Monday, 16 May 2016

Kisah Aku Dan Cikgu

Setiap tahun tanggal 16 Mei semua orang akan terkenang Hari Guru. Biar apapun panggilannya sama ada Guru, Cikgu, Cikgi, Ustaz, Ustazah, Lecturer, Sifu, atau lain2 nya, mereka pastinya Insan Istimewa yang berperanan "Mendidik" anak bangsa.

Tanggal 16 Mei terlalu 'istimewa' buat kami sekeluarga kerana ianya adalah tarikh ulang tahun kelahiran "Guru" pertamaku dalam hidup iaitu Emak yang tercinta Hajah Rokiah Bt Hj Ishak.

Pastinya Insan ini iaitu Emak adalah guru yg pertama dan terus menerus mengajar, mengasuh, mendidik, membesar, membantu, mendorong dari saat aku hadir di dunia hingga sampai bila2. Terima Kasih Mak.

Dalam pendidikan formal, aku mula mengenal sekolah dasar di Tadika Kemas Felda Kemasul pada usia 6 tahun. Selepas itu ke sekolah kebangsaan SKFK dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Secara jujurnya entah kenapa memori aku banyak mengimbau kenangan yg "kurang manis" di SKFK. Aku pun tak faham, bila terkenang SKFK, aku akan terkenang perkara berikut:-

1. Jalan itik : Terbayang muka Cikgu Raduan ( skrg mengajar di Perak ), pakai motor rxz putih, dulu masa sekolah inilah Cikgu yg aku 'takut'. Boleh kata selalu kena denda jalan itik dgn Cikgu Wan. Sampai aku jadi tak suka dgn matapelajaran BM yg diajar oleh Cikgu Wan. Akhirnya padah menimpa, aku gagal dlm Upsr utk BM Penulisan, aku dapat 'D'. Semua salah aku sendiri, Cikgu Wan tak salah, aku yg lemah, tak minat n selalu negative sbb aku terlalu membandingkan diri bahawa aku tak pandai berbanding kawan2 spt Ismazuan ( tak tau kat mana skrg) , shahron ( khabarnya Bos Besar di agensi kerajaan), fadzli ( engineer oil n gas), johanis ( tak tau kat mana skrg), rohana ( bos besar di kuantan), jet ( bos perodua pahang), wajey ( tokey besar di kl ), anak ustaz shahidan ( guru di n9), nurul anak Pengurus Felda ( di Jb skrg). Aku mohon maaf pd Cikgu Wan krn terlalu lama aku 'menyimpan rasa' spt ini. Itu perasaan masa aku masih 'hijau' dan belum matang. Sbnarnya semua Cikgu mahukan anak didiknya berjaya. TQ Sir.

2. Nasyid di Sekolah Agama Rakyat Kemasul. Selalunya antara aku atau wajey yang akan jd 'tekong'. Sedap jugak suara aku. Ustaz yg mengajar adalah Arwah Ustaz Razali. Al Fatihah. Walaupun selalu buat persembahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, tapi kemuncak nya masa Tahun 6 aku tidak terpilih wakili sekolah, keciwa betul masa itu. Hehehehe. Skrg bila dikenang, pastinya yg 'terbaik' akan dipilih, maknanya aku 'tak cukup baik' pd masa itu.

3. Upsr : daripada 4 matapelajaran, jujurnya aku bg tau, aku gagal 2 dgn dapat 'D'. Sedih betul. Teman2 yg cemerlang dapat masuk asrama, shahron, ismazuan, johanis, wajey, rohana, n ramai lg. Aku sekolah di SMKC.

5. Kena Penampar. Kejadian di masa aku Tahun 6. Satu pagi baru sampai kelas, tetiba dengar suara 'Cikgu Sham' bertempik " Sapa yg tak ada dalam senarai petugas bersihkan kelas, beratur depan saya". Yang aku ingat antaranya wajey, fadzli, jet n aku. Tak semena2 kami menerima penampor@ tempeleng "TANPA BICARA N SOAL" oleh Cikgu Sham. Masih terngiang batu cingin cikgu sham "menghentak" muka aku. Cehh mental betul cikgu yg naik motor Rd putih biru nie hehehe. Tq Cikgu atas " Tamparan" itu.

4. Antara Cikgu Skfk yg masih dlm memori aku adalah Cikgu Siti, Cikgu Yusof, Cikgu Surizan, Cikgu Basri ( pernah dirotan sbb tak hafal sifir), Cikgu Jamil, Arwah Cikgu Asmah ( Al Fatihah), Guru Besar Cikgu Wahab ( Al Fatihah).

Masuk alam sekolah menengah aku di Sek Men Kebangsaan Chemomoi ( SMKC) dari Form 1 hingga Form 5.

Tak banyak kenangan masa Form 1 kecuali aku teringat nombor periksa keseluruhan Form 1 utk periksa akhir tahun, aku dapat nombor 109. Pehhh hebat tak hehehe. Oleh itu aku 'diturunkan' ke kelas ketiga masa Form 2, kalu nombor 110 masuk kelas nombor 4, nasib dapat masuk kelas nombor 3 iaitu 2 Khuldi.

Minat utk belajar masih samar2 ketika itu. Seterusnya masuk Form 3. Aku dapat Cikgu GSTT @ Cikgu Ganti yg juga menjadi Guru Kelas 3 Khuldi, Cikgu Raja Andah namanya. Cikgu Raja Andah berjaya menarik minat aku untuk belajar walaupun PMR cuma berbaki beberapa bulan jer lagi. Kami pelajar yg 'kurang pandai' diberi 'kelas tambahan' oleh Cikgu Raja Andah di rumah beliau. Aku, Naza ( khabarnya keje di Felda Mengkarak skrg), azizi, pian mat ligat, n 2-3 orang lagi selalu dibantu oleh Cikgu Raja.

Timbul kesedaran utk belajar, akhirnya aku dapat A utk kedua2 subject yg Cikgu Raja ajar. Subject lain..... 'ada yg baik n ada yg sederhana' hehehe. Walaupun tidak cemerlang keseluruhan, tapi ianya adalah 'starting point' utk aku.

Aku juga diberi peluang wakil sekolah utk pertandingan syarahan di bawah bimbingan Cikgu Raja. Walaupun tak menang, tapi itu cukup meyakinkan aku.

Moralnya di sini, jika pelajar yg 'lemah' tapi diberi perhatian n tunjuk ajar dgn skill, berkemungkinan boleh membantu 'menyelamatkan' pelajar tersebut. Tq Cikgu Raja, Cikgu memberi kesedaran awal pada saya.

Lps habis PMR, pelajar2 cemerlang dapat tawaran ke sekolah2 bagus spt mrsm, asrama penuh, teknik n banyak lagi. Teman2 spt fadzli, fauzi, yusri, n ramai lg ke sekolah bagus2. Aku hehehe terus setia di SMKC .

Masuk Form 4, bila best2 students pergi ke sekolah luar, aku 'diberi peluang' utk ke kelas atas, perasan bagus pulak hahaha. Alhamdulillah, momentum utk belajar hadir mulai awal Form 4 hingga berakhir Form 5. Tambah2 aku dapat semua cikgu yg best. Cikgu Rosdin ( skill peta minda), Cikgu Sam, Cikgu Mah Hussin, Cikgu Maziah, Cikgu Norhaizan,Teacher Azza, Ustazah Habibah, Cikgu Wan Salmah, Cikgu Normala n ramai lagi.

Cikgu Rosdin selalu bawak aku wakil sekolah utk mcm2 pertandingan kuiz untuk sekolah daerah Bentong. Banyak kali jugak aku naik van vanette cikgu Rosdin yg ada langsir. Antara kenangan nya, Cikgu Rosdin bawak g Pesta Konvo UkM di Bangi. Anak kampung spt aku dibawa menjejakkan kaki ke university, itu menjadi azam yg aku tanam utk lanjutkan pelajaran ke U lps spm. Tq banyak2 Cikgu.

Cikgu Sam, Cikgu Mah Hussin, Cikgu Salmah , Teacher Azza, Cikgu Normala n lain2 adalah cikgu muda ketika itu yg best, sporting n caring. Tq Cikgu.

Cikgu yg senior ketika itu spt Cikgu Maziah, Cikgu Rosdin, Cikgu Norhaizan n ramai lg mmg best. Tq Cikgu.

Geng aku masa itu usu ( bos besar dlm atm skrg), rizal ( bos besar di iwk), shahidan ( guru di pahang), lan ( bos di mara), akhbar ( bos di majlis daerah bentong), jet ( bos besaq perodua kuantan), suhaili ( bos besar kwsp kl), amad zaini n kizam ( tak tau khabar). Kami mmg satu kepala. Korang mmg best.

Dalam class 'seteru' geng lelaki adalah geng d'snail antaranya azlina ( cikgu di selangor @ wife fadLi) , yati ( best students spm 96 khabarnya bos besar di kementerian pendidikan), roslina ( paramedics di Saudi), deq da, n ramai lg yg aku pun tak berapa ingat. Tq semua.

Masa Form 4, aku n gang Dikir Barat SMKC telah mewakili sekolah dan menjadi juara peringkat Daerah n Negeri. Seterusnya mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan di Penang. Kami dapat no 4 di Penang, wow bangga beb. Tq pd Cikgu Md Noor n sifu2 dikir barat atas kepercayaan n peluang ini. Juga pd teman2 spt jan, mie, usu, sotong, nanang, surin, bidi, suhaili, deen, azman n ramai lagi.

Zaman di SMKC bersama kawan2 n Cikgu2 yg Best mmg tak boleh aku lupa. Jasa semua hanya Allah yg mampu membalasnya terutamanya jasa Cikgu2.

Tamat spm, Alhamdulillah aku ditawarkan tempat di UTM skudai. Ada juga member2 sekolah aku do utm walaupun faculty berbeza antaranya yati, akhbar, fauzi n yusri.

Kisah di UTM nx time aku cerita. Hehehe

Aku juga pernah ada pengalaman menjadi guru di Sek Men Selayang Baru ( 2001) dan Sek Keb Sg Kemahal ( 2003 ). Namun, mungkin aku tak punya bakat utk ' mengajar' n rezeki bukan sbg guru. Tapi kekadang rindu juga dipanggil "Cikgu". Biarlah ianya menjadi memori dlm kenangan hidup aku. Buat anak2 murid Cikgu dulu, tegur2 lah Cikgu jika terserempak ya. Cikgu doakan moga semuanya Success.

Kini aku menjadi guru untuk anak2. Moga keberkatan cikgu aku dapat wariskan kpd anak2 ku.

Sempena Hari Guru, aku merakamkan jutaan terima kasih kpd semua:-
1. Mak n Abah ( Guru Sejati sampai bila2).
2. Cikgu Tadika.
3. Cikgu SKFK.
4. Cikgu SMKC.
5. Lecturer Utm
6. Semua yg pernah memberi tunjuk ajar sejak aku lahir hingga skrg.

Maaf jika nukilan ini mengguris hati, ianya sekadar menggamit memori lama berkait guru. Saya Sayang Semua Guru. Tq Cikgu.

Mungkin ada cikgu yg masih bertugas, teruskan mendidik anak bangsa. Jika cikgu telah bersara, selamat beristirehat. Jika ada yg telah meninggal dunia, ayuh kita doakan kerahmatannya. Al Fatihah.

1 comment:

  1. Khai dlm kelas pendiam sgt sbb tu geng da snails suka usik.. x tau akbar study kat utm jugak

    Yati geng da snails

    ReplyDelete