Memori puasa zaman kanak2 pastinya antara kenangan manis dalam hidup. Ada banyak kenangan, tapi antara yang aku tak boleh lupa, amalan bertukar- tukar juadah berbuka puasa.
Kami yang hidup di tanah rancangan Felda, hidup berjiran dan sangat rapat. Zaman itu antara tahun 80an dan 90an, kehidupan masyarakat felda cukup sederhana, tidak begitu susah tapi bukan senang jauh sekali mewah.
Masuk lepas zohor, mak2 mula sibuk masak termasuk mak aku. Biasanya adik perempuan aku la yang tolong masak, kerja anak lelaki tak la masak, sekadar tolong yang biasa2 seperti kukur @ parut kelapa atau pergi kedai tolong belikan barang nak masak.
Biasanya mak akan masak lebih, sebab nak tukar2 juadah dengan jiran2. Antara juadah yang biasa mak aku masak masa itu pastinya pengat pisang, pengat labu, bubo kacang hitam, bubur kacang hijau, lepat pisang, kuih sagu, cekodok pisang dan banyak lagi. Kebanyakkannya kuih yang manis dengan gunakan bahan yang sedia ada seperti pisang, labu, ubi dan lain-lain.
Jam 6 petang, kami adik beradik bersedia untuk hantar makanan juadah yang mak masak untuk dihantar ke rumah jiran. Rumah yang wajib pasti jiran terdekat iaitu Makcik Timah, Makcik Zan, Cik Nor, Cik Naemah dan Cik Maah (Arwah). Kebetulan, semua jiran kami asal Perak sama dengan Mak. Atey, udoh namanye orang Perok, juadoh nye pun masakan orang perok lerr.
Kami pun hantar la makanan rumah jiran2, lepas itu berlakulah seperti system barter bertukar2 juadah, kadang2 tak sempat nak menghantar, dengar dari jauh suara yop & nyah anak Cik Timoh bagi Salam, berlari kami mengejar nak tukor juadah. Sambil nak tengok depa bagi apa hehehhe. Kadang2 yang kelakonya kebetulan menu sama, mak masak pengat pisang, Cik Nor pun bagi pengat pisang HAHAHA. Kimi & Piji wakil Cik Zan, Jali wakil Cik Nor, Mee & Udi wakil Cik Naemah, Ayu & Acoi wakil Arwah Cik Maah.
Tapi amalan ini makin terhakis dan hampir pupus. Bukan tiada lagi , tapi terlalu jarang amalan ini di teruskan. Dulu tiada bazar ramadhan, dengan amalan bertukar juadah, kita ada banyak jenis masakan untuk berbuka puasa.
Kenangan manis ini masih kuat dalam memori. Terima kasih kepada mak, abah, adik2, jiran2, kawan2, masyarakat Felda kerana memberikan satu kehidupan lampau yang cukup indah biarpun serba kekurangan ketika itu. Ada banyak lagi memori lampau yang aku akan cerita episode lain hehehe.
No comments:
Post a Comment