Sunday, 20 June 2021

Abah

Aku melihat di media sosial, hari ini majoriti menzahirkan Hari Bapa tanda penghargaan kepada bapa masing2. Rasa cemburu terdetik di hati, Abah sudah tiada lagi di dunia ini.

Lantas aku terkenang Arwah Abah, orang nya sederhana, penyayang, kuat semangat dan kuat pegangan agama. Seorang Peneroka Felda yang berkelana membawa diri mencuba nasib dari Negeri Jelapang Padi di Utara berhijrah ke Selatan Perak dan akhirnya melebar tapak di Felda Kemasul, Triang, Pahang.

Entah mengapa aku seakan kelu untuk mencoret kisah berkaitan Abah. Abah insan terbaik yang Allah anugerahkan kepada kami sekeluarga. Terasa terlalu awal Abah pergi tanpa aku sempat berbakti, namun kami redha ketentuan Ilahi.

Tidak terhitung memori indah bersama Abah, biarla ianya tersemat dan terpasak di dalam hati. Setiap doaku, moga Arwah Abah Hj Ab Karim bin Hj Ahmad ditempatkan bersama Orang Beriman dan semua Kami keturunannya bersama di Syurga.

Abah bukan sahaja Bapa Dan Ketua Keluarga Kami. Tapi Abah adalah Idola, Penyelamat & Hero Kami. 

Abah Sentiasa Ada Bersama Kami.

Al Fatihah. 



No comments:

Post a Comment