Thursday, 28 April 2016

Periuk n Pasir

Entah mengapa hari ini aku agak "tersentuh" dengan perkataan "periuk" dan "pasir". Kenapa ya, usah tanya lebih2.

Apa itu periuk n pasir? Maksud mudahnya periuk adalah alatan @ bekas untuk memasak. Pasir pula adalah satu bahan untuk adunan binaan yg asalnya drpd sungai, lombong n pantai.

Periuk digunakan untuk memasak n pasir digunakan untuk pembinaan. Periuk seharusnya menjadi bekas yg hanya "layak" diisi oleh bahan mentah untuk dimasak menjadi makanan. Manakala pasir hanya layak diadun bersama simen untuk kerja pembinaan.

Bolehkah periuk bersatu dengan pasir??? Nak masak pasir ke!!! Ini kerja gila. Mana mungkin keduanya bersatu.

Namun, tuan punya periuk, yakinlah rejeki ini milik Allah. Pasti ada hikmah tersirat yg perlu dimunasabah n ditafsirkan. Buat tuan punya pasir, usah "bazirkan" pasir yg tak banyak berbaki itu. Letakkanlah pasir ditempat yg sesuai sepatutnya.

Periuk carilah beras untuk hidup. Pasir pula, fahamilah dirimu bukan untuk periuk.

Selamat maju jaya periuk n pasir. Yakinlah semua Allah Yang Punya.

Wednesday, 27 April 2016

Cabaran @ Ujian @ Harapan

Hari ini telah berlangsung AGM Kelab D'Plantations Kali Ke 6. Sejujurnya inilah kali pertama aku hadir dlm AGM D'Plantations, dengan kata lain aku memang tak pernah hadir dalam AGM yg lepas2.

Apa sebenarnya Kelab D'Plantations? Yang aku faham ini spt kelab sosial anggota THPB ibupejabat beriadah, bersukan n aktiviti kebajikan. Sebahagian besar aktivitinya lebih kepada sukan terutamanya penyertaan dlm Karnival Sukan TH. Yang bagusnya pencapaian kontingen THP sentiasa "bagus" n "membanggakan".

Hari nie aku berkesempatan utk hadir, kira "sejarah" la. Namun yg lebih "sejarah" nye , aku " secara tak sengaja" dipilih untuk menganggotai ajk kelab. Terkedu, Terkujat, Tergamam, dan Ter Ter Ter yg lain aku dibuatnye. Jawatan Setiausaha!!!! Adoiiiii, aku yg demam ke "mereka" yang demam sbb "tersalah, tersasul terangkat tangan". Hehehe.

Mungkinkah ini " kifarah" n "balasan" atas "kelancangan" aku sebelum ini. Adakah ini merupakan "cabaran" yg "mencabar" aku. Adakah ini juga satu " ujian" yg mahu " menguji" aku. Entahlah....

Walaubagaimanapun, aku menghormati "keputusan" ini, mungkin ini satu "harapan". Terima kasih atas penghargaan ini.

Team Work, Supportive n Creative perlu dibentuk. Ini kelab kita, kita2 semua yang punya. Terima kasih kpd Mantan Ajk lepas yg aku rasa cukup "berjaya" n "membanggakan". Ini satu cabaran buat ajk baru untuk meneruskan "kebagusan" ajk yg lepas.

Tapi.... mcm mana #sikakibangku# spt aku nak jd "runner" dlm club....

Sunday, 24 April 2016

Muster @ Roll-Call

Antara perkara yang 'menarik' dalam dunia 'estate' adalah 'morning muster' @ 'roll-call'. Secara ringkasnya 'muster' @ 'roll-call' boleh aku katakan adalah:-

1. Perhimpunan semua 'estate management', 'field staft' dan 'checkroll workers' pada awal pagi sebelum memulakan kerja. Jika estate di Semenanjung bermula jam 6.30 am, di Sabah jam 5.30 am dan di Sarawak jam 5.45 am.
2. Semua 'checkroll worker's' akan berbaris dalam kumpulan kerja @ 'gang' masing2. Ketua Gang @ Mandore akan mengetui baris hadapan dan field staft @ conductors dan Estate Manager serta Asst Manager akan berada di hadapan mengadap perbarisan.
3. Kehadiran @ attendance akan direkod pada Buku 'pocket checkroll'. Mandore atau conductor akan panggil nama sorang2 dan workers akan menyahut " Ada" sambil tangan diangkat hehehhe. Antara code yg digunakan spt N untuk normal present, A untuk absent, S sick, H, L dan lain2. Kebiasaannya kehadiran muster bukan penentu 'kong' @ 'gaji harian' yg penuh. Namun kehadiran muster adalah mandatory.
4. Semasa roll-call, Estate Manager @ Asst Manager akan memberi peringatan berkaitan kerja, kualiti kerja, keselamatan n banyak lagi. Kalau Bos tak puas hati contohnya ffb unripe @ buah muda, pagi nie memang kena 'ceramah' la hehehehe.
5. Bacaan Doa memohon Keberkatan, Kerahmatan, Perlindungan daripada Allah. Yg non Muslim dok diam, doa dlm hati agaknya.
6. Bacaan Ikrar pematuhan keselamatan pekerja yg diketuai oleh seorang pekerja dan diikuti Ikrar secara beramai2. Bergema suara di subuh hari hehehehe. Tapi tak semua estate yang amalkan.
6. Asst Manager n conductor akan membuat pembahagian tugas, programme hari tersebut iaitu jumlah pekerja, jenis kerja, field area @ block untuk semua kerja termasuk harvesting @ maintenance yg direkodkan dalam document 'muster chit'.
7. Workers bersurai dgn tractor @ motorcycle.

Ini semua apa yg aku paham berkaitan muster @ roll-call berdasarkan pemerhatian n pembacaan SOP syarikat. Apa yg menarik nye, amalan Ini diamalkan sejak zaman colonial semasa mat saleh mengetuai pengurusan ladang dulu, mungkin lebih dari 100 tahun yang lalu.

Terkenang kenangan pertama hadir proses roll-call pada Januari 2004. Bulan pertama aku lapur diri sebagai auditor di THP, aku di hantar training ke Kompleks Kota Bahagia selama seminggu. Aku perlu lapor diri kepada SM Sungai Mengah masa itu "Pak Arip" ( dah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Planting Advisor di THP). Hari pertama lapor diri Pak Arip bagi penerangan ringkas berkaitan Estate Management bersama AM pd masa itu "Tn Mahya" ( sekarang dah jadi Manager di Enggang Estate THP) dan sorang lagi "Tn Yusri" ( dah berhenti ngan THP dan sekarang Manager Di PKNP).

Petang hari pertama di Sg Mengah, Pak Arip dgn loghat kedahnya " esok pagi aku ambik hang kat guest house kita pi roll-call". Aku angguk jer. Esoknya dlm jam 6.15 am aku dgr bunyi Honnnn dari Hilux Pak Arip, kelam kabut aku keluor dgn kain pelekat. Pak Arip bertempik " Hang tak mandi lagi ka" aku angguk jer. " hang ingat roll-call kui berapa ". Selamba aku jawab "8.30 pagi Tuan". " cehh, aku ingat hang tau, kui 6.30 la, dahh, esok ja hang p roll-call". Pak Arip beredar dgn muka bengang. Esok nya AM Mahya yg amik aku kat guest house hehehhe. Salah aku jugak sbb tak tanya roll-call jam berapa. Itulah pengalaman awal aku berkaitan roll-call.

Sempat aku tanya Pak Arip mcm mana asal usul nama roll-call. Pak Arip cakap, "zaman mat saleh dulu, masa morning muster, senarai attendance dlm kertas, depa gulung ja kertas attendance, masa muster, kertas yg gulung tadi di bukak n panggil nama sorang2, sbb itu namanya roll-call". Aku angguk jer.... Logic jugak hehehhe.

Hakikatnya, roll-call nampak mcm 'old school' tapi ianya satu proses yg penting n ada 'seni' tersendiri. Aku dapat simpulkan :-
1. Proses perancangan kerja harian.
2. Maklumbalas pengurusan secara terus n berkala secara harian.
3. Hubungan inter personal secara langsung.
4. Mood pagi yg segar untuk memulakan tugas.
5. Kerohanian iaitu memulakan kerja dgn doa mohon Keberkatan n bantuan Allah.
6. Ikrar keselamatan pekerjaan yg refresh secara harian kepentingan penjagaan keselamatan semasa kerja.
7. Rekod dokumen yg teliti n systematic.

Sebagai auditor kami perlu hadir pada sesi roll-call untuk membuat observation dan semakan rekod pekerja. Mana tau takut2 ada 'pekerja hantu' hehehhe, skg susah mau cari 'pekerja hantu'. Apa itu 'pekerja hantu', nx time aku cerita.

Sesi roll-call terbaru yg aku hadir adalah di Sg Tenegang Estate, Lahad Datu, Sabah pada April 2016.

Terfikir jugak, di hq ada ke perancangan tugas harian dan ada ke bacaan doa secara beramai sebelum mulakan tugasan, mmmmmm. System Kerja di estate ada "Seni" nya yg unik, menarik n boleh dijadikan contoh dlm amalan harian.

Friday, 15 April 2016

#Dakwah

Pagi nie sempat dengar tazkirah Ustaz Hadi kat Dewan Perkasa THP, program mingguan setiap jumaat di office aku bermula dgn Bacaan Yaasin, Tazkirah, Solat Sunat Dhuha n Solat Hajat. Penghujung program pastinya "sapedek" @ soru @ makan2, yg ini mmg best sbb makan free hehehehe.

Aku tak mau ulas pasal kehadiran 'muka yg sama' atau pasal lain2 yg agak 'sensitive' sbb nant ada plak yg 'sentap' n kata aku 'kaki comments '.Namun, aku nak ucap banyak2 terima kasih pada Pengurusan Syarikat kerana memberikan ruang n peluang utk program n majlis ilmu seperti ini.

Pagi nie Ustaz Hadi lebih focus pada tajuk "Dakwah". Dari aspek bahasanya, "Dakwah" bermaksud: Menyeru, Memanggil n Mengajak. Atau mudah pahamnya yg selalu kita dengar, "Menyeru Ke Arah Kebaikan, Mencegah Kpd Perkara Keburukan".

Pada awal tazkirah, sejujurnya "mata ini" hampir "tertutup" walaupun "telinga" terus mendengar. Namun aku "gagahi" jua untuk tidak "lelap". Tapi bila mana Ustaz Hadi mengulas isu "Dr Zakir Naik", mata "membulat mekar" kembali.

Aku tak mau ulas pasal DZN, tapi aku tertarik dgn ulasan Ustaz Hadi iaitu, semua orang boleh berdakwah Ke Arah Kebaikan n tidak semestinya Dakwah itu hanya dibuat dikalangan para Agamawan, Ustaz n Ustazah.

Dakwah bukan hanya tertumpu dlm ceramah, kuliah n tazkirah sahaja. Tingkahlaku, perbuatan n cara hidup yg baik berlandaskan agama juga adalah cabang kepada Dakwah.

Namun dlm dunia siber skrg, Dakwah lebih moden dlm bentuk penyampaian n penulisan Di dalam Internet, blog, fb, twitter, w.app n lain2 media. Namun, pokok pangkal nya Berdakwah walau apa juga caranya, harus punya ilmu n kefahaman kerana takut TERSALAH fakta, guru, rujukan yg akhirnya takut mengambil KEPUTUSAN/KESIMPULAN yang salah.

Antara lain yg menarik minat aku bila Ustaz mengulas berkaitan "Hikmah" iaitu Berdakwah dengan cara yg Behikmah sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad n Para Sahabat.

Rupanya Dakwah Untuk "MENGISLAMKAN" orang Islam lebih sukar daripada MENGISLAMKAN orang bukan Islam.

Akhirnya Berdakwahlah dgn Hikmah menggunakan kaedah sesuai dgn golongan sasar, menggunakan gaya bahasa yg sopan n bijaksana dgn ilmu.

Jika kita tidak mampu berdakwah, usah halang usaha Org lain untuk berdakwah.

Monday, 11 April 2016

#KakiBangku

Entah kenapa hari ini aku agak 'tertarik' dengan perkataan 'kaki'. Perkataan Melayu banyak memberi 'maksud tersirat' termasuk 'simpulan bahasa' yang menggunakan perkataan 'kaki'.

Selalu kita mendengar, mengguna dan menggelar seseorang dengan perkataan 'kaki'. Contohnya 'kaki bangku', 'kaki ayam', 'kaki tempang ', 'kaki capek', 'kaki kiri' dan 'kaki kanan '.

Tapi zaman skrg, perkataan 'kaki' juga telah 'upgrade' n ada unsur sinis yg tajam menikam tertikam 'makan dalam '. Contohnya 'kaki bodek', 'kaki kipas ',' kaki ampu', ' kaki botol ', 'kaki betina', 'kaki golf', 'kaki karok', 'kaki motor', 'kaki makan', 'kaki panjang', 'kaki lipat', 'kaki untut', 'kaki tibai', 'kaki komen', 'kaki bantai', 'kaki clubbing', n banyak Lagi.

Tapi ada juga 'kaki' yg baik maksudnya seperti 'kaki masjid ', 'kaki surau', 'kaki kuliah', 'kaki ceramah', 'kaki usrah', 'kaki kerja', 'kaki duit', 'kaki derma' n banyak lagi.

Aku 'terusik' dengan perkataan 'kaki bangku '. Zaman sekolah dulu, 'kaki bangku ' adalah simpulan bahasa yang membawa maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola n bersukan. Terus terang, aku tergolong dalam 'kelompok ini', hehehehe.

Malu ke jadi 'kaki bangku'?  Malu la jugak kan... Hehehehe, Tapi Tak bermakna Org yg digelar 'kaki bangku' tidak langsung 'bersukan' kan. Tak kira apa jenis sukan, asal kan matlamatnya untuk 'kesihatan' hatta berjogging, berjalan2, ataupun indoor kat rumah. Bukan nak bertanding pun hehehehe. Tak bererti pasif n anti social hehehehe.

Walaubagaimanapun, jika kita punya 'bakat' n 'minat' untuk bersukan n sertai pertandingan itu adalah baik n advantage. Boleh diteruskan. Kalu zaman sekolah n kat 'u', itu satu kelebihan.

Walau apa pun jenis 'kaki' yang kita ada, teruskan 'berkaki' dengan 'kaki' sendiri serta menggunakan 'kaki' ke jalan yang diredhai Allah. Moga 'kaki' ini membawa kita ke SYURGA.