Friday, 15 April 2016

#Dakwah

Pagi nie sempat dengar tazkirah Ustaz Hadi kat Dewan Perkasa THP, program mingguan setiap jumaat di office aku bermula dgn Bacaan Yaasin, Tazkirah, Solat Sunat Dhuha n Solat Hajat. Penghujung program pastinya "sapedek" @ soru @ makan2, yg ini mmg best sbb makan free hehehehe.

Aku tak mau ulas pasal kehadiran 'muka yg sama' atau pasal lain2 yg agak 'sensitive' sbb nant ada plak yg 'sentap' n kata aku 'kaki comments '.Namun, aku nak ucap banyak2 terima kasih pada Pengurusan Syarikat kerana memberikan ruang n peluang utk program n majlis ilmu seperti ini.

Pagi nie Ustaz Hadi lebih focus pada tajuk "Dakwah". Dari aspek bahasanya, "Dakwah" bermaksud: Menyeru, Memanggil n Mengajak. Atau mudah pahamnya yg selalu kita dengar, "Menyeru Ke Arah Kebaikan, Mencegah Kpd Perkara Keburukan".

Pada awal tazkirah, sejujurnya "mata ini" hampir "tertutup" walaupun "telinga" terus mendengar. Namun aku "gagahi" jua untuk tidak "lelap". Tapi bila mana Ustaz Hadi mengulas isu "Dr Zakir Naik", mata "membulat mekar" kembali.

Aku tak mau ulas pasal DZN, tapi aku tertarik dgn ulasan Ustaz Hadi iaitu, semua orang boleh berdakwah Ke Arah Kebaikan n tidak semestinya Dakwah itu hanya dibuat dikalangan para Agamawan, Ustaz n Ustazah.

Dakwah bukan hanya tertumpu dlm ceramah, kuliah n tazkirah sahaja. Tingkahlaku, perbuatan n cara hidup yg baik berlandaskan agama juga adalah cabang kepada Dakwah.

Namun dlm dunia siber skrg, Dakwah lebih moden dlm bentuk penyampaian n penulisan Di dalam Internet, blog, fb, twitter, w.app n lain2 media. Namun, pokok pangkal nya Berdakwah walau apa juga caranya, harus punya ilmu n kefahaman kerana takut TERSALAH fakta, guru, rujukan yg akhirnya takut mengambil KEPUTUSAN/KESIMPULAN yang salah.

Antara lain yg menarik minat aku bila Ustaz mengulas berkaitan "Hikmah" iaitu Berdakwah dengan cara yg Behikmah sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad n Para Sahabat.

Rupanya Dakwah Untuk "MENGISLAMKAN" orang Islam lebih sukar daripada MENGISLAMKAN orang bukan Islam.

Akhirnya Berdakwahlah dgn Hikmah menggunakan kaedah sesuai dgn golongan sasar, menggunakan gaya bahasa yg sopan n bijaksana dgn ilmu.

Jika kita tidak mampu berdakwah, usah halang usaha Org lain untuk berdakwah.

No comments:

Post a Comment