Tuesday, 22 December 2015

Syukur Alhamdulillah

Tanggal 21 December genap usia aku 36 Tahun. Cepat benar masa berlalu, tapi inilah hakikatnya dlm kehidupan, setiap Saat masa pasti berlalu tanpa berpatah balik.

Dalam usia ini, ada target yg sudah dicapai, Alhamdulillah. Namun, masih ada juga target dlm hidup ini yg perlu aku usaha utk mendapatkannya.

Dalam usia ini juga, kekadang terimbau kenangan zaman bebudak, Zaman sekolah, Zaman kat u, Zaman lps belajar, Zaman awal perkahwinan n lain2 kenangan. Terlalu banyak memori sepanjang usia sehingga kini, Alhamdulillah Semuanya akan menjadi kenangan, ubat, azimat, hiburan.

Terima Kasih Mak, Abah, Isteri, Anak2, Adik Beradik, Saudara Mara, Teman2 dari dulu hingga sekarang kerana hadir dlm hidup ini sampai bila2.

Selamat Hari Lahir buat diri sendiri.

Wednesday, 9 December 2015

MERAH

Setiap hari aku akan melalui bangunan PWTC utk ke tempat kerja. Cumanya bermula pada Minggu lps dan kemuncaknya Minggu ini sekitar PWTC lebih "Merah" dari biasa.

Dari jauh berbaris Bas dan Mobil  dr mana pelosok nye n ada kelihatan "merah" pd baju kurang, kain, baju melayu, tudung n ada juga yg "kurang sedikit pekat merahnya" kerana kelihatan "jambu warnanya", tapi belum tentu "jambu" wajahnya. Tak kurang juga dari jauh tampak songkok hitam yg pelbagai tinggi spt penari gambus mahu mengatur langkah gerak tari. Tapi tidak juga nampak "keris" dibawa, mungkin keris "terlekat" di bendera.

Jika dahulu, Guru sering memberi analogi "merah" itu persis lambang keberanian, kepahlawanan, garang, darah, Api n lain2 simbol nya. Bila disebut "Merah" juga teringat mitos yg menceritakan "lembu" tidak boleh melihat "merah" n cuba mengejar utk menyondol. Merah juga seringkali dikaitkan dgn pasukan gergasi EPL iaitu MU.

Pelbagai interprestasi yg boleh dikaitkan dgn "merah" tergantung kpd bagaimana kita melihat, mentafsir n berfikir.

Pastinya Minggu ini "Merah " akan terkait dgn perhimpunan Umno, satu pertubuhan besar yg menunjangi kepimpinan negara.

Adakah "Merah" kali ini lebih "Panas Merahnya" daripada Merah sebelumnya, atau merah ini cuma "Bara Merah" yg menunggu masa utk dijirus air pd Baranya yg pasti memadamkan merah yg cuma tinggal Bara hitam menjadi arang.

Jika Merah dianggap Api, menyalalah dgn nyalaan yg bermanfaat, namun berhati2 kerna Api juga bisa memberi mudharat Jika maraknya tidak terkawal.

Jika Merah dianggap Keberanian, bukti kan Keberanianmu membela seluruh rakyat tanpa membeda cop bendera. Buktikan keberanian dgn berkata benar, Walau pahit sekalipun.

Jika Merah itu ditafsirkan sbg kepahlawanan, aturkan langkah silatmu dgn gerak tangkas perwira spt pendekar di medan juang. Buktikan kepahlawanan mu membela Agama Islam tercinta hingga terbukti negara ini berpegang kpd sistem yg Islam sedia serta usah terlalu totok dlm Berjuang dgn semangat Kebangsaan sahaja.

Merah juga sering terkait dgn 1 perasaan Marah n Baran. Kawal Marah n Baran Mu sang Merah, Cari lah "Penyejuk" dgn warna sejuk utk memberi ketenangan n kebahagiaan.

Adakah Merah hari ini Merah Yg Berani, Menyala, Pahlawan???? Jadilah Merah spt Bunga Mawar Merah yg Mekar Mengharum Segar. Jadilah Merah Spt Merah Delima Yg Berkilau Luar n Dalamnya. Jadilah Merah Spt Permata Merah Yg Cukup Mahal Nilainya. Jadilah Merah Spt Merah Darah Para Shuhadaq Yg Berani Menegakkan Agama Allah. 

Namun, Merah ini juga banyak jasanya pd negara. Itu tidak boleh dinafikan tapi banyak juga "kurang n silapnya" yg tidak pernah dilupakan oleh marhaein jelata.

Adakah Merah ini bisa Menyala Marak Sinarnya pada hari esok..... Tepuk dada, tanya Iman.

Thursday, 3 December 2015

Ponteng

Bila sebut Perkataan "Ponteng" atau "Tidak Hadir", secara reflect nya Otak akan terbayang zaman sekolah. Cikgu akan tanya kat Ketua Kelas, "Sapa yg ponteng n tak hadir,". Kebiasaannya Kalu tak hadir mungkin ada sebab nye sama ada tak sihat atau ada surat sebab musabab tak dapat hadir ke sekolah. Tapi Kalu ponteng, biasanya Mmg disengajakan utk tak hadir mungkin Sbb malas.

Dlm Dunia pekerjaan, ada juga situasi ponteng n tak hadir. Tak hadir mungkin Sbb ambil annual leave atau Mc, maknanya ada reason yg boleh dipercayai. Tapi Kalu ponteng kerja, Jika kekerapan nye tinggi ponteng melalui emergency leave tanpa justifikasi yg kukuh dan munasabah, majikan boleh mengambil tindakan Disiplin kpd pekerja.

Namun, bagaimana pula Jika Adun atau MP ponteng atau tidak hadir utk menjalankan AMANAH utk berbahas, bersidang n mengundi usul di Parliament atau Dun?  Jika di sekolah guru boleh ambil tindakan, di Dunia pekerjaan majikan juga boleh ambil tindakan. Namun, Jika di MP atau adun gagal hadir n ponteng, Siapa yg harus ambil tindakan???.

Ponteng n tidak hadir tanpa sebab yg munasabah W.pun jadual awal telah dikeluarkan adalah satu tindakan yg amat dikesalkan. Biar apapun reason n hujahannnya, Jawapan itu umpama balasan lagu "bangau Oo bangau".

Kekadang teguran di salah anggap, Kerna kita tidak mampu mentafsir tersiratnya disebalik antara kritkan, teguran, tohmahan n pujian.

Sunday, 22 November 2015

Markas

Sabtu n Ahad hujung Minggu balik ke kampung di Felda Kemasul. Malamnye Abah bg tau Malam ada ceramah kat Markas Pas Kemasul.

Rasanya last aku jejak kaki ke markas adalah pada PRU lps. Walaupun hujan Lebat, aku n abah tetap pergi dengar ceramah yg disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar dari N9.

Aku anggarkan kehadiran Muslimin n Muslimah dalam 70 hingga 80 Orang, Alhamdulillah. Khabarnya ini adalah program bulanan n yg bestnya ianya ceramah yg disampaikan adalah kaitan agama n hanya minima yg berkaitan politik semasa.

Cuma biasala program mcm nie 80% kehadiran adalah Golongan usia 60 tahun ke atas. Mana Org muda?....Aku berkesempatan bertanya Soalan bila Ustaz beri ruang soal jawab. Aku mengutara kan Soalan berkaitan "Mengumpat Dan Fitnah".

Teringat Zaman muda2 remaje masa mula mengenal politik seawal tahun 95, masa Itu seawal form 4, ada program Usrah, skrg dah tak ada lg program spt itu, Usrah masih relevant sbg foundation.

Ini bukan isu politik tau, sekadar berkongsi Pengalaman.

Wednesday, 18 November 2015

MAKSUM kah Manusia Hari Ini.

MAKSUM bermaksud " Seseorang Yg Suci Dan Terpelihara Dari Dosa Seperti Para Nabi Dan Rasul ".

Persoalnnya, ada lg ke manusia zaman skrg yg MAKSUM???

Setinggi mana pun Kedudukan seseorang itu pd zaman ini, biarpun memegang 'kuasa' dan 'perundangan', sbg manusia biasa Jika ada Salah n silap harus bertaubat, akui silap n berazam tidak ulangi silap.

Biar siapapun kita hari ini, baik peneraju negara, pimpinan organisasi, agamawan atau marhaein biasa, kita bukan MAKSUM n boleh lari dari tanggungjawab dr kesalahan.

Jika kita tonjol kebenaran atas dasar 'kuasa' dan 'kedudukan' Dunia yg ada, ingat MAHKAMAH DAN PENGAUDITAN ALLAH diadili tanpa kronisma n prejudice.

Siapa kita utk rasa dirinya MAKSUM.

Friday, 13 November 2015

Integrity Dihati Atau Dikaki

Mutakahir ini banyak isu integrity digembar gembur n dihebahkan. Aku tak mau ulas kesasihan samaada benar atau palsu sebab kita serahkan pihak yg berkepentingan memberi kenyataan.

Soalnya, adakah isu integrity skrg benar2 serius n menjadi lumrah hingga meresap seluruh agensi? Harap2 biarlah isu integrity hanya sampel yg 'jarang2' n 'kadang2' sahaja berlaku.

Pd pendapat aku, integrity harus kembali kpd asasnya iaitu 'amanah'. Jika amanah yg dipikul gagal dijaga, pastinya integrity terjejas n diragui.

Namun, Siapa kita utk menjadi hakim membuat sidang mahkamah sendiri, menjadi pendakwaraya serta menjatuh hukum pd seseorang yg diviralkan dgn isu integrity. Biarlah pihak tertentu melaksanakan 'amanahnya' membuat 'pengauditan' dan memberi 'jawapan'.

Kita harus ingat, Zaman skrg 'fitnah' umpama garam penyedap rasa. Namun, kekadang 'benar' juga ditampakkan seolah 'fitnah' yg buat Org awam terpinga mencari mana benarnya.

Dlm Suasana Org awam terhimpit dgn bebanan sosioekomi yg menekan, berita sensasi berkaitan 'integriry' pantas feedback nya dr marhaein jelata.  Namun, harus waras bertindak bagi mengelak dari terjerumus dlm lembah 'fitnah' yg kita sendiri enggak pasti benar atau omongan semata.

Buat mana2 pemegang amanah, 'pegang' n 'dakap' erat2, kuat2, ketat2, amanah yg diberi, Besar Pahala nya Jika amanah itu diperlihara, namun, Besar juga 'dosanya' Jika amanah itu 'diperkosa' hingga integrity amanah tidak dijaga.

Pengauditan n Mahkamah Allah pastinya telus tanpa prejudice n kronisma.

Integrity harus letaknya dihati bukannya di kaki.

Thursday, 12 November 2015

Kucing Malaya Mengembek Lagi

Malam nie sempat tengok game bola 'kucing Malaya' Vs Palestine. Tak tau nak ulas apa lg, aku nie bukan pandai main bola pun, tapi bila tgk game tadi, Sedih bebenor rasanya bila National Team kiter jadi ulam.

Aku setuju ngan ulasan pengulas astro arena, player hanya 'ball watching', tunggu n lihat, tak berani melawan, menggelabah, tak ada individual skills yg bagus, kurang komumikasi.

Dapat lihat Ibarat "ANTARA 2 DARJAT" mutu bola sepak antara Malaysia n Palestine dlm game ini. Mana silap nya?  Apa punca nya?  Siapa yg harus ambil tanggungjawab?  Bagaimana untuk mengatasinya?

FAM? Apa 2, Kelab Sukan n Rekiasi ke?  Sejenis serangga perosak ke? Atau nama Kuih muih traditional?  Atau mungkin juga tajuk movie animasi dari Jepun?  Atau Sejenis penyakit yg tiada ubatnya? Atau nama majalah hiburan berita artist n pelawak???

Biar siapapun ganti OKS, kalu Mgmt team yg sama, player yg sama, sistem yg sama, tak kemana jugak,... MUNGKIN " Kucing Malaya Sudah Selesa Mengembek Sepanjang Masa"... KBS? Main Tunjuk Jari la yer...

Tuesday, 10 November 2015

Percutian Ganu Kiter 7-9 Nov 2015

Seperti Yg Dijanjikan dengan Abg Long Asyraff, Abg Ngah Darwish n Alya, aku n wife nak Bawa anak2 bercuti. Kali nie kami pilih Kuala Terengganu n Hotel pilihan kami adalah Felda Residence Hotel KT. hotel nie kami booking masa Matta Fair kat PWTC 2 bulan lps.

Hotel nie biasa2 jer, aku bg 3 Bintang, agak pelik sikit bila Reception Counter kat Tingkat 2, Mmm. Kami sampai awal dlm jam 12.30 pm, ingat nak check in awal, selamba budak kat counter bg tau check in jam 3 pm kr atas, ini lah hotel pertama yg pernah aku jumpa yg masa check in jam 3 pm or atas, Tahniah, lain dr yg lain.

So, tak kan nak ngadap muka bebudak kaunter jer kan sementara nak tunggu jam 3, kami pun gerak la jejalan cari makan. Aku pun bukannya tau sgat KT, belasah jer  ikut jalan menghala Muzium n terserempak ngan satu kedai mkn, nampak bnyk keter tepi jalan, singgah la pekena nasik n Kuih muih. Leh masuk gak la gulai nye n kuih2 traditional Org Ganu. Yg best mokcik kedai Siap bg free n tapau kan tea o air masa nak bayo, tq mokcik.

Alang2 dah sampai area situ dah x jauh ngan Tmn Tamadun Islam, n pastinya g Masjid Kristal. Mungkin kali Ke 4 aku jejak kaki kat masjid nie, sempat Solat Jamak kat sini. 2 Hero n 1 Heroine tunjuk aksi kat dlm Masjid, Alya Siap Guling2 n lompat2 Seronok gamaknye Hehehehe.

Lps penat posing bergambo kat area Masjid Kristal, jam pun dah nak masuk jam 5 pm, kami gerak le hotel. Lps check in amik kunci kami bergegas nak masuk bilik. Alamak x dpt river view la... Aku pun call receptionist tanya, boleh tak dpt bilik yg view sungai, selamba jer budak receptionist jawab, package Matta Fair Mmg view jalan, menyirap aku dgr. Harap pihak Felda Residence Nx time Kalu ada programs Matta Fair tulis beso2 bilik yg disediakan utk Matta Fair packages bukan view yg best, sbb packages yg diberi sesuai utk Org x cukup duit n nak bilik budget hahahaha.

Mlm nye kami round2 bandar KT, cantik dgn lampu2. Akhirnya mkn kat Waterfront pekena burger, Nyum Nyum, sedap, boleh layan.

DAY 2. Pagi2 dah Siap nak g tpt Wajib Kalu g KT, mana lg kalu tak Pasar Payang. Biasa la beli kepok, mknan ringan, serunding n kain. Harga kat Pasar Payang aku rasa leh tahan gak mahalnya hehehe, tapi ramai gak pengunjunng nye... Org Malaysia Mmg banyak duit masa soping Hehehehe.

Lps berpeloh2 kat Pasar Payang, kena cari tempat yg sejuk, kami ke Muzium, ada Aircond sejuk. Beso Btul Muzium nye, lenguh gak kaki. Pastinya yg menarik Batu Bersurat. Hebat Org Ganu, kaya ngan sejarah Islam.

Lps penat, kami gerak ke Pantai Batu Rakit, pekena Ikan N Sotong Celop Tepung. Ramai gak Org, Rasa nye Mmmm Kalu masak kat dapur sendiri lg sdap kot Hehehehe, tapi Sbb kan fresh, ok gak la sdap nya. Lps belasah mkn, anak2 nak Lepak pantai, apa lg, bentang tikor la, lepak2 n layan anak2 main pantai.

Mlm nye sambung Pusing2 bandar KT, Bandar yg relax, bersih, segar. Kami round sampai lebam Hahahaha. Balik hotel mandi, rehat n lena Hehehehe sampai pagi.

DAY 3. Kemas2 barang, lps bfast kami check out. Bergerak utk balik kampung pula.. Felda Kemasul,  Triang Pahang.

Kesimpulannya, ini Percutian yg Budget tapi syok... Relax, Santai. KT best n kami akan bercuti lg Nx time, tapi harap2 Bukan hotel yg sama Hehehehe.

Tq Ganu, Dok Dang Starang... NA NA NA NA NA GANU KITER.....