Tuesday, 23 September 2014

Selamat Bertugas MB Baru

Akhirnya segala persoalan telah terjawab,  Sultan Selangor telah perkenan melantik YB Azmin Ali sbg MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.

Secara peribadinya, YB Azmin bukan tokoh baru yg aku tahu, beliau antara tokoh pidato n pengucapan awam yg aku follow sejak tahun 1998 lagi ( zaman muda remaje aku Hehehehe). 

Beliau juga antara YB yg aktif berhujah di dalam Parlimen dgn hujahan yg bernas n tegas. Kini beliau bukan lg MP Pembangkang di Parliament sahaja, bukan hanya Adun di Dun Selangor sahaja, tapi beliau kini adalah MB SELANGOR.

Buat Yb Azmin, Salam Tahniah. Namun, tugas dan amanah di bahu mu tidak seenak title Jawatan mu. Segala tindakan, keputusan mahupun perubahan atau penambahbaikan dlm pentadbiranmu, Sentiasa di pantau, dikaji, dinilai, diperhati oleh semua pihak baik dr penyokongmu, rakyatmu, musuh baik dr dlm selimut atau dr luar selimut.

Jadilah Pemimpin yg Bijaksana, Beriman, Berintegriti, telus, adil n amanah dlm melaksanakan tugasan. Jadilah Pemimpin yg memimpin dan bukan sekadar menjadi Ketua.

Selamat Maju Jaya buat Mb Selangor Baru.

Salam Baitullah TV1

Alhamdulillah hari nie sempat tonton rancangan Salam Baitullah di TV1 jam 9pm hingga 10 pm. Pengacara Ustaz Asyraff Imam Muda n Penceramahnya Ustaz Badlishah.

Topic yg dibincangkan adalah "Jasad Mulia", pastinya Jasad Mulia itu adalah Jasad Nabi Muhammad.

Kupasan yg cukup baik n menarik telah dibuat sepenuhnya oleh Ustaz Badlishah disamping Pengacara I yg best.

Aku sempat hantar 1 Soalan melalui Fb kpd Fb Lambaian Kaabah berkaitan adab ziarah Makam Nabi. Yg best nye Soalan aku itu dibaca secara live oleh Ustaz Asyraff di TV1, Siap sebut nama penuh lg

Sunday, 21 September 2014

Tuah & Jebat

Semalam 21hb September saya dan Isteri bawak anak2 iaitu Asyraff, Darwish n Alya g melawat Muzium Negara. Sebenarnya inilah kali pertama dalam hidup saya masuk n melawat Muzium Negara, Kl. Saja nak isi masa senggang bersama keluarga di hujung cuti sekolah.

Dalam bnyk2 bahan sejarah yg dipamerkan, aku cukup tertarik ngan ukiran Hang Tuah yg cukup gah, tinggi n besar sungguh.

Hang Tuah, satu nama lagenda kepahlawanan yg cukup terkenal di bumi nusantara. Soalnya adakah kisah Tuah nie Benar2 atau hanya omongan yg telah ditokok tambah dari mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi??.

Jalan mudahnya aku yakin segala yg telah tersurat di dalam sejarah melayu berkaitan Hang Tuah adalah benar.

Jika diimbau sejarah, Hang Tuah digambarkan seorang Hulubalang yg cukup taat n patuh pd perintah raja. Biarpun hatinya telah jatuh cinta pd Puteri dari Pahang, demi Raja rasa cinta itu dikorbankan.

Begitu juga bila sahabat akrabnya Jebat tewas ditangannya sendiri angkara tebalnya rasa taat pd raja biarpun jauh disudut hatinya rasa kasih sayang pd saudaranya itu.

Aduyai Tuah, kau sungguh taat pd rajamu, biarpun hatimu tidak rela sepenuhnya. Soalnya adakah perlu kita taat n patuh segala suruhan ketua biarpun kita sedar suruhan itu berkemungkinan tidak tepat?

Jebat pula terkenal dgn kata2 " Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah ". Aduhai Jebat, cukup mendalam n tersirat kata2mu, kau berontak seolah mendahului zamanmu.

Aku cukup kagum dgn Keberanianmu Jebat, tapi mengapa amukan mu turut kau tujukan juga pada Org lain yg tidak terkait n tidak berdosa. Mengapa harus dihunus senjata pd mereka penduduk Melaka sedangkan amarahmu hanya pada Raja???

Adakah ketua itu maksum n segala arahan ketua adalah benar serta dipatuhi sepenuhnya?  Jika tidak setuju dgn arahan ketua, apakah langkah tindakan yg perlu dibuat?

Pada aku, ketua harus bijak dlm membuat keputusan, seorang ketua harus membuat keputusan berdasarkan ilmu, Akal n fakta yg konkrit. Apa beza ketua n Pemimpin?  Adakah ketua berkeupayaan untuk memimpin? Jika gagal memimpin, tidak bijak dlm membuat keputusan n tiada ' akal ' dalam memimpin, adakah ianya layak menjadi ketua???

Carikan Pemimpin yg " Jika ada Kesenangan, Biarlah Pemimpin itu Yg Terakhir Menikmatinya Selepas Dinikmati Oleh Org lain Yg Dipimpinnya, Jika ada kesusahan, Biarlah Pemimpin itu yg Pertama Menghadapinya Sebelum Dihadapi Oleh Org yg dipimpinnya."

Adakah ada PEMIMPIN seperti ini!!!!

Buat Tuah, ketaatanmu aku kagumi. Tapi Biarlah taat berpada kena pd tempatnya. Buat Jebat, terima kasih kerana kau menunjukkan cara protest yg mendahului zamanmu. Cuma gunakanlah akal dan Iman yg tidak perlu amukan nafsu dlm tindakan.

Jika aku berada pd zaman Tuan berdua, mungkin kah aku bersamamu Jebat???

Aku hanya Insan kerdil yg tidak mahir dlm Dunia sejarah. Ini hanya nukilan hati yg terdetik tanpa prejudis dan rasis. Aku bangga dgn sejarah Melayu kerana Keturunan Melayu Muslim adalah kaum yg cukup sopannya, budinya, amalnya, agamanya.

Thursday, 18 September 2014

CUACA DAN SUHU DI MAKKAH

Assalamualaikum
 
Hari nie sempat semak cuaca dan suhu di Makkah antara tarikh 13 September hingga 3 Oktober 2014 yang saya ambil dari http://www.timeanddate.com/weather/saudi-arabia/makkah/ext.
 
Berikut analisa ringkas yang boleh dibuat:-
 
1. Cuaca cerah/panas.
2. Suhu Tertinggi adalah antara 40 darjah hingga 42 darjah.
3. Suhu Terendah adalah antara 22 darjah hingga 27 darjah.




Jika kita perhatikan sample graft cuaca n suhu pada 19 September 2014 seperti di bawah, suhu pada awal pagi dari jam 6.00 am hingga 8.00 am adalah antara 25 darjah hingga 29 darjah. Peningkatan suhu mulai melebihi 30 darjah sekitar jam 9.00 am hingga mencecah suhu melebihi 40 darjah pada jam 12.00 pm hingga jam 5.00 pm. Suhu mulai turun daripada 37 darjah pada jam 6.00 pm dan kekal lingkungan 30 darjah sehingga jam 11 malam. Suhu tengah malam adalah antara 25 darjah hingga 29 darjah seperti graft di bawah:-




Dengan suhu yang tinggi hingga melebihi 40 darjah dalam tempoh masa yang panjang iaitu melebihi 6 jam antara 12.00 pm hingga jam 5.00 pm, maka semua Petugas Haji dan Jemaah Haji perlu menitikberatkan soal kesihatan sendiri. Ditambah lagi dengan kerja-kerja 'renovation' yang sedang dijalankan, pastinya habuk dan debu disamping kesesakan jutaan Tetamu Allah di Bumi Makkah, Arafah, Mudzalifah dan Mina.
 
Disertakan informasi berkaitan "heat stroke @ kejutan panas " yang disediakan oleh pihak TH dan KKM sebagai rujuan dan panduan kita bersama seperti di bawah:- 
 



Walaubagaimanapun, pastinya kita Berserah Diri Kepada Allah, Moga2 Allah memberikan kkepada ita semua iaitu Petugas Haji dan Jemaah Haji kesihatan dan kekuatan yang sebaiknya untuk kita menyempurnakan perkara Rukun, Wajib dan Amalan Sunat di dalam Ibadah Haji/Umrah. Disamping itu, saya doakan semua Petugas Haji dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan cemerlang dan mengharapkan bantuan Allah dalam apa juga tugasan, Inn Shaa Allah.
 
Yang Pasti, Aku Tidak Sabar Menunggu Tarikh 27 September 2014, Ya Allah Ampuni Segala Dosa Dosa HambaMu Ini, Permudahkan Segala Urusan, Bantulah HambaMu Ini Dalam mengerjakan Ibadah Haji/Umrah Bagi Mendapat Haji Mabrur serta dapat melaksanakan tugasan sebagai Petugas dengan cemerlang, Ameen.
 
 
BERSAMA SANTUNI DHUYUFURRAHMAN

Wednesday, 17 September 2014

Checklists Haji & Umrah

Assalamualaikum,
Jika dihitung, tinggal lagi 10 hari aku akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji & Umrah disamping sbg Petugas Haji.

Hati ini bercampur-campur perasaan, ada gembira, cemas, berdebar-debar dan berbaur dengan berbagai perasaan.

Buku Panduan Ibadah Haji n Umrah serta Cd n video panduan terbitan TH menjadi sumber rujukan.

Aku terfikir, Kenapa tiada checklists dibuat dan disediakan sbg panduan Ibadah kpd Jemaah Haji? Dlm apa juga urusan, checklists amat penting sbg rujukan, panduan n medium untuk check n balance.

Aku berusaha untuk membuat Checklists Ibadah Umrah n Haji berpandukan rujukan pada Buku Panduan Ibadah Haji/Umrah, CD Haji n Buku Doa Haji. Alhamdulillah aku sudah berjaya siapkannya dgn versi pemahaman aku berdasarkan rujukan Buku n CD. Namun, masih belum disemak oleh mana-mana Pakar Agamawan yg lebih Berilmu.

Inn Shaa Allah aku berkeyakinan Checklists ini dapat memberi satu kaedah rujukan n check & balance bagi memastikan perkara Rukun, Wajib n Sunat dlm Ibadah Haji/Umrah dapat Disempurnakan. Walaubagaimanapun, rujukan daripada Para Pakar Rujuk, Guru Agama n Tuan2 Senior akan tetap didahulukan sbg panduan.

Moga2 Ibadah Haji n Umrah dapat Disempurnakan dgn baik, Inn Shaa Allah.

Ya Allah, Permudahkanlah Urusan Ibadah HambaMu ini, Terangkanlah hati/minda/akal HambaMu ini untuk meningkatkan Ilmu Ibadah Haji n Umrah serta Berikanlah Kekuatan Mental, Fizikal n Kesihatan untuk menjalankan amanah sbg Petugas Haji dgn sebaik mungkin.

BERSAMA SANTUNI DHUYUFURRAHMAN.

Saturday, 13 September 2014

Berkumpul Sekeluarga

Alhamdulillah Semalam seharian bersama Mak Abah n adik beradik serta anak2 buah berkumpul di rumah adik kat Klang.

Sempat la jejalan konvoi ramai2 g Banting n Pusing Klang sampai Malam hehehe.

Moga segala urusan n perancangan Dipermudahkan n Di Beri Bantuan Oleh Allah. Ameen. 

Friday, 12 September 2014

KT38

3 Orang Sahabatku Tn Haji Hidam (THT SABAH), Hj Azlen (THT KELANTAN) dan Hj Azahar (THT SARAWAK)  melalui KT38 telah Selamat Berangkat n Tiba Di Mekah, Alhamdulillah.

Aku masih menunggu masa dan ketikanya untuk dipanggil sebagai TETAMU ALLAH.

Moga semua Petugas Haji dapat melaksanakan amanah tugasan dgn sempurna bagi Santuni Dhuyufurrahman disamping melaksanakan Rukun, Wajib n perkara Sunat Haji/Umrah bg mengejar Haji Mabrur, Inn Shaa Allah.

Salam Takziah

Hari ini seorang Mak Saudara kami Mak Long Eda telah kembali ke Rahmatullah. Telah Selamat dikebumikan di Bt Gajah, Perak petang tadi.

Ya Allah, Ampunilah Segala Dosa Kesalahan sepanjang hayatnya, Terimalah segala amal kebajikan dan kebaikan Arwah dan letakkanlah Ianya dalam Golongan Orang Yg Beriman, Ameen.

Wednesday, 10 September 2014

Bersyukur Lah

Soalan Bocor

Hari ini pasti isu Kertas Periksa Sains bg UPSR yang dijadualkan pd 11 September telah Bocor. Apa sudah jadi nie!!! 

Isu Soalan bocor bukan isu baru, malahan hampir setiap tahun ada saja bunyi kompang Soalan bocor baik UPSR, PMR, SPM @ STPM. Persoalnya mcm mana boleh bocor??  Lemah sangatkah system keselamatan hingga Soalan peperiksaan boleh bocor??

Apa tindakan pd kes terdahulu, Jika ada n terbukti la?? Siapa yg harus dipertanggujawabkan?? 

Pokoknya mana hilangkan nilai INTEGRITI,  KETELUSAN N KEJUJURAN. Peperiksaan adalah satu medium untuk menguji kefahaman, kebolehan n keupayaan pelajar dlm menguasai sesuatu subject. Jika Soalan dah bocor, apa lg yg nak diuji?

Lg aku nak Tanya, Soalan sains jer ke yg bocor, mcm mana dgn Soalan yg lain, Entah2 sama jugak 2 x 5, entahla Biar pihak yg Berkuasa buat siasatan.

System pendidikan kita yg terlalu berorentasikan peperiksaan telah melahirkan cara kita berfikir bahawa " Keputusan Peperiksaan Adalah Ticket Kejayaan", jadinya semua berebut nak cemerlang dlm Periksa. Setiap tahun Kementerian istihar peratus n graft meningkat, tapi hakikatnya adalah peningkatan ini benar2 telus n Berjaya Capai objektifnya, Itu kena tanya Kementerian la.

Kadang2 Soalan interview n Periksa nak masuk keje pun bocor jugak kan, Tambah2 yg ada kabel mabel nie hehehe. Korang ada Pengalaman tak??  Hehehehe

Tapi jgn kita lupa, ada Soalan Bocor yg kita sedia tahu dr kecik lg, apa dia??? SOALAN MALAIKAT DI ALAM KUBUR!!!!,

Walaupun Soalan nya BOCOR, tapi adakah kita cukup bersedia menghadapi hari "PEPERIKSAAN/UJIAN" itu?

Fikir2 kan....

Pendapatan Purata Isi Rumah

Kajian Purata Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat Sebanyak 18% daripada RM5000/bulan pd 2012 kpd RM5,999/bulan pd 2014.

Wow, perangkaan yg baik dgn Purata pendapatan isu  rumah RM5900. Skrg ramai Org dah senang, mewah n kaya. Ini pasti menyumbang kpd peningkatan Purata pendapatan.

Namun soalnya, adakah majoriti isi rumah rakyat Malaysia mencapai tahap purata pendapatan tersebut?.

Adakah kita tahu pd RMK10 menyatakan bahawa 2.4 juta isi rumah berpendapatan rendah dgn purata pendapatan bulanan hanya RM1,440.

Adakah tanda aras ini menunjukkan bahawa wujud terlalu besar JURANG antara golongan Miskin Tegar, Miskin, Pendapatan Rendah, Sederhana n Tinggi.
Adakah tanda aras ini memberi gambaran tiada lg golongan ASNAF rakyat miskin yg layak menerima wang zakat.

Adakah tanda aras ini memberi signal awal bahawa rakyat Malaysia sudah TERLEBIH MAMPU dan BERSEDIA menanti Saat detik GST berkuatkuasa.

Adakah tanda aras ini mencerminkan nilai KUASA BELI rakyat Kebanyakkan.

Tuesday, 9 September 2014

Dugaan

Lepas Maghrib dapat called dari Jabatan Haji TH memaklumkan jadual KT diubah Saat akhir dr KT38 ke KT64.

Ya Allah, Permudahkan Urusan Hambamu ini, Ameen.