Thursday, 30 May 2019

Huru-Hara

Hari ini gegendang telinga aku "menangkap" bait kata "huru-hara". Apa itu huru-hara ???? Bunyi macam kata berulang cuma berbeza antara huruf "u" dan "a" di hujung kata. Kalau sama ia akan jadi huru-huru atau hara-hara, tapi perkataan yang menjadi tumpuan kata dasar huru-hara menjadi kata perbuatan "menghuru-harakan".

Aku bukan guru bahasa yang berkebolehan memberi ulasan sebenar. Carian aku dalam web DBP, huru-hara itu bermaksud keadaan tidak tenteram, kacau-bilau, kelam-kabut dan tidak tentu tujuan. Dengan kata lain ianya sinonim dengan haru-biru dengan kata terbitan menghuru-harakan dan kehuru-haraan.

Pening jugak, kenapa perlu huru-hara ? Ada perang ke ? Ada orang mengamuk ke ? Ada ancaman ke ? Atau mungkin tidak selesa , tidak selamat, tidak tenteram, tidur tidak lena atau rasa terganggu ?

Siapa yang berani buat huru-hara ? Adakah jebat derhaka yang mendahului zamannya, atau si nila utama , atau tok janggut pembela bangsa yang "mengajar" petualang mat saleh durjana, atau dato maharaja lela yang menghantar birch ke neraka. Mereka bikin huru-hara demi keadilan dan prinsip jati diri yang murni. Salahkah mereka ?

Jari menuding, mata menjeling, lidah melenting, bibir kering, hati gering. Mengapa rasa dunia huru-hara ? Huru-hara jadian atau huru-hara benar2, bukan ujian juga bukan cobaan. Atau kita bermain dengan gelodak hati dan akal sendiri, mencipta rasa huru-hara, sedang realiti tenang-tenang sahaja.

Bertahun2 bermimpi indah, dipuja2, dibangga2, mengapa kini rasa huru-hara? Kepada siapa dituju timbulkan huru-hara ??? Benarkah tanggapan itu ??? Mengapa ??? Ahhhh haru sungguh !!!!.

Renung2, tenung2, fikir2, tafsir2..... tepuk dada, tepuk tangan ???? Usah begitu, tanyalah Iman !!!!

Monday, 20 May 2019

Memori Puasa (Part 2)

Hujung minggu lepas, aku sekeluarga berkesempatan berpuasa di kampung di Felda Kemasul bersama Mak dan Abah. Kebetulan 3 adik aku pun balik.

Abah mengadu matanya kabur, aku bawa abah ke pekan Triang untuk test mata abah, sah mata kiri abah rabun jauh & dekat dan ada silau. Aku terus tempah dan buatkan cermin mata abah. Jika dulu, sejak aku umur 8 tahun, aku pakai cermin mata, abah la yang membawa dan menjadi peneman, kini tiba giliran aku pula membawa abah.

Juadah buka puasa kami yang mak masak iaitu gulai tempoyak ikan patin temerloh, laksa, bubo pulut hitam, sedikit kuih yang dibeli di bazar chemomoi dan bubur lambok. Simple tapi menambah makan hehehehe.

Malam abah ikut aku dan anak2 solat terawih di masjid kemasul. Agak terkejut bila melangkah ke dalam masjid, dah ada aircond, wow hebat, khabarnya ada yang menyumbang, Alhamdulillah.

Terkenang zaman solat terawih dulu2, masa itu mana ada lampu jalan. Tapi kebanyakan rumah pasang lampu pelita @ panjut, kemasul bercahaya panjut masa itu. Aku biasanya akan ke masjid samaada berbasikal atau jalan kaki jer.

Masa itu, bebudak felda memang fanatic dengan meriam buluh, mercun n bunga api. Masuk masa berbuka, berselang seli dentuman meriam buluh n mercun. Macam "perang" pun ada, ada group yang saling berperang, gang perak, gang kedah, gang bukit, mcm2 group HahAha.

Mercun yg popular pastinya mercun bola, rocket, bawang, mercun tarik dan bnayak lagi. Yang nakal, masa orang solat dalam masjid pun sempat depa main mercun, mana pakcik2 n makcik2 yang melatah, macam2 la bunyi latahnya. Yang terlajak nakal, pasang mercun tarik kat kick starter motosikal, bila pakcik2 balik & start motor, mercun bawang pun meletop, HAHAHA. Zaman itu, cukup indah.

Kat kemasul masa itu, ada beberapa imam solat tarawih. Imam Hj.Man (Arwah) antara favourite aku sebab bacaannya agak laju dan cepat habis hehehe. Kalu Imam Ustaz Bakar & Ustaz Hassan, letih sikit sebab agak meleret hehehhe.

Masa itu, sahut2 menyahut bacaan Solawat dalam Terawih memang semangat & kuat. Jemaah pun ramai & penuh masjid. Tapi kini, bilangan jemaah tidak seramai dulu. Yang muda2 boleh dikira bilangannya, kebanyakan jemaah seusia Abah. Mana orang muda ??? Mana anak2 sekolah menengah ????

Bila dikenang, suasana sekarang jauh beza dengan suasana dulu. Sekarang makin lengkap & sempurna berbanding zaman dulu sekitar 80 an, 90 an & awal 2000 an. Namun, zaman itu cukup menjadi memori yang manis untuk dikenang dan diimbau. Terima kasih kemasul atas memori lampau.

Friday, 17 May 2019

Yang Molek Tidak Semestinya Molek Segalaya

Jangka Hayat Arnab = 12 Tahun.
Jangka Hayat Harimau = 25 Tahun
Jangka Hayat Kuda = 30 Tahun
Jangka Hayat Monyet = 50 Tahun
Jangka Hayat Gajah = 70 Tahun
Jangka Hayat Kura-Kura = 150 Tahun

Arnab hari2 makan sayur, hari2 bergerak active melompat, namun jangka hayatnya jauh lebih pendek dari si "gemok" gajah dan si "lembab" kura-kura.

Harimau yang sado dan gagah, makan daging "mewah", kuat dan dihormati, namun jangka hayat lebih rendah dari si "riuh" monyet dan si lembab.

Kuda yg gagah, berotot sado, tangkas, cantik dan lincah, namun jangka hayat nye tidak selama yang tidak gagah, tidak sado, tidak tangkas seperti kura2.

Monyet hari2 bersenam dengan bergayut, melompat dan bergerak, namun jangka hayat jauh lebih pendek dari si kura-kura.

Gajah si lebo, si gemok, hari2 makan buah dan sayuran, tak makan makanan berlemak, tapi badan tetap 'gedempol'. Namun, walaupun gemok, tetap sihat dan panjang umur berbanding si lincah arnab, si gagah harimau, si sado kuda.

Si lembam kura-kura, tidak active, gerak terbatas, tidak bersenam, namun jauh lebih sihat dan panjang umur dari arnab, harimau, kuda, monyet dan gajah.

Inilah kehidupan, yang nampak molek, tidak semestinya molek segalanya. Namun yang nampak lemah tidak semestinya lemah selamanya dan tiada istimewa.

Tuesday, 14 May 2019

Memori Puasa Dulu-Dulu (Part 1)

Memori puasa zaman kanak2 pastinya antara kenangan manis dalam hidup. Ada banyak kenangan, tapi antara yang aku tak boleh lupa, amalan bertukar- tukar juadah berbuka puasa.

Kami yang hidup di tanah rancangan Felda, hidup berjiran dan sangat rapat. Zaman itu antara tahun 80an dan 90an, kehidupan masyarakat felda cukup sederhana, tidak begitu susah tapi bukan senang jauh sekali mewah.

Masuk lepas zohor, mak2 mula sibuk masak termasuk mak aku. Biasanya adik perempuan aku la yang tolong masak, kerja anak lelaki tak la masak, sekadar tolong yang biasa2 seperti kukur @ parut kelapa atau pergi kedai tolong belikan barang nak masak.

Biasanya mak akan masak lebih, sebab nak tukar2 juadah dengan jiran2. Antara juadah yang biasa mak aku masak masa itu pastinya pengat pisang, pengat labu, bubo kacang hitam, bubur kacang hijau, lepat pisang, kuih sagu, cekodok pisang dan banyak lagi. Kebanyakkannya kuih yang manis dengan gunakan bahan yang sedia ada seperti pisang, labu, ubi dan lain-lain.

Jam 6 petang, kami adik beradik bersedia untuk hantar makanan juadah yang mak masak untuk dihantar ke rumah jiran. Rumah yang wajib pasti jiran terdekat iaitu Makcik Timah, Makcik Zan, Cik Nor, Cik Naemah dan Cik Maah (Arwah). Kebetulan, semua jiran kami asal Perak sama dengan Mak. Atey, udoh namanye orang Perok, juadoh nye pun masakan orang perok lerr.

Kami pun hantar la makanan rumah jiran2, lepas itu berlakulah seperti system barter bertukar2 juadah, kadang2 tak sempat nak menghantar, dengar dari jauh suara yop & nyah anak Cik Timoh bagi Salam, berlari kami mengejar nak tukor juadah. Sambil nak tengok depa bagi apa hehehhe. Kadang2 yang kelakonya kebetulan menu sama, mak masak pengat pisang, Cik Nor pun bagi pengat pisang HAHAHA. Kimi & Piji wakil Cik Zan, Jali wakil Cik Nor, Mee & Udi wakil Cik Naemah, Ayu & Acoi wakil Arwah Cik Maah.

Tapi amalan ini makin terhakis dan hampir pupus. Bukan tiada lagi , tapi terlalu jarang amalan ini di teruskan. Dulu tiada bazar ramadhan, dengan amalan bertukar juadah, kita ada banyak jenis masakan untuk berbuka puasa.

Kenangan manis ini masih kuat dalam memori. Terima kasih kepada mak, abah, adik2, jiran2, kawan2, masyarakat Felda kerana memberikan satu kehidupan lampau yang cukup indah biarpun serba kekurangan ketika itu. Ada banyak lagi memori lampau yang aku akan cerita episode lain hehehe.

Friday, 3 May 2019

Koperasi

Pada 3 hari lepas, aku telah terpilih mewalili Zon Tengah Koperasi TH Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan KTHB. Ini pengalaman ke 2 aku terpilih sebagai perwakilan, Alhamdulillah.

Mungkin akan ada yang berbunyi, hadir sebagai pewakilan hanya untuk dapatkan "imbuhan elaun" semata-mata hehehehe. Tapi bukan itu matlamatnya, kerana hadir sebagai pewakilan adalah "amanah" yang diberikan oleh ahli setiap zon untuk memberi impak yang bukan hanya sebagai "sleeping partner".

Adakah hadir semata untuk memenuhi korum sahaja, apakah dengan banyak bercakap itu tandanya kita telah melaksanakan "amanah"?. Itu tergantung kepada matlamat dan niat di dalam hati !!!. Cuma kekadang setiap pewakilan yg "terpilih" berkemungkinan kurang jelas apakah "tanggungjawab & peranan" pada hari tersebut.

Apa isu yang menarik dalam setiap kali mesyuarat agung perwakilan ?. Pada pemerhatian aku, isu yang sering "riuh" adalah:-
1. Dividen + Bonus
2. Honorarium ( imbuhan daripada keuntungan kepada Ahli Lembaga Koperasi ).
3. Pembentangan Penyata Kewangan.
4. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.

Setiap ahli pastinya mahu kadar pulangan dividend semaksima mungkin. Kalu boleh setiap tahun mesti lebih tinggi berbanding
tahun sebelumnya. Namun, harus realistik dengan pencapaian keuntungan dan kedudukan kewangan koperasi. Ini tergantung kepada sejauh mana ALK dan pengurusan koperasi mengatur pelaburan, perniagaan, aliran tunai dan pusingan modal.

Adakah honorarium itu "candu" kepada ALK ? Atau ALK sudah "ketagih" akan candunya ??? Personally, aku setuju pembayaran honorarium, namun harus berpaksi kepada % pencapaian keuntungan koperasi. Amalan kebiasaan di KTHB memberi honorarium berdasarkan formula 10% daripada keuntungan bersih koperasi adalah jelas dan telah sedia maklum. ALK dan pengurusan jika mahu lebih "candu", perlu pastikan jumlah keuntungan yang lebih dicapai !!!!.

Setiap koperasi perlukan semakan penyata kewangan daripada internal auditor & external auditor dan ianya perlu mematuhi regulations daripada Suruhjaya Koperasi Malaysia. Setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan, Bendahari akan membentangkan penyata kewangan dan setiap perwakilan diberi ruang untuk menyoal. Ini memang favourite aku, kali ini ada 5 perkara yang aku bertanya iaitu berkaitan admin fees, write off, income from takaful, outstanding creditor ageing & valuation policy. Aku bagi rating 90% penjelasan bendahari mencapai maksud soalan aku.

Pemilihan ALK juga antara "seni yang unik" dalam setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan. Aku agak kaget, tiba2 ada wakil dari TH "sudi" mencalonkan nama aku, terima kasih atas "kepercayaan", namun bukan "posisi" itu idaman qalbu, sepantas kilat aku bingkas "menolak pencalonan itu". Namun, aku agak terkujat bila Pengerusi Mesyuarat tiba2 "menyerang & smash bola yang bukan tanggung" dengan kata2 " kenapa tarik diri seolah lembik sebelum masuk".... saya pengang kata2 ini Tuan. Mungkin beliau berjenaka, namun analogy itu kurang cerdik dan tidak kena gayanya.

Pendapat peribadi aku, semua ALK dan pengurusan/ pentadbir perlu diberikan target n kpi tahunan sebagai sasaran yang perlu dicapai. Harus diubah mindset, belanjawan bukan hanya target perbelanjaan sahaja, perlu juga target unjuran hasil pendapatan dan keuntungan berdasarkan kpi tertentu.

Usul lisan juga perlu dirai dan diberi ruang kepada perwakilan. Ini adalah platform paling sesuai untuk bercakap.

Promosi, marketing & planning perlu dilipatganda untuk bersaing dalam perniagaan. Usah terlalu bergantung kepada strategy n kaedah conventional. Usah juga terlalu selesa. Tahniah kepada semua ALK, Pengurusan Koperasi & Perwakilan.

Ini sekadar luah rasa & pandangan peribadi. Moga KTHB terus success dan semua ahli terus support untuk kelestarian koperasi.