Assalamualaikum
Hari nie sempat semak cuaca dan suhu di Makkah antara tarikh 13 September hingga 3 Oktober 2014 yang saya ambil dari http://www.timeanddate.com/weather/saudi-arabia/makkah/ext.
Berikut analisa ringkas yang boleh dibuat:-
1. Cuaca cerah/panas.
2. Suhu Tertinggi adalah antara 40 darjah hingga 42 darjah.
3. Suhu Terendah adalah antara 22 darjah hingga 27 darjah.
Jika kita perhatikan sample graft cuaca n suhu pada 19 September 2014 seperti di bawah, suhu pada awal pagi dari jam 6.00 am hingga 8.00 am adalah antara 25 darjah hingga 29 darjah. Peningkatan suhu mulai melebihi 30 darjah sekitar jam 9.00 am hingga mencecah suhu melebihi 40 darjah pada jam 12.00 pm hingga jam 5.00 pm. Suhu mulai turun daripada 37 darjah pada jam 6.00 pm dan kekal lingkungan 30 darjah sehingga jam 11 malam. Suhu tengah malam adalah antara 25 darjah hingga 29 darjah seperti graft di bawah:-
Dengan suhu yang tinggi hingga melebihi 40 darjah dalam tempoh masa yang panjang iaitu melebihi 6 jam antara 12.00 pm hingga jam 5.00 pm, maka semua Petugas Haji dan Jemaah Haji perlu menitikberatkan soal kesihatan sendiri. Ditambah lagi dengan kerja-kerja 'renovation' yang sedang dijalankan, pastinya habuk dan debu disamping kesesakan jutaan Tetamu Allah di Bumi Makkah, Arafah, Mudzalifah dan Mina.
Disertakan informasi berkaitan "heat stroke @ kejutan panas " yang disediakan oleh pihak TH dan KKM sebagai rujuan dan panduan kita bersama seperti di bawah:-

Walaubagaimanapun, pastinya kita Berserah Diri Kepada Allah, Moga2 Allah memberikan kkepada ita semua iaitu Petugas Haji dan Jemaah Haji kesihatan dan kekuatan yang sebaiknya untuk kita menyempurnakan perkara Rukun, Wajib dan Amalan Sunat di dalam Ibadah Haji/Umrah. Disamping itu, saya doakan semua Petugas Haji dapat melaksanakan tugas dan amanah dengan cemerlang dan mengharapkan bantuan Allah dalam apa juga tugasan, Inn Shaa Allah.
Yang Pasti, Aku Tidak Sabar Menunggu Tarikh 27 September 2014, Ya Allah Ampuni Segala Dosa Dosa HambaMu Ini, Permudahkan Segala Urusan, Bantulah HambaMu Ini Dalam mengerjakan Ibadah Haji/Umrah Bagi Mendapat Haji Mabrur serta dapat melaksanakan tugasan sebagai Petugas dengan cemerlang, Ameen.
BERSAMA SANTUNI DHUYUFURRAHMAN
No comments:
Post a Comment