Akhirnya segala persoalan telah terjawab, Sultan Selangor telah perkenan melantik YB Azmin Ali sbg MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.
Secara peribadinya, YB Azmin bukan tokoh baru yg aku tahu, beliau antara tokoh pidato n pengucapan awam yg aku follow sejak tahun 1998 lagi ( zaman muda remaje aku Hehehehe).
Beliau juga antara YB yg aktif berhujah di dalam Parlimen dgn hujahan yg bernas n tegas. Kini beliau bukan lg MP Pembangkang di Parliament sahaja, bukan hanya Adun di Dun Selangor sahaja, tapi beliau kini adalah MB SELANGOR.
Buat Yb Azmin, Salam Tahniah. Namun, tugas dan amanah di bahu mu tidak seenak title Jawatan mu. Segala tindakan, keputusan mahupun perubahan atau penambahbaikan dlm pentadbiranmu, Sentiasa di pantau, dikaji, dinilai, diperhati oleh semua pihak baik dr penyokongmu, rakyatmu, musuh baik dr dlm selimut atau dr luar selimut.
Jadilah Pemimpin yg Bijaksana, Beriman, Berintegriti, telus, adil n amanah dlm melaksanakan tugasan. Jadilah Pemimpin yg memimpin dan bukan sekadar menjadi Ketua.
Selamat Maju Jaya buat Mb Selangor Baru.
No comments:
Post a Comment