Monday, 31 December 2018

Melangkah Ke Tahun 40

Tahun masihi 2018 telah berlabuh dan sauh bahtera tahun 2019 baru diangkat sebagai tanda pelayaran tahun masihi yang baru telah bermula. Aku cuba mengimbau rencana dan perjalanan tahun 2018 yang cukup mencabar, penuh debar, likunya berlingkar dan durinya meliar. Tahun 2018, kesihatan Ayahda kami Hj Ab Karim B. Ahmad merosot, ada pasang surut, namun belum penuh sembuhnya, moga ALLAH memberi kesembuhan penuh kepada Ayahda kami, Inn Shaa Allah. Tahun 2018 juga tahun yang cukup getir di kantorku, bahangnya masih belum reda, aku berharapkan sirna cahaya di tahun 2019.

Coretan kali ini aku lebih tertarik kepada angka 40 kerana tahun 2019, secara rasminya usiaku dalam masihi telah berganjak ke tahun 40. Jika usia Nabi Muhammad SAW dijadi kayu pengukur, Baginda wafat pada usia 63 tahun, maknanya 2/3 daripada kehidupan usia telah aku lalui, cuma sisa hanya 1/3 sahaja. Ya ALLAH aku tidak sedar, alpa nya aku, lekanya aku.

Terngiang kata Ustaz yg acap kali dilontar,  ada Hadis berbunyi yang maksudnya , " sesiapa yang usia 40 tahun, tetapi keburukannya melebihi kebaikannya, maka bersiap sedialah dia untuk neraka ". ALLLAHU AKBAR, cukupkah amalan ? adakah baik kita melebihi yang buruk ? Kemanakah haluan kita... kiri kah atau kanan ?

Kata orang, pada usia 40 dan ke atas, kita makin matang, stabil dan berilmu. Benarkah kita di posisi itu? Aduh... masih jauh dari skala. Kata orang juga, melangkah usia 40, kesihatan perlu dijaga, pemakanan perlu dikawal, gaya hidup sihat perlu diamal.

Bila masuk tahun baru masihi, pasti ramai yang mensasarkan "Azam". Teringat kata pujagga "kegilaan ialah melakukan perkara yang sama berulang-ulang, tetapi mengharapkan pencapaian yang lebih baik ". Itulah kita... sering berazam namun kaki masih berlumpur tanpa usaha. Akhirnya azam tinggal azam dan terus berazam saban tahun.

Yang pentingnya, ayuh kita ubah, biar lewat daripada tiada progress. Secara jujur kita jawab soalan ini :-

1. Apa perbuatan baru yang kita perlu lakukan ?

2. Apa perbuatan lama yang kita perlu hentikan ?

3. Apa perbuatan lama yang kita perlu tingkatkan ?

4. Apa perbuatan lama yang kita perlu kurangkan ?.

Jujurnya aku perlu muhasabah dan mengenalpasti serta mencari jawapan kepada soalan ini bagi pastikan "azam 2019" tidak sekadar azam seperti tahun-tahun sebelumnya.

Setelah berstatus kan golongan 40 an, aku perlu menjadi Hamba Allah yang kuat Iman, anak yang soleh, suami yang baik, bapa yang bertanggungjawab/ penyayang, pekerja yang cemerlag, warganegara@ ahli masyarkat yang berhemah dan berhikmah.

Ya ALLAH bantulah hamba MU ini, Ameen.

Tuesday, 9 October 2018

Why Be @ YB

Aku dibesarkan di dalam Tanah Rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan @ Felda. Agak pendalaman lokalitinya iaitu Felda Kemasul, Gugusan Mendi, dalam "jajahan" Dun Pelangai dan Parlimen Bentong, Pahang.

Sejak dari bangku sekolah rendah, aku cukup kenal beberapa orang YB iaitu Tok Nan @ Adun Pelangai dan Lim Ah Lek & Leow Tong Lai @ MP Bentong. Jika mereka "turun", 1 felda kemasul "kalut" terutamanya "orang dacing". Sampai sekarang lepas PRU lepas, Tok Nan @ Mantan MB Pahang terus "berstatuskan" YB Dun Pelangai, namun YB bagi MP Bentong "beralih angin" kepada YB Wong Tuck. Buat masa ini aku tidak mahu ulas lagi perihal mereka.

Cuma aku tertarik dengan "tugasan" seorang YB. Terfikir juga, kenapa ramai sangat nak jadi YB !! sampai sanggup "meredah lautan api" demi mengidam title YB. Kenapa juga ada YB "tua" @ senior masih "terus mahu terus manabur bakti" tanpa memberi "laluan" kepada bakal2 YB "baru" yang sudah lama "mengintai" kerusi YB. Namun, usia bukan ukuran, selagi mampu memikul "amanah", berkelayakan, berkemahiran & berintegriti.

Namun, bila sudah bergelar YB, awasilah tingkahmu, kamu bukan sahaja YANG BERHORMAT, kamu harus berperanan sebagai YANG BERKHIDMAT, kejarlah YANG BERKAT, Terjemahkan tugasmu sebagai YANG BIJAKSANA, tonjolkan pekertimu sebagai YANG BERINTEGRITI dan YANG BERIMAN.

Bila "kepakmu" mekar mengembang, bisa terbang di puncak langit meninggi, usah "geli" dan "hina" lumpur di bumi. Bila "anugerah" penuh tersemat di dada, usah bongkak lupa diri, bila kuasa dalam "genggam" usah hilang santun dan resam.

Buat semua YANG BERHORMAT, kamu terpilih menjadi insan hebat, laksanakan tugas dengan hemat, ujian kamu pasti dasyat, jika amanah kamu selamat, jika khianat kamu tunggu akibat.

Thursday, 27 September 2018

Pak Ngah

Tanggal 18 September 2018 sekitar jam 8.30 am, Bapa Saudaraku @ Pak Ngah telah menghembus nafas terakhirnya yang memisahkan kehidupannya di dunia ini. Pak Ngah atau nama sebenarnya adalah Md Noh Bin Ahmad, anak no. 2 kepada Arwah Tok Wan & Tok dan merupakan abang kepada Abahku Hj Ab Karim Bin Ahmad.

Pagi itu pada 18hb, jam 8 am, Paksu maklumkan dalam WhatApp Group ACCTD, Pak Ngah tidak sedarkan diri di Hospital Sungai Bakap. Aku membaca mesej tersebut setelah sampai di office sekitar jam 8.05 am lantas menelefon Abah di kampung. Selang beberapa minit, mesej dari Paksu maklumkan Pak Ngah telah meninggal dunia, aku terdiam seketika. Lantas sekali lagi menelefon Abah di kampung, Mak bagi tau Abah menangis, pasti sedih kerana satu2 nye Abangnya kini sudah tiada.

Aku dan adik2 buntu seketika memikirkan bagaimana nak ke Pahang untuk ambil Abah dan terus ke Kedah untuk ziarah terakhir Arwah Pak Ngah. Tak lama kemudian, aku dapat panggilan phone dari sepupuku Kak Yati yang maklumkan Abah akan ke Kedah bersamanya. Aku terus called adik Abah @ PakCik di Penang yang bagi tau proses Solat Jenazah dan pengkebumian akan dibuat selepas Solat Asar.

Aku maklumkan kepada Bos, aku ambil Emergency Leave untuk ke kedah. Ambil wife di office nye dan anak bongsu di Sekolah Pasti terus ke Kedah. Along dan Angah tak ikut kerana sekolah & mintak tolong Mertua uruskan kedua2 anak balik dari sekolah pada petangnya.

Kami bertiga terus ke Kedah & singgah di RNR Sg Perak untuk Solat Jamak Zohor & Asar. Perjalanan diteruskan dan sampai ke Kampung balai Lama @ 300 Kaki, Sg Kechil Ilir sekitar jam 3.30 pm, Alhamdulillah.

Lantas kami terus ziarah jenazah Arwah Pak Ngah di rumah pusaka keluarga. Terkujur badan kaku di atas katil, aku tatap wajahnya, sebak berbaur hiba lantas mengambil tempat dan capai Buku Yaasin untuk membacanya. Moga2 keberkatan surah Yaasin & doa yang kami semat, menjadi hadiah buat Arwah, Inn Shaa Allah.

Masa untuk urusan mandi jenazah, Alhamdulillah, aku berkesempatan membantu urusan membersih & memandikan bersama Paksu, Pakcik, Sepupuku An, 2 menantu Mak Teh dan diketuai oleh 2 Jawatankuasa Khairat Kematian di kampung.

Abah sampai agak lewat, namun Allah mengizinkan Abah menatap wajah Arwah Abang nya buat kali terakhir, menitis air mata Abah, walaupun Abah pun kurang sihat, dia gagahkan juga untuk menziarahi Arwah Pak Ngah.

Arwah di bawa ke Masjid untuk di solatkan n seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan di tepi masjid. Alhamdulillah semuanya selesai sekitar jam 6.30 pm.

Selepas Solat Jamak Maghrib & Isya, kami & Abah bergerak untuk pulang & sampai di Selayang sekitar jam 1.30 am.

Kali terakhir aku berjumpa Pak Ngah adalah pada 4 Syawal yang lepas, kami singgah rumah Arwah Tokwan. Sebelum balik, aku ajak Pak Ngah temankan kami untuk ke kubur ziarah kubur Arwah Tokwan & Tok. Kebiasaanya sebelum balik, aku akan bagi "sedikit hadiah" buat Pak Ngah. Hari itu di hadapan masjid aku salam Pak Ngah, Arwah menggenggam kemas tanganku, tangan tak dilepaskan. Masih terngiang kata2 Arwah, " Hang kalau pi utara ka, pi penang ka, pi aloq staq ka, pi langkawi ka, jangan lupa datang singgah tengok Pak Ngah". Aku angguk sambil senyum kepadanya. Sambil Arwah sempat bagi tau, dia tak berapa sihat pada waktu itu.

Baru aku sedar, ada "maksud tersirat" dalam perbualan terakhir kami. Kini Pak Ngah sudah tiada, Pak Ngah tidak punya waris daripada zuriatnya kerana Arwah tidak pernah berkahwin, ini sudah ketentuan perjalanan hidup beliau, pasti ada hikmahnya. Namun, Pak Ngah masih punya adik2, puluhan anak sedara dan cucu sedara. Moga2 doa dari semua menjadi hadiah untuk kebahgiaan dan kerahmatan "di sana".

Tiada lagi wajah sepimu, tiada lagi tingkah kalutmu, tiada lagi penyusun selipar di pintu utama, tiada lagi kelibat merantai pintu utama di malam hari. Semua itu tinggal dalam lipatan memori.

Buat Pak Ngah, kami doakan Allah menerima segala Amalanmu, Perbuatan  Baikmu, Kebajikanmu & Diampuni Segala Salah Silap Sepanjang Hayatmu. Moga2 Arwah & Semua Keturunan Tokwan Ahmad & Tok Che Doyah Ditempatkan Bersama Golongan Beriman & Syurga, Inn Shaa Allah.

Buat Pak Ngah, kami semua juga adalah waris susur galur keturunanmu. Doa kami buat Pak Ngah. AL FATIHAH.

Tuesday, 11 September 2018

TA Pertama

Apa yang kita kejar di dunia ini ? Mungkin ada yang mengidamkan HARTA, TAKHTA, WANITA, kebetulan ianya berhujungkan "TA". Harta apa yang kita kejar ? Bukankah Qarun itu cukup berharta !!!! akhirnya lemas bersama harta setelah terlalu "bertuhankan harta". Adakah salah kita berharta ? Pastinya tidak salah, sistem Islam melalui Zakat adalah mekanisma penyucian harta buat mereka-mereka yang cukup berharta dengan syarat2 tertentu. Tersiratnya ada bahagian hak orang lain dalam "harta" kita yang perlu dizakatkan. Namun, kekadang ada orang berharta terlalu culas dan berkira2 menunaikan kewajipan berzakat. Agaknya inilah waris qarun moden. Zaman makin canggih sekarang, kerana yang berharta bukan sahaja individu malahan Syarikat juga cukup kaya dan berharta.
Di negara kita ada mekanisma yang jelas berkaitan Zakat Perniagaan untuk Syarikat2 yang kaya. Adakah semua syarikat muslim menunaikan tanggungjawab ini ? Ini pusat zakat kena buat study dan statistic. Aku pernah ditanya, kalu individu tak berzakat pasti ianya berdosa, jika syarikat tidak berzakat, siapa yang berdosa ? Management ke ? Shareholder ke ? Hmmmmmm ..... jawab dalam hati yer....
Soalan yg sering ditanya juga, kenapa kutipan cukup besar, tapi masih ramai yang susah. Soalan itu pun kena tanya pusat n majlis zakat. Pasti ada kaedah tertentu yang telus disamping kawalan internal control & auditing.
Disamping itu, zaman kini, ukuran "kejayaan" seseorang juga dinilai melalui "Harta" mereka. Pastinya juga, banyak harta, lamalah juga auditing process di Mahsyar nanti untuk membuat hitungan kemana diguna & dimanfaatkan setiap sen hartanya semasa di dunia.... tiada bantuan kroni masa itu, tiada khidmat bantuan peguam bela yang hebat, hanya amalan yang kita bawa. 
HARTA bisa menaikkan darjat di dunia & akhirat, namun harta juga bisa menjadi racun durjana jika nafsu menguasai diri.
Ini baru "TA" pertama hehehhee, TA berikutnya menyusul kemudian. Sekadar ulasan dan renungan peribadi...

Friday, 31 August 2018

Hari Kebangsaan

Detik 31 Ogos, pasti semua warga Malaysia tahu akan tarikh keramat tersebut, hari memperingati hari Kemerdekaan Malaysia @ Malaya @ Tanah Melayu.
Sudah 61 tahun berlalunya detik 31 Ogos 1957, Kita selalu dihidangkan dengan laungan vokal "MARDEKA" oleh Bapa Kemerdekaan pada tarikh tersebut, disusuli jatuhnya kibaran union jack di bumi bertuah ini.
Berkibar megahlah bendera berjalur 14 merah putih, berbintang kuning14 bilah dan bulan sabit kuning berlatar warna biru, itulah bendera kita MALAYSIA.
Banggakah kita dengan bendera ini? Kebanyakannya hanya berkibar di pejabat kerajaan dan sekolah. Premis perniagaan dan pejabat sektor swasta mungkin malu menggantung bendera pusaka ini, kenapa ?
Bila kali terakhir kita nyanyikan Lagu NEGARAKU ? Atau kita sudah lupa bait lirik dan irama lagunya!!! Kebiasaan hanya di pejabat Kerajaan dan sekolah yang bersemangat lontarkan suara nyanyikan lagu ini, sector swasta, mungkin lagu ini tidak beri makna agaknya!!!!
Kita punya RUKUN NEGARA, berapa ramai yang masih ambil tahu dan menghayatinya!!! Aduhhh, benarkah warga ini sayangkan negara mereka.....
Adakah kita kenal siapa Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol Said, Dato Maharajalela, Rentap, dan ramai lagi tokoh berjiwa pejuang bangsa & negara. Mungkin pernah belajar silibus Sejarah masa sekolah, tapi akhirnya ditinggalkan sekadar tinggalan nama. Mereka bukan mahu kita melolong panggil namanya, cukup kita mengingati, menghormati & mendoakan kebaikan mereka "di alam sana".
Ini negara kita, kita Melayu ka, Cina ka, India ka, Orang Asal ka, Iban ka, Kadazan ka, Dusun ka, atau apa jua etnik keturunan, kita semua warga negara MALAYSIA, kita bersaudara, hidup di negara sama, mencari rezeki di sini, uri ditanan di negara ini, kita mahu aman, harmoni, bertoleransi, hormat-menghormati tanpa curiga dalam hati.
Ayuhhh, kita bersama untuk Malaysia, kerana Malaysia, demi Malaysia.
Moga Allah memberikan Keharmonian, Kemakmuran, Keberkatan, Keimanan, Kesuburan, Kerahmatan & Kejayaan buat MALAYSIA dan warganya.

Salam Hari Kebangsaan & Kemerdekaan.

Friday, 29 June 2018

DEBAT

Malam ini aku memberi tumpuan kpd sesi debat calon president umno antara YM Kuli, YB Zahid & YB KJ secara live di Astro Awani. Apa yg menarik sangat, aku bukan ahli umno pun, namun dengan promosi dari Astro berkaitan sesi debat ini sejak beberapa hari lepas, aku memang menunggu debat antara mereka.

Aku memang suka debat @ pidato sejak aku dibangku sekolah. Cuma, bakat aku sekadar dipendam di zaman sekolah dek kerana kurang diberi peluang hehehehe.

Berbalik kpd sesi debat tadi, overall aku berpendapat kaedah debat yg terbuka, bebas namun kurang umppphhh. Agak terhad masa setiap calon memberi huraian dan tiada sesi counter hujahan antara calon, namun ada sesi setiap calon menyoal calon yg lain.

Dari segi mimik muka dan gerak tubuh semasa hujahan, YB KJ lebih meyakinkan, YM Kuli Tenang, namun YB Zahid seakan kurang aura dlm gerak tubuh n mimik wajah dan ada kalanya sedikit gelabah, mungkin tidak selesa walaupun tidak bersemuka di studio kerana sekadar video conferencing dari Perak.

Dari segi fakta hujahan, YB KJ menjawab soalan dengan yakin, bersahaja & humbled. Mengakui kelemahan & kesilapan, mohon maaf & meyakinkan akan membawa perubahan. YM Kuli, lebih cool, tenang, sejuk hati aku mendengar, walupun ada kalanya sedikit tersasar hujahan, namun org paling senior jelas bnayak pengalaman. YB Zahid pula, seakan agak ego utk mengakui kelemahan & kesilapan, berulangkali hujahan 46% undi popular kpd umno, rasanya lebih 3kali beliau ulang, tidak meyakinkan dlm hujahan utk membuat perubahan, kereknya masih ada.

Dari segi janji & perancangan, YB KJ hujahannya agak jelas & mudah difahami bilamana beliau mengakui kekhilafan terlalu mengagungkan president, isu 1mdb, kurangnya tokoh muda diberi peluang antara punca kekalahan mereka. Aku yakin ramai yg setuju. YM Kuli, karismanya ada walaupun tone suara yang bersahaja, namun pada aku masih ada sedikit kurang bilamana sekadar memberi fokus kpd 1 penggal sahaja. Manakala YB Zahid, legasi meneruskan sistem lama yg old-school terserlah, entah kenapa idea beliau nampak hambar n tidak segar.

Kesimpulannya, aku memberi "kemenangan" berdasarkan ranking pertama kpd YB KJ, ke 2 kpd YM Kuli  ke 3 kpd YB Zahid. Org umno pilihla pimpinan anda, dalam negara democracy, kuasa pembangkang ada aura nya. Pilihlah pimpinan yg terbaik sebagai pendesak, check & balance kpd pemerintah, namun harus sedar diri, kamu bukan lagi punya executive power dalam kerajaan.

Keterbukaan kerajaan baru yang memberi ruang n peluang kpd media utk anjurkan sesi debate seperti ini harus dipuji n diteruskan. Lepas nie bolehla President Pas & Amanah pulak berdebat secara live huhuhuhu.

Saturday, 28 April 2018

Demam Bermula

Hari ini ramai yang demam, ada yang demam Biru Tua, ada jugak yang demam Biru Muda, ada juga yang demam Hijau. Walaupun demam, mereka nampak bersemangat mengiring "wakil" untuk mengadap Pihak Berkuasa Pemilih yang khabarnya cukup bebas, telus, adil, saksama, bijaksanasini dan berintegriti.

Demam ini bukan hanya pada bendera, sepaduk, baju.. tapi ianya bawak ke hati, maknanya hati menjadi Biru Tua atau Biru Muda atau Hijau. Parah demam nye ini... mau suhu badan lebih 40°C. Lambat makan ubat, mau putus urat kat kepala jadi bengong sepanjang hayat.

Kebiasaannya bila demam, kita jumpa doctor, namun, demam yang ini mereka sendiri yang jadi doctor pakar, sendiri rawat, cari ubat. Itu yang tersalah makan ubat gegat, sekali lagi boleh bengong sepanjang hayat.

Walaupun demam, tapi mampu berarak, menyanyi, melolong, berdoa. Bukan demam fizikal tapi ini demam emosi, demam dalaman.

Demam ini demam bermusim, 5 tahun sekali demamnya. Ada yang semangat mencari penawar, mencari pelincir, mencari kuasa, mencari sara, mencari kroni. Namun, kekadang seperti itik pulang petang, mengekor tanpa tahu mana arah tuju.

Demam ini bukan hanya semasa berarak, ia terbawa sampai ke keyboard menaip meroyan, sembang jalanan, kedai mamak, masjid, pejabat dan segenap penjuru Malaya. Demam ini, mulut menjadi laser, masing2 buka hujah, kitab, buku rujukan, dan lebih parah, sembang kencang tapi tak tau apa yang dihujahkan.

Musim demam ini juga, ramai persis rasa diri Maksum, menghukum dengan mulut dan hati dengan nista caci, seolah Pahala dan Dosa di tangan mereka.

Musim demam ini, musim tabur janji, gunung pun boleh ditukar berlian, janji seperti ahli silap mata, awas janji demam janji ini selalunya kencing berlari sambil menari.

Demam ini, demam menonjol diri, demam meloby, mana tau, calon menang jadi YB, ada yg boleh jadi kroni.

Demam ini juga, YB sanggup mati demi pengundi, langkah seperti laksamana gagah menghunus senjata, pantang jumpa, terus bersalam, bibir manis ukir senyum melirik dibuat2, naik moto kapcai keliling kampung, tunjuk humbled sopan pijak semut pun semut ketawa. Bila menang nanti, selisih pun belum tentu nampak muka, bertingkat2 tapisan S/u & bodyguard keliling.

Musim ini, semua pimpinan setempat..... bukan main mengekor calon. Kalu boleh calon nak berak pun nak cebokkan, bodek punya pasal hehehhe. Waktu nie baru nampak buat kerja.... tapi ada makna.... untung2 ada habuan.

Musim demam ini, kita harus matured, kita raikan perbezaan, kita hormati setiap pendirian, dalam amalan demokrasi, semua punya hak sama rata, setiap pengundi berdaftar punya kuasa memangkah, jangan salah pangkah, nant dapat tahi ( movie p.ramlee). Usah kelahi, berbalah, mencaci, memaki, berkempenlah secara hikmah, bijaksanasini, seolah sengaja kumpul.dosa free.

Masa musim demam ini juga, janganlah lagak seperti Mufti, fatwa di bibir n celah gigi, melabel musuh politik n penentang seolah neraka dialah pemegang kunci. Berhujahlah dengan mata hati, huraikan dengan berkesan dan contoh agamawan sejati.

Musim ini juga, lidah perlu dijaga, tak takut dosa pahala ke ? Tak takut neraka ke ?. Gunakan ruang ini memberi offer pada manifesto yang dijanji. Ingat lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Cuba malu sikit kat lembu kalu rasa nak khianati manifesto sendiri.

Buat pihak yang Berkuasa, jalankan amanah dengan sebaiknya dengan adil, saksama dan telus. Ingat2 ada Pencatat amalan di sebelah kanan dan kiri. Kalu buruk tingkahmu, sebelah kirimu memberat, jika baik tugasanmu, amalan sebelah kanan tercatit. Tepuk dada, tanya hati .

Buat pemangkah yang telah berdaftar, ayuhhh turun pada hari pengundian, kalu boleh peratus undi 100%. Buatlah pilihan yang terbaik, buat analisa baik buruk, Ingat!!!!! 1 undi anda penentu kepimpinan dan masa depan negara.

Buat Calon2, bukan tittle YB @ Yang Berhormat @ MP @ Adun yang harus dikejar. Tapi amanah sebagai hamba untuk menjadi Yang Bekerja @ Yang Berkhidmat @ Yang Bijaksana @ Yang Beriman. Jangan pulak lupa diri nanti jadi Yang Berdosa @ Yang Bermuka2 @ Yang Bohong.

Maaf ini sekadar luahrasa marhaien desa. Yang kita harapkan semua hormati sistem demokrasi, semua yang bertanding berkempen secara aman, yang mengundi bijak membuat pilihan, yang bertugas melaksanakan tanggungjawab secara amanah. Akhirnya kita hormati keputusan majoriti dan kita angkat pimpinan negara yang punya kompetentsi, berdidikasi & berintegriti.

Moga Allah melindungi Malaysia yang kita sayangi.

Sunday, 18 February 2018

Alumni SKFK

Tanggal 17hb Februari 2018 tercatat sejarah yg cukup bermakna buat kami bekas2 pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul (SKFK) kerana program pertama Alumni SKFK Sirih Pulang Ke Gagang Siri 1/2018 yang dibuat di Dewan SKFK.

Alumni ini dicetus oleh seorang anak Peneroka Felda Kemasul yang cukup Berjaya dalam academic n kerjaya dalam airlines industry yang kini berkelana di Dubai, aku lebih mengenali beliau sebagai Abang Sarip.

Aku masih ingat, Abg Sarip mula berhubung dengan aku melalui FB Messenger & WhatsApp pada 26hb Oktober 2017. Beliau pada ketika itu bersama teman2 lain sedang menggerakkan team utk wujudkan Alumni SKFK. Beliau mempelawa aku untuk turut bersama membantu Alumni ini. Akhirnya Alhamdulillah pada 15hb Februari 2018, pendaftaran Alumni SKFK ini telah diluluskan oleh JPP Pahang.

Aku juga masih ingat, pada 11hb Januari 2018, Abg Sarip ada berhubung dengan aku melalui WhatsApp, ketika itu beliau dari Dubai, beliau minta aku bantu untuk sediakan Risalah/ Pamphlet Sirih Pulang Ke Gagang. Aku pun bukannya pandai sgat guna Microsoft Publisher, tapi aku cuba jugakla hehehhee. Abg Sarip banyak bantu memberi imput materials n idea. Aku buatkan jer hehehehe. Alhamdulillah, jadi jugakla pamphlet nye hahahaha.

13hb Februari 2018, sekali lagi Abg Sarip hubungi mintak aku bacakan doa masa hari Alumni Sirih Pulang Ke Gagang, aduhhhh tak pernah baca doa depan public, selalu baca doa depan wife n anak2 jer. Nak menolak, segan plak ngan Abg Sarip, aku terima jugak la. Walaupun jujur aku kata malam 16hb Februari, sampai jam 2 pagi aku drafkan teks doa hehehhee.

Sehari sebelum majlis Alumni, kami AJK Penaja Alumni SKFK berkumpul lepas Asar di Dataran Kemasul, kami ngeteh bersama, berbincang n terus ke Sekolah untuk buat persiapan dewan di SKFK. Memang terbaik kerjasama semua...

Pagi 17hb Februari, aku bersiap dengan Baju T Alumni SKFK. Terasa macho plak hahahaha. Sekali lagi kami AJK Alumni berkumpul di Dataran utk sarap bersama n terus ke Sekolah. Kami buka kaunter pendataran, penjualan n tempahan Baju Alumni, kaunter penjualan keychain n kaunter tabung derma.

Masing2 bawa makanan secara potluck, memey terbaik la semua. Masa pendaftaran, bermulala acara ramah mesra teman2 lama, ada senior n junior, ada yang masih kenal, ada juga yang tak berapa kenal, yg sama batch Inn Shaa Allah kenal, yg batch lain, ada jugak yang aku lupa hahaha.

Sempat aku bersama Cikgu Bidi n Wajey round2 sekitar sekolah sambil menggamit memori lampau, tempat kena denda, kena penampor dengan cikgu, padang sekolah, kantin dan lain 2....hahaha.

Sementara menunggu pendaftaran, aku tengok Pengerusi Penaja @ Abg Sarip sekali sekala mcm runsing jugak, rupanya beberapa jemputan tak dapat hadir last-minute sebab urusan luar jangka. Namun, jam 10.30 am, kami teruskan juga acara dengan Abg Joe bertindak sebagai MC.

Acara bermula dengan persembahan silat dari anak2 Abg Hazeman, memey kelahhh Bohhh. Habis silat, nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang & Lagu Sekolah. Time Lagu Negaraku, semua semangat, tapi bila lagu Pahang n lagu SKFK, mcm2 version n melody yang keluor... yang maiming ramai , mulut nganga, suara tak keluor hahaha, malumla puluhan tahun dah tinggal. Lepas itu giliran aku baca doa, aku baca jer teks doa yang aku baru buat malam tadi huhuhuhu.

Kemudian ucapan Pengerusi Penaja Alumni @ Abg Sarip, ucapan yang jelas objective n hala tuju Alumni. Kemudian ucapan bekas guru @ Cikgu Zaidi. Rupanya hampir 22 tahun beliau menabur bakti di SKFK, tabik spring Cikgu Zaidi.

Kemudian ucapan Cikgu Zahuri @ wakil Guru Besar, beliau juga Bendahari PIBG. Akhirnya, ucapan perasmian YDP PIBG @ Abg Kemie, beliau juga antara orang kuat dalam Alumni, ini pimpinan Generasi Baru Kemasul, ada talents jadi Bakal YB nie, cayalah Bro.

Dimajlis ini juga, Alumni turut menyumbang kalu tak salah dalam RM650 kepada PIBG, sumbangan pertama yg boleh dibanggakan.

Kemudian, acara paling happening sesi bergambar bersama semua yang hadir n bergambar mengikut batch.... macam2 ragam bila bergambar..Hahaha.

Akhirnya, lantikan secara sah AJK Alumni.... Tahniah & Terima Kasih Pengerusi Abg Sarip, Tim Pengerusi Tuan KB Mika @ Zahudi, S/ Usaha Pn Roslida, Bendahari Tuan Usurudin, Cikgu Shahronizam, Cikgu Zabidi, Cikgu Suhaimi, Tuan Kemie, Tuan Azam, Tuan Madi, Tuan Waje, Tuan Nazir, Tuan Hazeman, Tuan Mat Kana, dan ramai lagi Wakil Batch, Ajk Penaja & AJK Alumni yang hebat serta bersemangat. Selamat berAlumni semua. Moga2 objective penubuhannya berjaya, biar kita kecil, namun yg penting kita "ada". Kerja ini memerlukan pengorbanan masa, tenaga n wang ringgit. Namun, jika semua bersama berganding, kita pasti mampu demi anak2 Gen 2 & 3 Felda Kemasul. Tahniah semua.

Monday, 1 January 2018

14 Tahun Dahulu

Hari ini 2hb January, 14 tahun dahulu iaitu pada 2hb January 2004 adalah hari pertama aku melapor diri sebagai KERAni Audit @ Audit Clerk di THP. Masih segar dalam memori aku pagi itu aku dari cheras ( tumpang rumah adik ) bawak motor cub honda ex5 menuju TH Selborn untuk lapor diri hari pertama. Sampai sahaja aku terus ke Level 27 HR Department. Rupanya 5 orang termasuk aku melapor diri sebagai Audit Clerk iaitu aku,  Hj Azhar, Hj Kamarul, Rasydi & Suhaimi. Kami diminta mengadap GM HR Tn Tengku Mamat untuk short briefing. Mukanya tak senyum langsung hehehhe sempat dia sergah kami, aku masih ingat kata2 beliau, " haaa, ada apa2 nak tanya, kamu boleh tanya apa sahaja kecuali GAJI " dengan lontaran suara yg tinggi... terperanjat jugak... lupa makan ubat agaknya orang tua nie terdetik dalam hati nakalku... seakan berjanji kami serentak menggeleng tanda tiada soalan untuk beliau hehehehe.

Kami di bawa oleh anggota HR iaitu Pak Deris ke Audit Department di Level 28. Hari itu majority anggota audit bercuti. Bos Audit masa itu Hj Baharuddin @ Hj Baha, Assistant beliau Hj Jamal. Senior kami En Hadzormi,  Hj Azmi, Hj.Zaman n Pn Salwa. Hari pertama Pn Salwa bagi tahu sebelum kami berlima, ada 4 orang resign.... adooii teruk ke keje sini, resign serentak 4 orang sebelum nie... cuak pulak aku.

Esoknya Hj Baha panggil kami, beliau tak bnayak cakap, dia serahkan kami kepada Hj Jamal dan Hj Jamal bagi briefing berkaitan tugasan. Minggu berikutnya Hj Baha n Hj Jamal bagi tau, kami akan di hantar utk training dalam eatate di Kota Bahagia, Muadzam Shah, Pahang. Kami diberikan kereta (AD Resort) untuk lapor diri ke Estate Manager. Azhar & Suhaimi ke Kota Bahagia Estate, Kamarul & Rasydi ke Sg Merchong Estate dan aku sorang2 ke Sg Mengah Estate. Walaupun estate berbeza, kami tempat penginapan masih sama.

Apa yg lucunya, sebelum pergi senior2 cerita Rumah Tamu agak "keras", aduhhhh kecut jugak. Sampai di Rumah Tamu, rasa tercacak jugak bulu roma hehehhe, rumah nya Bungalow 2 tingkat yang ada 5 bilik, ala2 colonial. Malam pertama kami angkat tilam dan tidor di ruang tamu, esoknya mengucap panjang makcik cooker tengok 5 mamat terbongkang kat ruang tamu hahahahaha.

Masuk hari ke empat di estate, Hj Jamal called, bagi tahu, aku, azhar dan suhimi perlu terus ke Kemaman pada hari Sabtu dan perlu buat audit ke Ulu Chukai & Sg Ibok Estate. Pn Salwa akan datang bagi bantu kami, sementara Kamarul dan Rashdi diminta balik KL naik bas.

1st assignment di Ulu Chukai Estate, manager nya juga bernama Baharuddin sama nama dengan Boss aku hehehhee. Bila start buat audit di ulu chukai, aku hilang punca tak tau nak check apa hahahha, berani2 tanya Kak Salwa apa patut buat, jawapan Kak Salwa memang win, " ala, check jer, tengok audit comments yang lepas" . Aku masih ingat, aku tiada audit findings untuk  1st assignment aku HAHAHA.

Balik dari Terengganu, Hj Baha panggil, beliau bagi tau," get ready, next week u ada interview untuk post audit executive". Aku angguk jer, dalam hati tertanya jugak, aku tak apply pun executive. Aku jumpa Hj Jamal,   beliau suruh aku study SOP company. Bagai nak rak aku hafal SOP hahaha.

Hari interview, aku sorang jer internal candidate, yang lain semua calon2 luar. Masuk bilik interview, aku tengok ada  COO @ Hj Hassan, GM HR @ Tengku Mamat, HR Manager @ Hj Fadzil. Haji Hassan dengan serious tanya apa yang aku tau pasal SOP company, aku dengan confidence nye mula menggoreng. Aku tengok Hj Hassan angguk jer. Bila giliran Tengku Mamat tanya, aku cuak sikit, dia tanya soalan mudah jer " kenapa u nak post executive nir". Aku pun terlajak jujur bagi jawapan yg buat dia mengamuk, aku jawab " gaji audit clerk kecik, tak cukup " percaya atau tidak gaji pokok di bawah RM1k. Jawapan itu tidak dirancang, ianya keluar dari hati... Tengku Mamat dengan terbuntang biji mata berkata " dah tau gaji kecik, kenapa terima jugak"..... aduhhh dalam kepala aku fikir habisla peluang aku. Giliran Haji Baha, soalannya berkisarkan accounting transactions, Alhamdulillah aku jawab jer. Keluar bilik interview, aku bagi percentage 40:60, habisla aku hehehhee.

Bulan depan, aku diminta jadi Team Leader untuk assignment di Bukit Lawiang n Gunung Sumalayang Estate, Kluang, Johor. Team members aku yang 4 orang junior tadi la hehehehe. Balik dari Johor, baru dapat offer letter sebagai   Audit Executive effective  1st April 2004, Alhamdulillah.

Bulan April juga, Hj Jamal dipindahkan ke Batam, Indonesia. Tinggal En Hadzormi dan aku jer yang jadi Team Leader. Dalam bulan yang sama juga, pertama kali aku kena jadi leader kpd senior iaitu Hj Azmi, zaman n salwa ke Ladang Jatimas dan Bukit Belian, Sandakan, Sabah. Ini juga pengalaman pertama naik kapal terbang sepanjang hidup hehehhe.

Itulah antara sedikit memori 14 tahun lampau. Kini hanya aku dan Azhar sahaja yang setia bersama Audit Department THP, Kamarul dah ke Marketing Department, Suhami resign masuk PDRM ( ASP dah rasanya sekarang), Rasydi @ Tok Dee juga dah resign joint FAMA sebagai auditor juga).

Banyak kenangan manis kami berlima, dan banyak juga kenangan kelat, tawar, masin sebagai rencah. Aku dulu antara yang vokal berbicara berkaitan gaji, benefit, promotion dan job rotation. Pernah di "ceramah" dan "disekolah" kan oleh GM HR @ Pak Mahmoud dan Hj Fadzil pada satu ketika, sampai menitis air mata kerana aku hanya mampu mendengar tanpa punya kekuatan hujahan. Namun, itu semua sedikit sebanyak memberi pengalaman berharga. Cuma, aku sekadar luah rasa sebagai anggota kecil @ subordinate ketika itu, luah rasa yang lahir dari hati tampa ada provokasi.

Samoa Pengalaman ini, bila dikenang, terukir senyum dibibir, basah kelopak mata, nafas ku hembus lega. Moga 14 tahun ke hadapan, menjanjikan lebih kejayaan, kesejahteraan. Saya sayang company ini. Moga THP terus memayungi kami, Inn Shaa Allah. Amen.