Monday, 19 September 2016

Korupsi

Hari ini aku tertarik dgn 'bongkaran' di dalam www.edisirakyat.com iaitu sebuah program di indonesia seakan sama dengan program 999 di tv3. Isu nya berkaitan Pendatang Tanpa Izin @ Pati yang masuk ke Malaysia.

Dinyatakan bahawa wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia telah menyamar sebagai TKI dan meloloskan diri untuk masuk ke Malaysia dari Indonesia secara haram melalui Tawau. Amat memeranjatkan bahawa begitu mudah nya orang luar masuk ke Malaysia secara haram dan terdapat unsur korupsi 'semurah' rm50-rm100.

Adakah benar dakwaan ini????. Jika benar, malapetaka apakah ini???? Pihak Berkuasa terlibatkah???? Jika benar ada unsur korupsi, mereka adalah 'pengkhianat ' negara. Jika dakwaan ini hanya dakyah tuduhan tidak berasas, langkah menjernihkan maruah Pihak Berluasa perlu segera diambil.

Serius kah gejala korupsi?? jawapan nya mungkin ada pada kajian dan analisa oleh sprm dan lain2 kajian analisa ilmiah oleh ahli akademik bijak pandai.

Bahasa mudah faham, korupsi nie sama dengan rasuah, duit kopi, duit under table, salah guna kuasa dengan peroleh imbuhan sebagai balasan / ganjaran. Bila sebut rasuah automatic dalam kepala sebahagian besar masyarakat terbayangkan pihak berkuasa beruniform. Tidak dinafikan mungkin ada banyak contoh, namun adalah tidak adil kita melebelkan semua unit dan anggota pihak berkuasa terlibat dgn korupsi.

Jika ada asas yg jelas terbukti , kekadang terfikir juga, tak kenal dosa ke, tak takut azab kubur n neraka ka!!!!!

Nak kata gaji tak cukup, sampai pencen pun gaji sentiasa tak cukup, selagi kehendak sentiasa melebihi keperluan.

Apa yg menyebkan korupsi bersama ???? Pada aku ada beberapa factor:
1. Nipisnya iman.
2. Lifestyle yang sentiasa mau nampak hebat.
3. Kehendak macam syaitan yg haloba melebihi keperluan sebenar.
4. Kelemahan sistem pemantuan.
5. Sudah menjadi kebiasaan dan tidak rasa bersalah. Kata orang korupsi nie macam 'candu', sekali dah 'rasa sedapnya' makan duit korup, para 'pemakan' ini akan 'ketagih' mahu menghisap candu korup. Peringkat awal mungkin takut2 n malu2 nak amik, namun  bila selalu "merasa" manis n mudahnya korup, pasti akan ketagih n mahu sentiasa. Terasa bisa menusuk agak nya bila tak amik candu korup hehehe.

Selalu juga didedahkan antara golongan yg telah ketagih candu korup adalah ahli politik, pimpinan organisasi, ahli perniagaan dan ramai lagi.

Kata pepatah lama, manakan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. maksudnya korup ini berlaku setelah kedua2 pihak setuju utk malayari korup secara jemaah.

Akhirnya, ayuh kita berdoa moga Allah menjauhkan kita dari fitnah korup, orang korup. Bayangkan azab nya adalah penjara dunia, azab akhirat.

Thursday, 15 September 2016

Pingat

Musim ini musim pingat. Semua mata tertumpu di Rio, Brazil semasa temasya Sukan Olympic. Sebabnya semua negara mahu mengejar "Pingat" . Ada 3 jenis pingat iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Malaysia mensasarkan "Pingat" Emas pertama di Olympic, namun kita "kurang berjaya " kerana gagal mendapatkan Pingat Emas, namun kita perjaya membawa pulang Pingat Perak dan Gangsa dalam acara Badminton, Terjun n Basikal. Pencapaian terbaik berbanding penyertaan olympic tahun2 sebelumnya.

Namun, atlet Paralympic lebih menonjol dalam menyumbang "Pingat" Emas, sehingga kini sudah 3 Pingat Emas. Wow!!! Atlet Paralympic memberi signal sindiran kpd warga Malaysia bahawa mereka "lebih " berjaya walau banyak kurangnya.

Aku lebih berminat melihat bahawa "Pingat" adalah penentu aras kejayaan n penghargaan. Pemenang "Pingat" di anggap Wira Negara dgn imbuhan melimpah ruah, hingga jutaan ringgit tunai disaamping imbuhan pencen sampai mati, hadiah berbentuk tajaan hadiah dan sebagainya. Tahniah.

Namun terfikir juga kita, adakah atlet sahaja yang perlu "dilayan " dan "ditatang " , "dipuja", "dimanja " serta dihargai hanya kerana dianggap Wira Negara. Kalu difikirkan ada ramai lg wira yg mengharumkan nama negara. Contohnya Johan Musabaqah Al  Quran, Wakil Angkasawan Negara Pertama, Pemenang Pingat Emas dalam Pameran Kajian University peringkat dunia, Johan Debat Antarabnagsa, dan bnayak lagi. Namun, mungkin atlet berada pada kasta tertentu untuk diganjarankan.

Pokoknya adalah Pingat. Namun hakikatnya manusia memang mengejar pingat. Ada pelbagai lagi jenis pingat, termasuk pingat kebesaran penganugerahan. Kekadang pingat itu hadir tanpa dipinta kerana menghargai jasa bakti namun ada juga manusia terus meminta2 diberi pingat untuk melonjakkan kasta diri.

Ganjaran pingat hakiki pastinya Syurga Allah. Ada bermacam jenis level mengikut amalan. Inilah PINGAT hakiki yang perlu dikejar.

Pingat dunia atau pingat Akhirat. Alangkah Bahagia jika kedua2 nya.

Monday, 5 September 2016

Makan Gaji

Dah lama aku tak 'melontar' catatan dalam blog. Entah kenapa hari ini aku seakan 'tertarik' dengan istilah MAKAN GAJI.

Kebiasannya Makan Gaji boleh aku rumuskan sebagai individu yang mendapat sumber pendapatan melalui gaji, elaun dan lain2 imbuhan daripada majikan secara harian, mingguan, bulanan atau secara pajak, piece rate dan berdasarkan produktiviti. Bahasa mudahnya kerja dengan majikan dan dapat upah... itulah Makan Gaji. Majikan pulak ada dalam sektor awam pastinya kerja dengan agensi kerajaan manakala bagi private sectors majikan adalah Syarikat @ Tokey.

Lawan bagi perkataan Makan Gaji adalah Bekerja Sendiri iaitu Berniaga @ Business. Dengan kata lain jadi Tokey @ Owner kpd Company.

Majikan pertama aku pastinya "Abah" aku sendiri. Dulu masa aku sekolah, Abah pernah berniaga bukak kedai runcit kat Felda Kemasul, Triang. Aku la "pekerjanya"... dapatla "upah "... tapi business Abah tak bertahan lama, akhirnya kedai Abah tutup... hilang la "upah " aku.... aku masih ingat kecewa nya Abah bila dia nk ambil keputusan tutup kedai. Masa itu aku lebih kurang usia 12 tahun.

Aku diam2 cari Buku Penghutang yg Abah n Mak catit, MasyaAllah, ramainya orang yang berhutang dgn Abah, patut la susah nak pusing modal. Bayangkan pada usia 12 tahun, aku beranikan diri pergi ke rumah salah sorang penghutang, kalu tak silap namanye aku panggil Pakcik Mee, dengan selamba dia kata, "aku mana ada hutang ngan Ayah hang"... aku pulang hampa n batalkan niat ku untuk "mengutip" hutang pada senarai Buku Penghutang.

Orang Felda, hutang dengan Tokey Cina n Benggali, bukan main bayo on time, hutang dgn Peniaga Melayu, "liat" nak bayo. Seronok agaknya tgk kedai "kawan2" lingkup.... aku mmg emosional... pada usia sehijau itu aku sudah nampak sukarnya menjadi peniaga.

Aku juga pernah makan gaji dgn amik upah ikut Abah ke ladang, aku nie badan kecik, bayangkan nak angkat Buah sawit yg lebih berat dari berat aku.... Hehehe. Yang best kutip buah lerai @ biji lerai sawit, satu guni aku dapat rm3 , nak dapat rm3 satu guni aku kena cari kat pangkal bawah pokok sawit, dari 1 pokok ke 1 pokok. Nak patah pinggang di buatnye.

Abah aku juga amik upah menoreh getah kat Risda Simpang Durian yg jauhnya dalam 20 km, kat Risda Lembah Jaya Pelangai yg jauh nya 15 km n kampung Chemomoi yg jauhnya 6 km dari rumah aku. Time cuti sekolah kerja aku kutip getah sekerap dari 1 pot ke 1 pot setiap pokok getah. Yg rimas nya adalah nyamuk n pacat hehehe. Tapi bila dapat sedikit upah, lupa kejap nyamuk n pacat, tidak la lumayan tapi spt serampang 2 mata, dapat upah n dapat tolong Abah.

Lepas habis Spm, aku ke Kl , mencari kerja sementara tunggu result periksa. Aku dapat jadi cashier kat Keramat Supermarket area chowkit. Aku tompang umah sepupu kat padang tembak. Dapatla gaji kalu tak salah rm600 , masa itu tahun 1996/97. Pergi kerja naik bas mini kaler pink hehehe, tapi sbb tak cukup duit, banyak kali jugak jalan kaki jer pergi n balik kerja.... lalu shortcut ikut setinggan padang tembak..... tak lama lebih kurang 2 bulan.... masa tu kerja bulan puasa.... bila apply cuti raya tak approve, lps dapat gaji aku resign hehehe.

Entah mcm mana walaupun result spm aku "cangkul " aku dapat sambung kat utm skudai... dalam masa cuti semester aku pernah kerja jadi cleaner n pernah juga kerja kilang... nak cari duit kena kerja kan... semuanya MAKAN GAJI.

Ok, masa kecik kat kampung, contoh kerjaya depan mata orang makan gaji adalah Peneroka Felda, Cikgu Sekolah Kemasul, Pegawai Felda Kemasul n Polis Kemasul. Bila tgk Cikgu n Pegawai Felda pakai proton saga, aku tgk abah pakai honda 90 cc. Kerjaya Cikgu terus jadi cita2 awal aku utk Makan Gaji.

Lps habis belajar aku pernah jadi account clerk kat Kesas Hiway, Acc Exec kat Bumi Hiway, pernah juga kerja Banci bersama Jabatan Perangkaan secara upah harian. Aku juga pernah jadi Guru Ganti n Pernah juga amik kpli kdc.

Akhirnya aku "tercampak " di thp sbg KERAni Audit pada awalnya. Semuanya aku MAKAN GAJI.

Adatla bila Makan Gaji, tambah2 dgn jawatan rendah, pengalaman jd cleaner, cashier, buat banci, kutip sekerap, kutip biji lerai n jadi KERAni, rasa dipandang sepi, low class, ada ketikanya pernah di maki.... adatlah MAKAN GAJI jadi KULI.

Aku kini masih terus Makan Gaji...Alhmdulillah rejeki Allah bagi. Biarpun ada ketikanya Orang Makan Gaji kena Makan Hati, Tapi Perut perlu diisi, cekalkan hati... cari rejeki utk family.

Apa yg mengembirakan Org Makan Gaji. Pertamanya pastilah Hari Gaji... senyum dari pagi sampai ke pipi. Keduanya pasti kalu ada Bonus, masa nie la orang Makan Gaji senyum sampai bawak dalam mimpi. Ketiga Increment @ Kenaikan Gaji, tapi bila company goyang, increment tak muncul2 lagi, doa agar increment hadir umpama bulan jatuh ke riba. Ke 4 Naik Pangkat, kalu ada rezeki cepat naiknya... tambah2 kalu ada 'C' lagi cepat naik nya. Pernah dulu aku dimaklumkan oleh Org Besar, katanya " Kau Masuk Salah Tahun ".... tak apa la..... Rejeki Allah yg punya. Yg penting kita yang Makan Gaji Teruskan Kerja.

Tak kira la kita nie Makan Gaji atau business sendiri  , semua rezeki ketentuan Ilahi. Yg penting usaha n terus gali... jaga Integrity, Tingkatkan Prestasi.

Namun.... jauh di sudut hati.... sampai bila lagi...... terus menerus begini...... ahhhhh buang jauh rasa tak puas hati..... Syukur atas Rezeki..... Nikmat bukan hanya pada besar mana pangkat n gaji..... Nikmat apa yg dicari.... lu fikir la sendiri....

Ini lah nukilan si Pemakan Gaji.