Monday, 19 September 2016

Korupsi

Hari ini aku tertarik dgn 'bongkaran' di dalam www.edisirakyat.com iaitu sebuah program di indonesia seakan sama dengan program 999 di tv3. Isu nya berkaitan Pendatang Tanpa Izin @ Pati yang masuk ke Malaysia.

Dinyatakan bahawa wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia telah menyamar sebagai TKI dan meloloskan diri untuk masuk ke Malaysia dari Indonesia secara haram melalui Tawau. Amat memeranjatkan bahawa begitu mudah nya orang luar masuk ke Malaysia secara haram dan terdapat unsur korupsi 'semurah' rm50-rm100.

Adakah benar dakwaan ini????. Jika benar, malapetaka apakah ini???? Pihak Berkuasa terlibatkah???? Jika benar ada unsur korupsi, mereka adalah 'pengkhianat ' negara. Jika dakwaan ini hanya dakyah tuduhan tidak berasas, langkah menjernihkan maruah Pihak Berluasa perlu segera diambil.

Serius kah gejala korupsi?? jawapan nya mungkin ada pada kajian dan analisa oleh sprm dan lain2 kajian analisa ilmiah oleh ahli akademik bijak pandai.

Bahasa mudah faham, korupsi nie sama dengan rasuah, duit kopi, duit under table, salah guna kuasa dengan peroleh imbuhan sebagai balasan / ganjaran. Bila sebut rasuah automatic dalam kepala sebahagian besar masyarakat terbayangkan pihak berkuasa beruniform. Tidak dinafikan mungkin ada banyak contoh, namun adalah tidak adil kita melebelkan semua unit dan anggota pihak berkuasa terlibat dgn korupsi.

Jika ada asas yg jelas terbukti , kekadang terfikir juga, tak kenal dosa ke, tak takut azab kubur n neraka ka!!!!!

Nak kata gaji tak cukup, sampai pencen pun gaji sentiasa tak cukup, selagi kehendak sentiasa melebihi keperluan.

Apa yg menyebkan korupsi bersama ???? Pada aku ada beberapa factor:
1. Nipisnya iman.
2. Lifestyle yang sentiasa mau nampak hebat.
3. Kehendak macam syaitan yg haloba melebihi keperluan sebenar.
4. Kelemahan sistem pemantuan.
5. Sudah menjadi kebiasaan dan tidak rasa bersalah. Kata orang korupsi nie macam 'candu', sekali dah 'rasa sedapnya' makan duit korup, para 'pemakan' ini akan 'ketagih' mahu menghisap candu korup. Peringkat awal mungkin takut2 n malu2 nak amik, namun  bila selalu "merasa" manis n mudahnya korup, pasti akan ketagih n mahu sentiasa. Terasa bisa menusuk agak nya bila tak amik candu korup hehehe.

Selalu juga didedahkan antara golongan yg telah ketagih candu korup adalah ahli politik, pimpinan organisasi, ahli perniagaan dan ramai lagi.

Kata pepatah lama, manakan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. maksudnya korup ini berlaku setelah kedua2 pihak setuju utk malayari korup secara jemaah.

Akhirnya, ayuh kita berdoa moga Allah menjauhkan kita dari fitnah korup, orang korup. Bayangkan azab nya adalah penjara dunia, azab akhirat.

No comments:

Post a Comment