Sekitar bulan Julai 1995, masa itu aku Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi (SMKC), ada announcement semasa Perhimpunan berkaitan pertandingan Penulisan Karangan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Bentong.
Terdetik dalam hati aku, aku mau sertainya. Malam itu, aku terus mengarang, seingat aku, penulisan dikarang lebih memfokuskan pembentukan generasi baru selepas merdeka. Aku pun lupa dah apa yang aku karang, cuma yang masih lekat hanya bait kata yang aku petik dari kata2 pujangga " jika mahu lihat negara pada masa depan, lihat lah generasi mudanya hari ini " !!!!.
Esok pagi aku terus serahkan penyertaan aku, tiada harapan tinggi diletakkan, cuma sekadar mencuba mengarang. Sebulan selepas itu, aku dipanggil oleh Cikgu Maziah, pihak sekolah dapat surat daripada PPD Bentong, aku diminta hadir ke Dataran Bentong pada 31 Ogos, cuma tidak dimaklumkan aku menang tempat ke berapa !!!. Cikgu pun bagi tau, mungkin saguhati kot HAHAHA, cikgu pun tak yakin agaknye HEHEHE.
Pada 31 Ogos, kalu tak salah, Cikgu Razak bawa aku ke Bentong, hari itu ada banyak acara sempena hari kemerdekaan peringkat Daerah Bentong. Tiba giliran penyampaian hadiah pertandingan karangan kemerdekaan, dipanggil pemenang saguhati, tempat ke 3..... berdebar juga. Dipanggil pemenang tempat ke 2, tapi bukan nama aku, aduhhh, makin berdebar.... akhirnya dipanggil Khairizal Ab Karim dari SMKC sebagai Johan, Alhamdulillah.
Hadiah nye, sijil dan sampul yang berisi wang tunai RM200, WOW!!!! Besar nilainya bagi budak kampung seperti aku. Duit nya aku bagi kepada Abah.
Itu antara kenangan 31 Ogos yang manis bila dikenang. Tidak diasah lagi penulisan selepas itu, aku pun dah tak pandai mengarang lagi hehehhee. Biarlah ianya menjadi kenangan sahaja.
Salam Merdeka & Salam Maal Hijrah buat semua, moga masa2 hadapan menjanjikan kebaikan buat semua.
👍👍👍
ReplyDelete