Friday, 3 May 2019

Koperasi

Pada 3 hari lepas, aku telah terpilih mewalili Zon Tengah Koperasi TH Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan KTHB. Ini pengalaman ke 2 aku terpilih sebagai perwakilan, Alhamdulillah.

Mungkin akan ada yang berbunyi, hadir sebagai pewakilan hanya untuk dapatkan "imbuhan elaun" semata-mata hehehehe. Tapi bukan itu matlamatnya, kerana hadir sebagai pewakilan adalah "amanah" yang diberikan oleh ahli setiap zon untuk memberi impak yang bukan hanya sebagai "sleeping partner".

Adakah hadir semata untuk memenuhi korum sahaja, apakah dengan banyak bercakap itu tandanya kita telah melaksanakan "amanah"?. Itu tergantung kepada matlamat dan niat di dalam hati !!!. Cuma kekadang setiap pewakilan yg "terpilih" berkemungkinan kurang jelas apakah "tanggungjawab & peranan" pada hari tersebut.

Apa isu yang menarik dalam setiap kali mesyuarat agung perwakilan ?. Pada pemerhatian aku, isu yang sering "riuh" adalah:-
1. Dividen + Bonus
2. Honorarium ( imbuhan daripada keuntungan kepada Ahli Lembaga Koperasi ).
3. Pembentangan Penyata Kewangan.
4. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.

Setiap ahli pastinya mahu kadar pulangan dividend semaksima mungkin. Kalu boleh setiap tahun mesti lebih tinggi berbanding
tahun sebelumnya. Namun, harus realistik dengan pencapaian keuntungan dan kedudukan kewangan koperasi. Ini tergantung kepada sejauh mana ALK dan pengurusan koperasi mengatur pelaburan, perniagaan, aliran tunai dan pusingan modal.

Adakah honorarium itu "candu" kepada ALK ? Atau ALK sudah "ketagih" akan candunya ??? Personally, aku setuju pembayaran honorarium, namun harus berpaksi kepada % pencapaian keuntungan koperasi. Amalan kebiasaan di KTHB memberi honorarium berdasarkan formula 10% daripada keuntungan bersih koperasi adalah jelas dan telah sedia maklum. ALK dan pengurusan jika mahu lebih "candu", perlu pastikan jumlah keuntungan yang lebih dicapai !!!!.

Setiap koperasi perlukan semakan penyata kewangan daripada internal auditor & external auditor dan ianya perlu mematuhi regulations daripada Suruhjaya Koperasi Malaysia. Setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan, Bendahari akan membentangkan penyata kewangan dan setiap perwakilan diberi ruang untuk menyoal. Ini memang favourite aku, kali ini ada 5 perkara yang aku bertanya iaitu berkaitan admin fees, write off, income from takaful, outstanding creditor ageing & valuation policy. Aku bagi rating 90% penjelasan bendahari mencapai maksud soalan aku.

Pemilihan ALK juga antara "seni yang unik" dalam setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan. Aku agak kaget, tiba2 ada wakil dari TH "sudi" mencalonkan nama aku, terima kasih atas "kepercayaan", namun bukan "posisi" itu idaman qalbu, sepantas kilat aku bingkas "menolak pencalonan itu". Namun, aku agak terkujat bila Pengerusi Mesyuarat tiba2 "menyerang & smash bola yang bukan tanggung" dengan kata2 " kenapa tarik diri seolah lembik sebelum masuk".... saya pengang kata2 ini Tuan. Mungkin beliau berjenaka, namun analogy itu kurang cerdik dan tidak kena gayanya.

Pendapat peribadi aku, semua ALK dan pengurusan/ pentadbir perlu diberikan target n kpi tahunan sebagai sasaran yang perlu dicapai. Harus diubah mindset, belanjawan bukan hanya target perbelanjaan sahaja, perlu juga target unjuran hasil pendapatan dan keuntungan berdasarkan kpi tertentu.

Usul lisan juga perlu dirai dan diberi ruang kepada perwakilan. Ini adalah platform paling sesuai untuk bercakap.

Promosi, marketing & planning perlu dilipatganda untuk bersaing dalam perniagaan. Usah terlalu bergantung kepada strategy n kaedah conventional. Usah juga terlalu selesa. Tahniah kepada semua ALK, Pengurusan Koperasi & Perwakilan.

Ini sekadar luah rasa & pandangan peribadi. Moga KTHB terus success dan semua ahli terus support untuk kelestarian koperasi.

No comments:

Post a Comment