagi. Macam mana dengan RAKYAT ?  Adakah RAKYAT merupakan Aset Negara ? Atau RAKYAT menjadi Liabiliti Negara ? Fikir2kan.

Begitu juga dalam konteks Organisasi/Syarikat/Perusahaan. Apakah Aset kepada Syarikat ? Sama juga, kita akan senaraikan tanah, bangunan, tunai, debtor's, harta tetap dan lain2. Bagaimana dengan PEKERJA ? Adakah PEKERJA merupakan Aset Syarikat ? Atau PEKERJA menjadi Liabiliti Syarikat ?

Setiap warga @ Rakyat @ Pekerja adalah Modal Insan yang cukup berharga. Soalnya adakah semua menjadi Modal Insan dan Harta, macam mana jika yang korup, tidak competent, tidak berintegriti, tidak menyumbang kepada produktiviti ? Adakah mereka ini sebenarnya BEBAN YANG TERTANGGUNG ?

Namun, adakah yang hari ini kononnya menjadi aset modal insan tetapi tiada inisiatif memberi tambah nilai, malahan prestasi makin merudum, mungkinkah golongan ini boleh tergolong menjadi Beban Yang Tertanggung ?

Begitu juga sebaliknya, mungkin Kelompok Beban Yang Tertanggung pada hari ini, namun pantas membetulkan diri, menambah ilmu, membuat koreksi, menunjukkan inisiatif, proaktif dan akhirnya memberi hasil produktif yang baik, gologan ini bisa menjadi Permata Harta Modal Insan yang cukup bernilai.

Kesimpulannya, Aset jika digunakan sebaiknya boleh menjadi harta yang cukup bernilai, namun jika disalah tadbirurus, tidak di atur stategi, tiada penambahbaikan, tiada integrity, produktiviti rendah, akhirnya aset bisa menjadi liability yang cukup membebankan. Namun, liability hari ini, jika dikawalselia, diatururus, stategi yang tersusun, akhirnya memberi pulangan menguntungkan.

Kita di mana ? Kita mahu yang mana ? Adakah kita tergolong dalam kelompok RAKYAT dan PEKERJA yang menjadi Aset atau Liabiliti ? Adakah kita selesa dengan kondusi itu ? Tepuk Dada, Tanya Akal dan Iman. Fikir2kan.

No comments:

Post a Comment