Monday, 2 December 2024

Lencana Ku

Lencana Ini
Tidak Terfikir Asalnya
Dadaku Tersemat Lencana Ini
Namun, Rezekiku Kuat Masa Itu
Untuk Aku Berlencanakanmu.

Lencana Ini
Dua Dekad Lamanya Bersamamu
Aku Pernah Berbangga
Bangga Itu Akan Aku Bawa Bersama
Ku Bawa Pergi
Biar Bukan Lagi Dimiliki. 

Lencana Ini
Tulisanmu Karomah 
Warnamu Indah
Maknamu Hikmah
Nilaimu Khazanah. 

Lencana Ini
Mana Mungkin Aku Lupai
Mana Mungkin Aku Benci
Ia Pasti Kekal Di Hati
Ia Pasti Ku Bawa Mati. 

Lencana Ini
Kini Aku Melangkah Pergi
Moga Sirna Menanti
Kerna Cinta Dan Cita Ini
Lencana Ini Kekal Di Hati. 

Selamat Tinggal Lencanaku. 




Saturday, 11 May 2024

Dikir Barat

Dikir Barat

Malam ini ada pertandingan Dikir Barat 2024 Di RTM TV2. Rasa gian juga tengok orang berdikir.

Terkenang Memori Tahun 1995. Saya adalah Salah seorang daripada ahli Pasukan Dikir Barat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi (SMKC), Triang, Pahang. Saya sekadar Awak-Awak pendikir Yang buat "bising" Di belakang Tok Joro & Tukang Karut.

Kami perlu menempuhi proses selection yang diketuai oleh Cikgu SMKC (Cikgu Md Nor, Cikgu Mah Hussain & ramai lagi) dan En Wan ( Pegawai Felda Chemomoi) yang merupakan Tenaga Pengajar. Alhamdulillah, saya terpilih untuk menganggotai Pasukan Dikir Barat SMKC.

Tok Joro nya Bidi Dan Tukang Karutnya Jan. Pemain Gendang Wan, Gong Nanang. Saya, Usu, Suhaimi, Lee, Ijat, Oan dan ramai lagi ( tak ingat Semua Nama Yang lain), Kami semua Awak-Awak Dalam Pasukan Dikir.

Pertandingan pertama Kami wakil SMKC ke peringkat Zon/Daerah Bentong, Alhamdulillah Kami JUARA. Peringkat seterusnya kami wakil Daerah Bentong ke Pertandingan Peringkat Negeri Pahang. Kami kena berentap melawan seluruh Daerah Negeri Pahang. Saya masih ingat, pertandingan dibuat Di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis. Luar jangkaan, kami dinobat JUARA. Pasukan Kami dipilih mewakili Negeri Pahang ke peringkat KEBANGSAAN.

Selepas dinobat juara, kami Di bawa trip jelalah Kelantan, Trengganu  n Kuantan. Masa itu, itulah Kali pertama Saya jejak kaki ke Kelantan dan Terengganu. Kami ada la buat persembahan di Pantai Batu Hitam, Kuantan.

Bermulalah latihan intensif persediaan ke peringkat kebangsaan. Hampir setiap malam, kami perlu jalani latihan di Dewan Chemomoi atau rumah En Wan. Saya masih ingat, sebelum berangkat Ke Penang, Kami perlu mempersembahkan persembahan Dikir Barat depan Menteri Besar Pahang (Dato Sri Adnan Yaakob) Di SMKC.

Bila tibanya masa ke Pertandingan, kami Di bawa ke Penang Free School Pulau Pinang. Semua 14 Pasukan seluruh Malaysia bertanding. Rasa gemuruh, gentar, takut, bangga semua ada hehehehe. Pasukan PAHANG tidak la berada dalam kelompok pemenang 3 pasukan teratas, Namun, kami Semua tetap happy dan bangga dengan pencapaian tersebut. Alhamdulillah.

Saya Masih ingat kami segak berbaju berwarna Kuning Gold. Tema nya adalah 'Jauhi Dadah'. Semua lagu n liriknya perlu menepati Tema yang ditetapkan. Lirik rangkap pertama Masih Saya ingat 

" Kami Pelajar Harapan Nusa Bangsa"
" Berdikir Barat Kami Bermula"
" Pada Pemuda Juga Semua"
" Jauhi Dadah Sepanjang Masa".

Memori 29 Tahun lepas cukup Manis bila dikenang, boleh tersenyum sendiri bila diingat kembali. Selepas itu, Saya tidak lagi pernah berdikir Barat hinggalah Hari ini.

Saya yakin, kejayaan pasukan Dikir Barat Tahun 1995 terus kekal menjadi sejarah buat SMKC. Buat Tenaga Pengajar kami dahulu Cikgu Md Nor, En Wan dan ramai lagi, Terima Kasih Saya rakamkan atas peluang yang Diberikan. Buat Teman- Teman pendikir 1995, kenangan dulu cukup manis dan Saya doakan agar Semua nya success selalu. 

Terigin pulak nak berdikir, tapi skill dah berkarat hehehehe.

Tuesday, 30 April 2024

1 Mei

Setiap 1 Mei, seluruh warga Pekerja "diiktiraf" sebagai asset yang cukup berharga di dalam Semua organisasi. Tema Tahun ini adalah "Pekerja Kesuma Bangsa". Sempat Saya telusuri info Kementerian Sumber Manusia yang beriltizam 3K iaitu Kebajikan, Kemahiran & Keberhasilan. Sudah tentu untuk mencapainya 2 element terbesar iaitu Pekerja & Majikan perlu berperanan dengan semaksimanya dengan roh kebersamaan menuju Sasaran Organisasi.

Saya tidak berhasrat memberi ulasan berkaitan Tema ini. Namun, Saya terkenang memori lampau sejak mula berstatus "pekerja".

Seingat Saya, sejak usia Saya sekita 8 tahun, Saya sudah terdedah dengan kerja walaupun tidak secara formal. Arwah Abah n Emak pernah usahakan Kedai Runcit di Felda Kemasul sekitar tahun 80an dan 90an. Bila masa terluang, Sabtu, Ahad dan cuti sekolah, kerja Saya kemas kedai, susun barang dan jadi cashier. Adakalanya, ikut abah ke Triang sekitar jam 4.30 pagi ( kadang2 Naik motor atau tompang van yang Arwah kongsi dengan perniaga lain) untuk beli ikan dan sayur untuk dijual semula di kedai kami. Untung ke ? Ini susah Nak cerita, sebab akhirnya sekitar 10 tahun sahaja Abah dan Mak berniaga, akhirnya kedai kami tutup operasi kalau tak silap masa Saya Form 3. Sebelum kedai ditutup, Saya senyap2 ambil "Buku Hutang" orang yang berhutang dengan Abah. Senyap2 Saya berhadapan dengan PakCik2 Peneroka Felda untuk kutip hutang. Abah dan Mak tak tau. Saya pun tak Tahu dari mana Saya Ada sedikit keberanian ini. Apakah hasilnya ? 1 sen pun Saya tak dapat. Jawapan yang Saya terima, " Bila aku hutang? ", " aku hutang dengan Pak Hang, pasai pa hang mintak aku", "aku tak akan bayaq", "betoi ka hang tulis nie". Rasa mcm Nak nangis rasanya. Arwah Abah nie dia Baik sngat, bila Saya Tanya kenapa Abah tak kutip hutang, Abah jawab "kalu Depa Nak bayaq, Depa datang jumpa, kalu Depa X Mau bayaq, apa Kita boleh buat". Masa itu, terdetik dalam hati Saya, Saya tak Akan halalkan sebab kerana nilai hutang semua2 nya cukup Besar dan Tak mampu untuk Abah buat pusing modal semula kerana margin kedai Runcit nie tidak Besar. Saya kenal Arwah Abah, Saya beranggapan "mungkin" Arwah telah halalkan. Tapi buat PakCik2 n Makcik2 Penghutang Tegar dahulu, doakan lah Arwah Abah pernah halalkan hutang kalian.

Saya juga pernah bekerja secara tidak formal bantu Abah kerja di Kebun Sawit n Getah. Kerja membaja, susun pelepah, angkut buah, kutip biji sawit, kutip sekerap Saya sudah biasa buat. Hanya kerja harvest Buah sawit, toreh getah dan meracun sahaja yang Arwah Abah tak bagi Saya buat. Dapat la upah sikit. Namun, Jika suruh Saya buat semula sekarang, Saya yakin Saya tidak lagi berkedarat untuk membuat Semua kerja2 ini. Pernah juga Abah buat part-time kerja menoreh di Estate di kawasan antara Simpang Pelangai dan Simpang Durian dan di Kampung Lembah Jaya, Pelangai. Kena keluar awal pagi sekitar jam 5 untuk "menyuluh". Lampu atas dahi diikat n bekas buat nyamuk dipinggang. Solat subuh alas sejadah bawah pokok getah. Mana mungkin Saya Akan lupa kenangan sebagai "Pekerja" bawah umur. Masa ini mana ada ILO !

Selepas SPM, secara rasmi, Saya pernah bekerja sebagai Cashier di Keramat Supermarket, Batu Road KL. Hampir 2 Bulan dan tompang rumah sepupu Saya Kak Yam & Abang Nasir di Jalan Padang Tembak. Pergi kerja hanya 2 cara, Naik Bas Mini warna pink atau Jalan kaki. Kebanyakkannya, Saya jalan kaki Nak jimat duit. Inilah Kali pertama daftar KWSP n Socso umur 18 tahun.

Masa Zaman university, cuti semester Saya pernah bekerja sebagai Cleaner n "Budak Suruhan" di Showroom Perodua Selayang. Kerja Saya cuci toilet, mop Lantai, cuci kereta, vacuum kereta n buatkan nombor pendaftaran kereta sebelum owner datang ambil kereta baru mereka. Basuh belakang kedai Tempat open, Panas jangan cerita hehehehe. Tapi Abang2 salesman sangat baik, mereka akan belanja makan selepas mereka dapat commission hasil jualan kereta. Pernah Saya kena marah dengan buyer kereta "kancil lampu buat" kerana lambat siapkan kereta dia. Mungkin masa itu, pemilik kereta kancil lampu bulat tergolong dalam T20 berbandig Budak Cleaner ini huhuhuhu. Saya tompang rumah Mak Saudara, Mak De di Kampung Bendahara, Batu Caves.

Saya juga pernah bekerja sebagai Buruh di Kilang Perabot semasa cuti semester di Baru Caves. Kerja saya gamkan span/kusyen kepada kayu perabot. Tempatnya padat, sempit, berkuap dan panas. Allahuakbar. Tapi Nak cari duit cuti semester, tahan jer la hehehehe.

Saya pernah praktikal di Firma Audit Asri & Co di Temerloh, Pahang selama 6 bulan. Inilah Pengalaman pertama bekerja dalam Pejabat yang selesa, ada aircon, pakai kemeja lengan panjang kancing butang dihujung hehehehe. Walaupun elaunnya kecil, tetap happy kerana banyak belajar berkaitan Kewangan, perakaunan dan pentadbiran.

Selepas habis belajar Saya pernah menjadi Guru GSTT di Sekolah Menengah Selayang Baru, Guru KDC di Sekolah Rendah Sg Kemahal, Triang, Pahang. Ingatkan nak meneruskan kerjaya sebagai Guru, namun saya Buat keputusan untuk tidak meneruskan kerja ini atas factor tertentu.

Saya pernah bekerja sebagai Pembanci di bawah Jabatan Perangkaan Selangor. Habis boleh kata hampir 60% daerah di Selangor saya pernah jelajah. Pengalaman dimarah, dimaki, tidak dilayan dan paling ganas dikejar anjing hahahaha. 

Pernah bekerja di Kesas Hiway sebagai Account Clerk. Pernah bersama Bumihiway sebagai Finance Executive selama 6 bulan sahaja. 

Sejak Januari 2004 Hingga kini saya bersama TH Plantations Berhad. Dari 2004 Hingga 2020 di Internal Audit Department, 2020 - 2022 Di Human Capital Department dan 2022 - kini Di Procurement Department. Terlalu banyak pengalaman saya bersama THP dan adatla ada manisnya, masamnya, tawarnya, pahitnya. Namun, semuanya itu adalah lumrah bagai "Pekerja".

Sebagai Pekerja, apa yang penting kita mencari Rezeki yang halal untuk Kita guna bagi keperluan diri dan keluarga. Namun, menjadi tanggjawab Kita untuk laksanakan Amanah Tugasan dengan baik selari dengan fungsi skop pekerjaan kita. Zaman semakin mencabar yang membuatkan Kita sebagai pekerja tidak lagi boleh selesa, penguasaan ilmu n kemahiran tertentu perlu seiring dengan keperluan pekerjaan sekarang agar Kita masih relevent dan competent. Akhirnya, niatkan laksanakan kerja sebagai Ibadah, Moga Kita Semua Terus Success Dalam Kerjaya dan Menjadi Pekerja Yang Cemerlang untuk bekalan Dunia n Akhirat.

Selamat Hari Pekerja.

-Khairizal ab Karim 1/5/2024-



Tuesday, 30 January 2024

Pidato @ Syarahan @ Debat

Kita sering keliru dengan istilah “pidato”, "ucapan”, “syarahan”, "debat" dan "bahas". Persamaan kesemua ini ialah, disampaikan oleh seorang penyampai kepada khalayak. Ini berbeza dengan bahas atau debat yang disampaikan secara berkumpulan bertujuan mengalahkan pihak lawan. Saya berpandangan pada asasnya pidato dan syarahan seakan sama. Tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya kecuali konteks yang dilihat oleh pendengar.

Namun, apa yang menariknya, Saya suka mendengar Pidato, Syarahan, Debat dan Bahas yang menggunakan lenggok bahasa baku, intonasi suara yang berbagai tona serta pergerakan tangan, kepala & alis mata yang selari dengan suara penyampainya. 

Secara jujurnya, saya mula 'minat' pidato sejak Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi apabila diberi peluang wakili sekolah dalam pertandingan Pidato Sejarah. Terima Kasih buat Cikgu Raja Amdah yang membuka ruang itu, walaupun bukan 'pilihan utama' pada awalnya. Walau tidak menang, namun ianya memberikan satu pengalaman permulaan yang sangat berharga buat saya.

Sejak itu, Saya mula cenderung melayan Pidato tokoh politik negara. Masa itu pastinya saya meminati Ucapan n Pidato dari figura iaitu DSAI. Gaya Bahasa Baku nya, intonasi lontaran vokal suara yang jelas, gaya bahasa seakan lenggok 'Indonesia" dengan perkataan yang unik. 

Antara Tokoh awal yang saya minat pidato mereka selain DSAI adalah Arwah Ustaz Fadzil Noor, Mat Sabu Dan Mahfuz Omar. Tokoh hebat dari seberang yang saya pernah baca buku kehebatan Pidato nya adalah Soekarno yang membangkit semangat Revolusi Bangsa Indonesia.

Kemuncak pada tahun 1998, terlalu banyak platform pidato dan syarahan dihidangkan kepada rakyat untuk mendengar, berfikir, menaakul dan membuat "keputusan". Masa itu, ada beberapa pemidato yang saya ikuti selain DSAI, ada beberapa tokoh lain yang saya minati iaitu Ezam Md Noor, Saifuddin Nasution, Mustaffa Kamil Ayup, Azmin Ali, Lokman Adam, Ustaz Badrul Amin dan ramai lagi.

Masa itu, terlalu banyak pentas syarahan dan pidato, kaset2 dan vcd. Buku2 ulasan politik jugak Banyak dipasarkan. Buku yang masih saya ingat tulisan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang berjudul "shit".

Sewaktu awal dunia pekerjaan, saya pernah wakili syarikat saya THP ke pertandingan Pidato peringkat TH Group Seluruh Malaysia pada tahun 2005 dan 2006. Kedua-duanya saya hanya Mendapat tempat ke 3 hehehehe. Itulah Kali terakhir saya bertanding dalam Pidato.

Kini tidak lagi aktif berpidato. Bakat pun sudah berkarat, sudah tidak ada keberanian seperti dulu. Pada saya, berpidato bukan semestinya untuk Menjadi figura politik, namun keupayaan Pidato perlu dibuat dengan natural, jujur, berani dan bebas untuk luahrasa, berpandangan dan berkongsi idealisma. Namun, harus berpaksi pada adap, susila & sopan.