Saturday, 11 May 2024

Dikir Barat

Dikir Barat

Malam ini ada pertandingan Dikir Barat 2024 Di RTM TV2. Rasa gian juga tengok orang berdikir.

Terkenang Memori Tahun 1995. Saya adalah Salah seorang daripada ahli Pasukan Dikir Barat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi (SMKC), Triang, Pahang. Saya sekadar Awak-Awak pendikir Yang buat "bising" Di belakang Tok Joro & Tukang Karut.

Kami perlu menempuhi proses selection yang diketuai oleh Cikgu SMKC (Cikgu Md Nor, Cikgu Mah Hussain & ramai lagi) dan En Wan ( Pegawai Felda Chemomoi) yang merupakan Tenaga Pengajar. Alhamdulillah, saya terpilih untuk menganggotai Pasukan Dikir Barat SMKC.

Tok Joro nya Bidi Dan Tukang Karutnya Jan. Pemain Gendang Wan, Gong Nanang. Saya, Usu, Suhaimi, Lee, Ijat, Oan dan ramai lagi ( tak ingat Semua Nama Yang lain), Kami semua Awak-Awak Dalam Pasukan Dikir.

Pertandingan pertama Kami wakil SMKC ke peringkat Zon/Daerah Bentong, Alhamdulillah Kami JUARA. Peringkat seterusnya kami wakil Daerah Bentong ke Pertandingan Peringkat Negeri Pahang. Kami kena berentap melawan seluruh Daerah Negeri Pahang. Saya masih ingat, pertandingan dibuat Di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis. Luar jangkaan, kami dinobat JUARA. Pasukan Kami dipilih mewakili Negeri Pahang ke peringkat KEBANGSAAN.

Selepas dinobat juara, kami Di bawa trip jelalah Kelantan, Trengganu  n Kuantan. Masa itu, itulah Kali pertama Saya jejak kaki ke Kelantan dan Terengganu. Kami ada la buat persembahan di Pantai Batu Hitam, Kuantan.

Bermulalah latihan intensif persediaan ke peringkat kebangsaan. Hampir setiap malam, kami perlu jalani latihan di Dewan Chemomoi atau rumah En Wan. Saya masih ingat, sebelum berangkat Ke Penang, Kami perlu mempersembahkan persembahan Dikir Barat depan Menteri Besar Pahang (Dato Sri Adnan Yaakob) Di SMKC.

Bila tibanya masa ke Pertandingan, kami Di bawa ke Penang Free School Pulau Pinang. Semua 14 Pasukan seluruh Malaysia bertanding. Rasa gemuruh, gentar, takut, bangga semua ada hehehehe. Pasukan PAHANG tidak la berada dalam kelompok pemenang 3 pasukan teratas, Namun, kami Semua tetap happy dan bangga dengan pencapaian tersebut. Alhamdulillah.

Saya Masih ingat kami segak berbaju berwarna Kuning Gold. Tema nya adalah 'Jauhi Dadah'. Semua lagu n liriknya perlu menepati Tema yang ditetapkan. Lirik rangkap pertama Masih Saya ingat 

" Kami Pelajar Harapan Nusa Bangsa"
" Berdikir Barat Kami Bermula"
" Pada Pemuda Juga Semua"
" Jauhi Dadah Sepanjang Masa".

Memori 29 Tahun lepas cukup Manis bila dikenang, boleh tersenyum sendiri bila diingat kembali. Selepas itu, Saya tidak lagi pernah berdikir Barat hinggalah Hari ini.

Saya yakin, kejayaan pasukan Dikir Barat Tahun 1995 terus kekal menjadi sejarah buat SMKC. Buat Tenaga Pengajar kami dahulu Cikgu Md Nor, En Wan dan ramai lagi, Terima Kasih Saya rakamkan atas peluang yang Diberikan. Buat Teman- Teman pendikir 1995, kenangan dulu cukup manis dan Saya doakan agar Semua nya success selalu. 

Terigin pulak nak berdikir, tapi skill dah berkarat hehehehe.

No comments:

Post a Comment