Hari ini keputusan SPM telah diumumkan. Pasti ada yang tersenyum girang, ada yang melompat, ada yang terkinja kepuasan kerana capai keputusan yang bagus. Namun, sudah tentu ada yang meraung, menangis, berguling kerana mendapat keputusan yang mengecewakan. Terdapat juga yang seakan tiada perasaan, biasa2 aje hehehe. Selain pelajar itu sendiri, emosi juga terkesan kepada ibu bapa, keluarga, guru, sekolah dan rakan2.
Lantas aku cuba mengimbau memori 24 tahun lalu di tahun 1997 semasa keputusan SPM 1996 keluar. Tergambar wajah Arwah Abah, Mak, Cikgu2 Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi (SMKC), kawan2 terutamanya Kelas 5 Firdaus dan semua kawan lain di SMKC. Cepatnya masa berlalu... Rasa macam semuanya baru sahaja berlalu, namun hakikatnya sudah 24 tahun kenangan itu berlaku.
Malam sebelum keputusan diumum, aku tidak keruan, gelisah, takut, gentar dan bermacam rasa emosi. Mata enggan lena, kepala merewang memikir apa hasil esok hari... Baguskah ? Terukkah ? Atau biasa2 ?
Kalau track record UPSR berulang... Ahhhh aku tidak sanggup. Kalau record PMR, biasa2 ajer... Hmmm aku terus berkata dalam hati. Seksa nya menunggu esok hari, rasa nak ajer malam buta nie aku ke sekolah ambil results hahahaha.
Sekolah aku boleh tahan juga hujungnya dalam daerah Bentong, Pahang. Pagi itu, aku bertambah gentar. Takut nak ambik result. Sampai aku cakap kat Arwah Abah, Abah jer la pergi ambil. Rupanya Arwah lebih semangat. Arwah ke sekolah pagi hari, rupanya result tak sampai lagi, Cikgu belum lagi sampai dari PPD Bentong. Makin berdebar... Makin laju rasanya degup jantung. Dalam tengahari, seingat aku kawan sekelas 5F iaitu Jet, Lee, Usu & Shahidan datang rumah, depa bagi tau result aku..... Aku terkujat... Tak tau nak bagi reaksi apa... Nak happy ke... Nak kecewa ke..... Spontan keluar perkataan Alhamdulillah dari mulut aku. Tapi masih berdebar... Belum tentu betul lagi apa depa cakap... Mungkin depa salah tengok....
Aku gagahi juga ambil kunci moto Yamaha CDI hitam Ku.... Terus melucur ke SMKC yang jaraknya sekitar 7KM. Sesampai di sekolah, Aku di sapa Cikgu Sam... Dia ucap "Tahniah" ... Aduhhh..... Cikgu salah orang kot.... Aku cuba menafi dalam hati. Sampai melangkah ke Office Sekolah.
Sampai di pintu Office, aku nampak Pengetua senyum Dan ucap Tahniah.... aku ambik slip... Alhamdulillah...... Dalam kepala aku terbayang muka Abah n Mak. Aku sempat jumpa beberapa Cikgu. Tiada apa Yang mampu aku lafazkan.... Aku cuma mampu ucap TERIMA KASIH CIKGU.
Aku cepat2 balik nak bagi tau Abah Dan Mak. Tersenyum Wajah Abah Mak. TERIMA KASIH ABAH MAK.
Aku nak bagi tau, keputusan aku tak la cemerlang mana pun. Tapi Aku Bersyukur dengan keputusan yang aku dapat. Hasil yang aku tuai. Keputusan aku tidak la sehebat kawan2 lain di SMKC seperti Haryati, Nazir @ Jet dan ramai lagi. Malah jauh lebih rendah keputusan aku berbanding kawan2 lain seperti Fadzli, Yusri, Fauzi, Fazliaton, Shahron dan ramai lagi dari Sekolah yang hebat MRSM, Sek Sains, Teknik, Semak Bakti dan lain2.
Masa itu, sekolah adakan majlis meraikan kami. Terima Kasih SMKC, Cikgu2 SMKC, Kawan2 5F, kawan2 SMKC, Masyarakat Felda Kemasul n Chemomoi. Sudah tentu, penghargaan tertinggi buat Arwah Abahku Hj Ab Karim Ahmad n Mak Hjh Rukiah Ishak. Al Fatihah buat Abah.
Berbekalkan result SPM, aku dapat tawaran ke UTM Skudai dalam jurusan Mgmt Accounting. Alhamdulillah... Tidakla sehebat teman2 lain.
Maaf jika nukilan ini keterlaluan. Bukan untuk membongak.... Sekadar berkongsi rasa, mengimbau memori lama.... Bila terkenang buat aku senyum sendiri, sedih dan rindu kenangan lama.
Biar siapa Kita hari ini.... Kita semua sama sahaja... Aku rindu memori dulu2.......