Antara perkara yang 'menarik' dalam dunia 'estate' adalah 'morning muster' @ 'roll-call'. Secara ringkasnya 'muster' @ 'roll-call' boleh aku katakan adalah:-
1. Perhimpunan semua 'estate management', 'field staft' dan 'checkroll workers' pada awal pagi sebelum memulakan kerja. Jika estate di Semenanjung bermula jam 6.30 am, di Sabah jam 5.30 am dan di Sarawak jam 5.45 am.
2. Semua 'checkroll worker's' akan berbaris dalam kumpulan kerja @ 'gang' masing2. Ketua Gang @ Mandore akan mengetui baris hadapan dan field staft @ conductors dan Estate Manager serta Asst Manager akan berada di hadapan mengadap perbarisan.
3. Kehadiran @ attendance akan direkod pada Buku 'pocket checkroll'. Mandore atau conductor akan panggil nama sorang2 dan workers akan menyahut " Ada" sambil tangan diangkat hehehhe. Antara code yg digunakan spt N untuk normal present, A untuk absent, S sick, H, L dan lain2. Kebiasaannya kehadiran muster bukan penentu 'kong' @ 'gaji harian' yg penuh. Namun kehadiran muster adalah mandatory.
4. Semasa roll-call, Estate Manager @ Asst Manager akan memberi peringatan berkaitan kerja, kualiti kerja, keselamatan n banyak lagi. Kalau Bos tak puas hati contohnya ffb unripe @ buah muda, pagi nie memang kena 'ceramah' la hehehehe.
5. Bacaan Doa memohon Keberkatan, Kerahmatan, Perlindungan daripada Allah. Yg non Muslim dok diam, doa dlm hati agaknya.
6. Bacaan Ikrar pematuhan keselamatan pekerja yg diketuai oleh seorang pekerja dan diikuti Ikrar secara beramai2. Bergema suara di subuh hari hehehehe. Tapi tak semua estate yang amalkan.
6. Asst Manager n conductor akan membuat pembahagian tugas, programme hari tersebut iaitu jumlah pekerja, jenis kerja, field area @ block untuk semua kerja termasuk harvesting @ maintenance yg direkodkan dalam document 'muster chit'.
7. Workers bersurai dgn tractor @ motorcycle.
Ini semua apa yg aku paham berkaitan muster @ roll-call berdasarkan pemerhatian n pembacaan SOP syarikat. Apa yg menarik nye, amalan Ini diamalkan sejak zaman colonial semasa mat saleh mengetuai pengurusan ladang dulu, mungkin lebih dari 100 tahun yang lalu.
Terkenang kenangan pertama hadir proses roll-call pada Januari 2004. Bulan pertama aku lapur diri sebagai auditor di THP, aku di hantar training ke Kompleks Kota Bahagia selama seminggu. Aku perlu lapor diri kepada SM Sungai Mengah masa itu "Pak Arip" ( dah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Planting Advisor di THP). Hari pertama lapor diri Pak Arip bagi penerangan ringkas berkaitan Estate Management bersama AM pd masa itu "Tn Mahya" ( sekarang dah jadi Manager di Enggang Estate THP) dan sorang lagi "Tn Yusri" ( dah berhenti ngan THP dan sekarang Manager Di PKNP).
Petang hari pertama di Sg Mengah, Pak Arip dgn loghat kedahnya " esok pagi aku ambik hang kat guest house kita pi roll-call". Aku angguk jer. Esoknya dlm jam 6.15 am aku dgr bunyi Honnnn dari Hilux Pak Arip, kelam kabut aku keluor dgn kain pelekat. Pak Arip bertempik " Hang tak mandi lagi ka" aku angguk jer. " hang ingat roll-call kui berapa ". Selamba aku jawab "8.30 pagi Tuan". " cehh, aku ingat hang tau, kui 6.30 la, dahh, esok ja hang p roll-call". Pak Arip beredar dgn muka bengang. Esok nya AM Mahya yg amik aku kat guest house hehehhe. Salah aku jugak sbb tak tanya roll-call jam berapa. Itulah pengalaman awal aku berkaitan roll-call.
Sempat aku tanya Pak Arip mcm mana asal usul nama roll-call. Pak Arip cakap, "zaman mat saleh dulu, masa morning muster, senarai attendance dlm kertas, depa gulung ja kertas attendance, masa muster, kertas yg gulung tadi di bukak n panggil nama sorang2, sbb itu namanya roll-call". Aku angguk jer.... Logic jugak hehehhe.
Hakikatnya, roll-call nampak mcm 'old school' tapi ianya satu proses yg penting n ada 'seni' tersendiri. Aku dapat simpulkan :-
1. Proses perancangan kerja harian.
2. Maklumbalas pengurusan secara terus n berkala secara harian.
3. Hubungan inter personal secara langsung.
4. Mood pagi yg segar untuk memulakan tugas.
5. Kerohanian iaitu memulakan kerja dgn doa mohon Keberkatan n bantuan Allah.
6. Ikrar keselamatan pekerjaan yg refresh secara harian kepentingan penjagaan keselamatan semasa kerja.
7. Rekod dokumen yg teliti n systematic.
Sebagai auditor kami perlu hadir pada sesi roll-call untuk membuat observation dan semakan rekod pekerja. Mana tau takut2 ada 'pekerja hantu' hehehhe, skg susah mau cari 'pekerja hantu'. Apa itu 'pekerja hantu', nx time aku cerita.
Sesi roll-call terbaru yg aku hadir adalah di Sg Tenegang Estate, Lahad Datu, Sabah pada April 2016.
Terfikir jugak, di hq ada ke perancangan tugas harian dan ada ke bacaan doa secara beramai sebelum mulakan tugasan, mmmmmm. System Kerja di estate ada "Seni" nya yg unik, menarik n boleh dijadikan contoh dlm amalan harian.
salam tuan, sangat menarik perkongsian ini. adakah tuan skrg masih bekerja di Sabah?
ReplyDelete