Thursday, 9 September 2021

Getah Sekerap & Sawit

Getah Sekerap & Biji Lerai 

Hari ini aku terkenang memori getah sekerap dan biji lerai. Sebagai anak Felda dan anak kampung, getah sekerap dan biji lerai sawit bukan asing buat aku.

Rasanya sudah puluhan tahun aku tidak pegang sekerap. Rindu pulak akan kepekatan baunya. Dulu masa zaman sekolah, setiap kali weekend, Arwah Abah akan mintak aku bantu kutip sekerap di kebun kami di Kampung Chemomoi. Bau sekerap nie melekat kat tangan susah mau hilang. Sental dengan asam belimbing la, macam macam jenis asam, bau sekerap tetap ada. Esoknya ke sekolah bau sekerap masih ada hehehehe. 

Bila masa tuai sawit pulak, Arwah Abah juga minta Aku bantu di kebun kami di Felda Kemasul. Aku nie badan kecik je, setandan sawit ada yang boleh cecah 20+Kg. Kepadatan berat dengan nature sawit yang berduri, perlu kan skill mengangkat dan letak dibahu untuk dikumpul di platform. Bayangkan kalu sawit yang lot berbukit, buah yang dituai akan bergolek ke paya, kita perlu pikul untuk letak di platform. Nak tercirit memikulnya hahahaha.

Biji lerai sawit di pangkal pokok perlu dikutip untuk kurangkan kita rugi berat dan perahan minyak. Nak kutip, Kita kena mencangkung dan terbongkok-bongkok. Rasa nak tercabut pinggang hehehehe.

Sungguhpun, dari kecil aku sering ke kebun getah dan sawit, Aku masih gagal untuk capai skill menoreh getah @ tapping dan kait sawit @ harvesting. Ini memang perlu kan skill tertentu. Sebab itu, kerja aku kutip sekerap, angkut buah n kitup biji lerai sahaja.

Bila teringat, rindu suasana dulu-dulu. Terima Kasih buat Arwah Abah dan Mak atas pengalaman, pengajaran dan asuhan. Dalam darah ini mengalir hasil sekerap dan sawit. 

Aku budak sekerap dan sawit.

No comments:

Post a Comment