Saturday, 11 September 2021

Memori Anak Felda : Ronda - Ronda

Jika kita pergi ke mana-mana Tanah Rancangan Felda, pasti kita dapat lihat anak bawah umur menunggang dan membonceng motorsikal. Ini bukan perkara baru, malahan zaman aku bersekolah rendah dan menengah pada tahun 90an, perkara ini sudah menjadi kebiasaan kami anak Felda.

Aku sendiri sudah mula pandai menunggang motorsikal pada usia 12 tahun @ Darjah 6. Masa itu, Arwah Abah pakai motor Honda Cup Lampu Petak C70. Walaupun 2 kaki tak sampai jejak tanah, kami anak2 Felda ada skill menunggang sejak usia di bawah umur hehehe. Dari sudut perundangan, ya aku akui salah, tapi kami dulu tak ambil kisah pada masa itu. 

Waktu petang mulai jam 5 petang, sudah menjadi kebiasaan budaya "Ronda2" di dalam Tanah Rancangan Felda. "Ronda2" ini maksudnya sekumpulan anak2 Felda bermotorsikal pusing2 di dalam kawasan Tanah Rancangan.

Ada banyak group dan geng ronda2. Ada group kelas, group blok, group lelaki, group perempuan, group cikaro, group rokok, group muka tak siap, group motor 100 Sport, group 
SS, RXS, RXZ, RG, RGV, Suzuki Best,  group minyak 2T,  group asap wangi, group exzos bising, dan banyak lagi. 

Sekali ronda ada yang sampai berpuluh motorcycle. Mariah kan... Kalu jenis exzos bising mau bingit telinga, kalu group motor asap banyak, dah macam fogging nyamuk hahahaha.

Setiap group ada port masing2, biasanya kat simpang jalan la. Berkumpul ramai2. Inilah culture kami anak2 Felda dulu2. Aku yakin, sekarang pun tradisi budaya ini dipusakai kepada Generasi baru adik2 junior HAHAHA.

Tapi, ada juga yang tiada group dan gang. Lone ranger ronda2 dan pusing2 sendiri. Aku dulu selalu ronda ngan Shahidan (Sekarang dah jadi Guru Cemerlang) dan Azlan ( Sekarang Bos Besar di Yayasan Mara). Shahidan dan Lan bawa moto Yamaha CDI. Arwah Abah dulu ada banyak motor, Honda Petak C70, Yamaha CDI, Kriss 110 & EX5. Kadang2 berebut ngan adik2 Aku, sebab masing2 ada group untuk ronda.

Itulah antara hiburan kami di zaman itu. Isi minyak kat kedai guna petrol dalam botol memang legend. Duit belanja sekolah simpan untuk isi petrol. Kadang2 duit upah kutip biji lerai/relai dan getah sekerap simpan untuk isi minyak petrol sebab nak ronda2 hahahaha.

Indahnya memori dulu2 di Tanah Rancangan Felda, kisah ronda2. 






Thursday, 9 September 2021

Getah Sekerap & Sawit

Getah Sekerap & Biji Lerai 

Hari ini aku terkenang memori getah sekerap dan biji lerai. Sebagai anak Felda dan anak kampung, getah sekerap dan biji lerai sawit bukan asing buat aku.

Rasanya sudah puluhan tahun aku tidak pegang sekerap. Rindu pulak akan kepekatan baunya. Dulu masa zaman sekolah, setiap kali weekend, Arwah Abah akan mintak aku bantu kutip sekerap di kebun kami di Kampung Chemomoi. Bau sekerap nie melekat kat tangan susah mau hilang. Sental dengan asam belimbing la, macam macam jenis asam, bau sekerap tetap ada. Esoknya ke sekolah bau sekerap masih ada hehehehe. 

Bila masa tuai sawit pulak, Arwah Abah juga minta Aku bantu di kebun kami di Felda Kemasul. Aku nie badan kecik je, setandan sawit ada yang boleh cecah 20+Kg. Kepadatan berat dengan nature sawit yang berduri, perlu kan skill mengangkat dan letak dibahu untuk dikumpul di platform. Bayangkan kalu sawit yang lot berbukit, buah yang dituai akan bergolek ke paya, kita perlu pikul untuk letak di platform. Nak tercirit memikulnya hahahaha.

Biji lerai sawit di pangkal pokok perlu dikutip untuk kurangkan kita rugi berat dan perahan minyak. Nak kutip, Kita kena mencangkung dan terbongkok-bongkok. Rasa nak tercabut pinggang hehehehe.

Sungguhpun, dari kecil aku sering ke kebun getah dan sawit, Aku masih gagal untuk capai skill menoreh getah @ tapping dan kait sawit @ harvesting. Ini memang perlu kan skill tertentu. Sebab itu, kerja aku kutip sekerap, angkut buah n kitup biji lerai sahaja.

Bila teringat, rindu suasana dulu-dulu. Terima Kasih buat Arwah Abah dan Mak atas pengalaman, pengajaran dan asuhan. Dalam darah ini mengalir hasil sekerap dan sawit. 

Aku budak sekerap dan sawit.