Tanggal 1 Mei setiap tahun akan "terlekat di kepala" sebagai Hari Pekerja @ Buruh. Semua akan " tersenyum" sbb public holiday hehehe.
Kenapa di panggil Pekerja @ Buruh. Bos2 samaada Bos Besar n Bos Kecik termasuk ke dlm "group" Pekerja @ Buruh. Ada ke Hari Bos, tak ada kan hehehe. Maknanya Bos pun "Tergolong" dlm kelompok "pekerja @ buruh". Sama jer kan, sama2 dapat gaji, allowance, 'saguhati', increment n lain2. Yang bezanya cuma amount nye, kalu bos pastilah berganda lipatnya, maklumlah bos katakan, mestila lebih. Sebabnya "tanggungjawab" lebih berat dari subordinate pekerja @ buruh @ kuli.
Teringat kata2 pujangga yg aku lupa sumber sanadnya yg berbunyi, seorang ketua yg baik adalah:
" Jika ada kesenangan, biarlah aku orang terakhir menikmatinya, jika ada kesusahan, biarlah aku orang pertama yg menempuhinya".
Ada ke Bos mcm nie, kat tempat aku, Alhamdulillah 'semua' ada ciri2 tersebut. Yer ke..... mmmmmm yer yer yer.
Maknanya, kita bos ke, staf ke, pekerja ke, buruh ke hatta kuli sekalipun, kita merasai 'Hari Pekerja".
Rupanya tanggal 1 Mei sbg Hari Pekerja telah berkuatkuasa sejak 1886 lagi di US sempena kejadian " mogok haymarket @ mogok umum" yg memperjuangkan waktu bekerja 8 jam. Itu sedikit sejarahnya. Maknanya "tuntutan" pekerja melalui "union" adalah satu alternative yg berkesan namun perlu rasional agar wujud win-win antara semua pihak. Tempat korang ada union@ kesatuan kerja? Tempat aku........ shhhhhh ( diam2 jangan ulas nanti dapat kotak)....
Tema Hari Pekerja 2016 adalah "Pekerja Berkemahiran, Penggerak Ekonomi". Makna mudahnya pekerja harus mahir dlm pelbagai cabang ilmu/kemahiran untuk membolehkan lahirnya pekerja yang multitasking, independent, skillful dan competent akan membantu organisasi mencapai objective nya.
Mahirkah kita, selalunya diri sendiri yg menilai keupayaan diri akan 'bias'' dalam membuat penilaian. Kecambahan ilmu, teknologi dan persekitaran ekonomi yang pantas memaksa kita juga harus sentiasa memahirkan diri. Jika tidak, kita terus tertinggal. Namun, ramai antara kita sudah "terlalu selesa" hingga tidak mahu "perubahan". Mungkin "selesa" dgn jawatan, tugasan, kerusi empuk n emolument.
Tpt korang ada ke perutusan hari pekerja, sambutan, tema tertentu, perhimpunan atau lain2 aturcara sbg platform untuk semangat teamwork serta "roh pekerja". Mungkin kat tempat korang ada, tempat aku, Alhamdulillah semua "tema hari pekerja" sentiasa di "hati" kami..... ehem2 , yer ke......
Walaubagimanapun, mcm biasa ayat klese, Bersyukurlah kerana sbg pekerja kita masih punya "KERJA". ALHAMDULILLAH. Dalam keadaan ekonomi global tidak menentu, ramai pekerja yg "khidmatnya tidak lagi diperlukan" . Oleh itu, bekerjalah kerana ianya juga "Ibadah", bekerja kerana Allah, mencari rejeki halal untuk kelangsungan keluarga.
Selagi namanya Pekerja, harus terus Bekerja, Mengerjakan n Dikerjakan.
No comments:
Post a Comment