Setiap hari aku akan melalui bangunan PWTC utk ke tempat kerja. Cumanya bermula pada Minggu lps dan kemuncaknya Minggu ini sekitar PWTC lebih "Merah" dari biasa.
Dari jauh berbaris Bas dan Mobil dr mana pelosok nye n ada kelihatan "merah" pd baju kurang, kain, baju melayu, tudung n ada juga yg "kurang sedikit pekat merahnya" kerana kelihatan "jambu warnanya", tapi belum tentu "jambu" wajahnya. Tak kurang juga dari jauh tampak songkok hitam yg pelbagai tinggi spt penari gambus mahu mengatur langkah gerak tari. Tapi tidak juga nampak "keris" dibawa, mungkin keris "terlekat" di bendera.
Jika dahulu, Guru sering memberi analogi "merah" itu persis lambang keberanian, kepahlawanan, garang, darah, Api n lain2 simbol nya. Bila disebut "Merah" juga teringat mitos yg menceritakan "lembu" tidak boleh melihat "merah" n cuba mengejar utk menyondol. Merah juga seringkali dikaitkan dgn pasukan gergasi EPL iaitu MU.
Pelbagai interprestasi yg boleh dikaitkan dgn "merah" tergantung kpd bagaimana kita melihat, mentafsir n berfikir.
Pastinya Minggu ini "Merah " akan terkait dgn perhimpunan Umno, satu pertubuhan besar yg menunjangi kepimpinan negara.
Adakah "Merah" kali ini lebih "Panas Merahnya" daripada Merah sebelumnya, atau merah ini cuma "Bara Merah" yg menunggu masa utk dijirus air pd Baranya yg pasti memadamkan merah yg cuma tinggal Bara hitam menjadi arang.
Jika Merah dianggap Api, menyalalah dgn nyalaan yg bermanfaat, namun berhati2 kerna Api juga bisa memberi mudharat Jika maraknya tidak terkawal.
Jika Merah dianggap Keberanian, bukti kan Keberanianmu membela seluruh rakyat tanpa membeda cop bendera. Buktikan keberanian dgn berkata benar, Walau pahit sekalipun.
Jika Merah itu ditafsirkan sbg kepahlawanan, aturkan langkah silatmu dgn gerak tangkas perwira spt pendekar di medan juang. Buktikan kepahlawanan mu membela Agama Islam tercinta hingga terbukti negara ini berpegang kpd sistem yg Islam sedia serta usah terlalu totok dlm Berjuang dgn semangat Kebangsaan sahaja.
Merah juga sering terkait dgn 1 perasaan Marah n Baran. Kawal Marah n Baran Mu sang Merah, Cari lah "Penyejuk" dgn warna sejuk utk memberi ketenangan n kebahagiaan.
Adakah Merah hari ini Merah Yg Berani, Menyala, Pahlawan???? Jadilah Merah spt Bunga Mawar Merah yg Mekar Mengharum Segar. Jadilah Merah Spt Merah Delima Yg Berkilau Luar n Dalamnya. Jadilah Merah Spt Permata Merah Yg Cukup Mahal Nilainya. Jadilah Merah Spt Merah Darah Para Shuhadaq Yg Berani Menegakkan Agama Allah.
Namun, Merah ini juga banyak jasanya pd negara. Itu tidak boleh dinafikan tapi banyak juga "kurang n silapnya" yg tidak pernah dilupakan oleh marhaein jelata.
Adakah Merah ini bisa Menyala Marak Sinarnya pada hari esok..... Tepuk dada, tanya Iman.
No comments:
Post a Comment