Thursday, 15 September 2016

Pingat

Musim ini musim pingat. Semua mata tertumpu di Rio, Brazil semasa temasya Sukan Olympic. Sebabnya semua negara mahu mengejar "Pingat" . Ada 3 jenis pingat iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Malaysia mensasarkan "Pingat" Emas pertama di Olympic, namun kita "kurang berjaya " kerana gagal mendapatkan Pingat Emas, namun kita perjaya membawa pulang Pingat Perak dan Gangsa dalam acara Badminton, Terjun n Basikal. Pencapaian terbaik berbanding penyertaan olympic tahun2 sebelumnya.

Namun, atlet Paralympic lebih menonjol dalam menyumbang "Pingat" Emas, sehingga kini sudah 3 Pingat Emas. Wow!!! Atlet Paralympic memberi signal sindiran kpd warga Malaysia bahawa mereka "lebih " berjaya walau banyak kurangnya.

Aku lebih berminat melihat bahawa "Pingat" adalah penentu aras kejayaan n penghargaan. Pemenang "Pingat" di anggap Wira Negara dgn imbuhan melimpah ruah, hingga jutaan ringgit tunai disaamping imbuhan pencen sampai mati, hadiah berbentuk tajaan hadiah dan sebagainya. Tahniah.

Namun terfikir juga kita, adakah atlet sahaja yang perlu "dilayan " dan "ditatang " , "dipuja", "dimanja " serta dihargai hanya kerana dianggap Wira Negara. Kalu difikirkan ada ramai lg wira yg mengharumkan nama negara. Contohnya Johan Musabaqah Al  Quran, Wakil Angkasawan Negara Pertama, Pemenang Pingat Emas dalam Pameran Kajian University peringkat dunia, Johan Debat Antarabnagsa, dan bnayak lagi. Namun, mungkin atlet berada pada kasta tertentu untuk diganjarankan.

Pokoknya adalah Pingat. Namun hakikatnya manusia memang mengejar pingat. Ada pelbagai lagi jenis pingat, termasuk pingat kebesaran penganugerahan. Kekadang pingat itu hadir tanpa dipinta kerana menghargai jasa bakti namun ada juga manusia terus meminta2 diberi pingat untuk melonjakkan kasta diri.

Ganjaran pingat hakiki pastinya Syurga Allah. Ada bermacam jenis level mengikut amalan. Inilah PINGAT hakiki yang perlu dikejar.

Pingat dunia atau pingat Akhirat. Alangkah Bahagia jika kedua2 nya.

No comments:

Post a Comment